TUKANG CORET CURUT

My Photo
bamboo river, Malaysia
saya anak bongsu . dua orang je pun adik beradik . ramai kata saya anak manja tapi saya rasa takde lah manja mana pun sebenarnye . saya penuntut UiTM kampus puncak alam . saya amek course event management . ada sesiapa yang sama dengan saya ? saya suka menulis sebab saya tak reti nak bercerita dengan mulut bila saya ada masalah . sebab tu saya cepat beruban , maklumlah banyak fikir masalah negara . HAHA

May 30, 2012

Pusat Merepek Kerepek

Assalammualaikum. Entah kenapa lah aku rasa cuti kali ni tak serupa cuti. Pehh serius aku tengah stress gila sekarang. aku rasa macam nak makan orang je. Kau, sini! Sedekah badan kau kat aku boleh? Aku nak gigit-gigit. Aku geram tahap gaban dah ni. Semua benda yang berlaku semua buat aku stress. Kang aku ngamok kang baru tau. Tapi kalau aku ngamok nanti dah hilang pulang ciri-ciri perempuan melayu ayu sopan yang aku pegang selama ni. Eicecehh! Puiii!


Haa, ye. Aku tengah cuti sekarang. Seminggu lagi tau. Kau ada? Untung lah UiTM ni manjang bagi aku cuti kan. Sem dua ni aku rasa belajar macam kejap gila. Tetiba, ehh! Cuti? Ehh. Cuti lagi. Ehh?? Haa, dah. Kau nak berapa banyak ehh? Lempang nak? Sekarang aku nga cuti gawaii. Kelas tau. Dah macam budak sekolah. Ingat budak sekolah je cuti? Aku pun cuti jugak ni haa. Tapi cuti pun, memang tak lahh nak dapat relax even aku bangun tidur lambat pun. Ehh. Apa kena mengena ni? Yela, kalau time kuliah semedang je bangun awal kan. Ni, mentang mentang kat rumah kemain lambat benor aku nak bangun. Sampai mak aku call tau kejut aku. see, zaman sekarang tak payah dah mak naik bilik anak anak nak kejut. Kita main call je. confirm jaga kan. yelahh, dengar bunyi fon kemain laju je angkat. Cer mak jerit panggil kita, mampus situ tamau ganjak. Hahaha. Aishh! Buruk perangai ahh. Berubah. Berubah! Haha


Dah apa benda aku merepek pulak ni. Sebenarnya aku nak cakap yang even aku cuti tapi still berlambak kerja kena buat. Dok contact sana, contact sini. Settle itu settle ini. Dah memang rasa macam dah betul betul jadi event manager dah sekarang ni. Tu aku stress sikit tu. Mana nak kejar assignment, study, orang, task tertentu tu lagi. Haihh! Serius lah dah mula terasa beban di bahu. Tu belum kerja lagi. Ehmm. Baru semester dua ni. Masuk semester tiga, dah kena start buat event. Aduhh! Lagi parah aku rasa. Tak terlarat nak kejar kot. Wahaa. Dengan sembilan subjek next sem. AKu gila!! Ni, dengan naik cuti ni nak kena prepare pasal presentation prosal event kitorang untyk part 5 nanti. Waha! Present depan dekan pulak. Mau terketar lutut, tergagap bibir aku sat gi. Waaaaa. Nak nangis guling guling jap ahh. Releasa tension gamaknya. Haha.


Hmm. Dah lahh dengan duit banyak gila nak pakai. Acano nihh? Mana aku nak cekau duit weh. Memang lah cuti sem ni aku tak leh dok relax. Harus aku cari kerja part time ni. Course event banyak pakai duit weh. Huhukk. Nangis lagi sekali. Meh, korang simpati sikit kat aku. Tolong aku, bantu aku, budak event merintih pilu. Pehh. Ayat nak sedih lah pulak. Kang kena lempang sat gi baru tau. Haha.


Wehh! Serius aku stress ni, nasib migrain tak datang kan sekarang. Dah lah aku terbuang ubat migrain aku. Bengong! excited sangat ritu kemas kemas, mana segala ubat dah expired aku buang dan tak perasan uabat migrain pun elok aku campak dalam tong sampah. Haa, dah padan dengan muka aku kan? PADAN MUKA LIYANA! Huhukk. Aku nak cuti, aku nak rest, aku nak tenang. Tolong!  Ada sesiapa nak sponsor aku percutian ke Bali barang dua tiga malam? Hahaha. Mood tunggang terbalik aihh. K ahh. Bye! Otak penat. 


May 1, 2012

My New Life

Assalamualaikum. Alhamdulilah, akhirnya berjaya jugak lah aku nak update blog ni setelah sekian lama ku tinggalkan tanpa khabar berita. Eicehhwahh. Ayat nak sedap je. Haha. Pun bolehhhhh.
Hmm, aku tak tahu lah kenapa dah lama aku tak update. Macam makin hilang rasa je nak bercerita padahal aku memang rindu gila dengan dunia blogging.


Nak tahu tak, sekarang aku dah selamat berada di semester 2. Syukur alhamdulillah. Result masa semester 1 boleh buat aku bangga jugak lah dengan diri aku yang tak seberapa suka nak study ni. Serius macam tak percaya masa dapat result tu. Tak sangka you alls. Haha. 
Haa, ni nak habaq mai kat angpa semua. La ni ceq dah jadi komander kesatria UiTM Puncak Alam. Pehh, aku sendiri pun tak sangka kot aku nak involve dengan segala benda ni. Boleh pulak lah kan aku nak berkawad kena hell segala. Dah tak seberapa nak jadi diva tau sekarang. Wahaa! Kelas. 


Btw, aku sendiri pun tak boleh jamin berapa lama aku tahan jadi komander sebenarnya, setakat ni alhamdulillah aku boleh tahan lagi even ada terasa peritnya. Tapi aku rasa fun je duduk dekat level komander ni. Dan aku tak tahu lah kenapa mentaliti pelajar pelajar suka nak benci dekat komander. I sedih tau, u'olls ni sampai hati benci dekat we'olls. Hak hak hak tuii! Eheh. Tapi yela macam aku masa mula mula dulu kena antara paksa rela je kan masuk Kesatria, aku pun adalah jugak perasaan menyampah rasa nak lari je taknak join kor. Haha. Tapi bila fikir balik ada faedah semua benda ni. Macam sekarang, aku fun je walau stress. Aku hidup je lagi walau kena marah. Takde pun lagi lah masalah jiwa nak terjun bangunan ke sebab komander. Stress, stress jugak tapi ingat. Yang kat atas tu ada. Yang Maha Mengetahui segalanya. Survive je selagi ada kat muka bumi ni, inshaAllah kita akan menemui jalan yang terbaik. Pehh. Tengok, tak pasal pasal aku dah bagi tazkirah free kan. *winkwink*


Sekarang kan, hidup aku dah berlainan. Aku memang dah jarang balik rumah bila cuti minggu. Sebab banyak je aktiviti nak kena buat. Hmm. Tapi takpe lah semua tu kan pengalaman. Aku fikir satu je, semua benda yang aku buat ni sebab aku nak enjoy. So, aku pun buat dengan fun lah kan takde lah macam wahh takutnya, bencinya, tak sukanya. Haha. Oh, dan nak tahu lagi tak, aku ada refreshment tau 3 minggu lepas tak silap aku. Refreshment=pemantapan kualiti komander. Dan yang paling aku tak kan lupa boleh aku pengsan masa tu. Haha. Tak pernah selama duapuluh tahun aku hidup aku pengsan tau. Tu lah first time aku pengsan. Kat padang kawad pulak. Haha. Tengok, dengan komander lah aku merasa macam-macam benda. Once commander forever commander. InshaAllah. (:




Haa. Ni lah gambar aku masa betul-betul lepas tamat latihan intensif bakal komander kat UiTM Shah Alam. Kelakar sangat bila ingat balik. Seksa woo. Okay baii.