TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

October 31, 2010

Baru nak berangan artis .(entri yang sangat panjang)

Oke ! Title atas neh dah buad aku rasa macam na gantong diri jeh . Ekeke .
Artis ke ? Bajet hangat lahh weh .
 Tapi betul lahh aku baru na berangan artis hari neh(ahad,31okt2010) .
Siap practice bagai berjam jam kott .
Semua gara gara aku dengan kawan aku galak gigih na buat show masa jamuan bla bla pengawas+redaksi majalah .
Keh keh . *gelak sakan
Siap sudah plan segala lahh na nyanyi lagu apa . sekian itu sekian ini .
Mula mula na lagu sejiwa , then dan sebenarnya , last na bawak lagu kau ilhamku .
Khas untuk budak budak cikgu cikgu semua .
Hahhaa .



Neh video yang ta seberapa bagus dari segi kualiti mungkin . Kuantiti ? Ada kaitan ke ? Tiada aku rasa . Hehe . Memang terang terang aku cakap video neh agak carca marba , atau mungkin korang yang tengok rasa teramat carca marba buruk hudoh segala . Hahh ! Aku peduli ape . Ini video aku . Aku punya suka lahh . Wahh ! Ayat bajet . *lagi sekali
Aku gak na kata yang manusia dalam video neh bukan lahh penyanyi profesional ye anak anak sekalian . HAHA . 
Sebab tuh ada lupa lirik segala . 
Taper taper . Biasa lahh budak sekolah lagi . Korang kena faham .
Haha .
Oke . Dah ! Tiba part hari ini yang sepatutnya kami buad show galak gedix .
Tetiba dengan jayanya guitarist kitorang text , ta dapat datang lahh akak . Ada kenduri . Waa ! kami sedih neh . Sampai hati kau ta datang dik . Taper lahh . Akak karaoke jeh lahh . Untung plax sekolah aku na sedia khidmat karok bagai time neh . I love you , sekolah ! *ikhlas
Erm , start dengan kata kata aluan jadah semua .
Aku dengan terpaksa menadah telinga lahh dengar . *cehh terpaksa ye
Dan sambil mendengar dengan ta berapa jaya , aku dengan begitu jaya snap snap pic dengan budak lain . HAHA . 


manusia manusia di dalam video yang sangat hebad itu


mereka lagi . HAHA


aku dan azlin


adik nik fatihah yang sangat cantik taww .

Heheh . Memang neh laa aktiviti wajib aku . Ta kira lahh pergi mana pun . Mesti ada nye lahh gambar yang aku na snap . Ta amek muka aku sendiri aku amek muka orang lain . Tuh yang aku gian sangat ta saba na ada dslr sendiri .
Jeles ohh tengok Orang lain punya !
Ta kira satu hari nanti aku na beli gak . Aku sendiri punya .
Baru aku bebas na tangkap gambar sini sana . 
Potret momen momen bahagia aku dengan teman teman semua .
Dan aku jugak na share budak budak rdaksi gading 2010.
Jeng3 jeng jeng .


radaksi gading 2010


6 orang tader lahh . ish .
Lihat lahh betapa kacak , cantik dan bergaya nye kami semua . HAHA *perasan
Aku sayang lahh kamu semua sebab sanggup bertungkus lumus berhujan panas , berpeluh bagai memerah otak na buad zine sekolah kita tahun neh .
Hope gempak macam kita . HAHA
Eyh , Puan pengetua sayang aku neh bila na abis berucap daa ?
Naek bernanah dah telinga kami kami dengar . HAHA .
Dan .
Ta lama lepas tuh , pengerusi majlis pun memberi khabaran baik buad kami kamai semua .
MAKAN TIME !! 


aku giler cupcakes lahh sayang (:


makan jelah net . ta yah posing bagai .


posing dan makan 


rojak mee+nasi tomato


kudap kudapan kami .


nasi tomato yang dah separuh berada dalam perut aku


mee kari yang aku dah makan beberapa suap .


net dan rojak mee


cik leya makan mee kari lahh


cik leya cumel bersama cupcake


sebahagian cupcakes yang ada kat meja kami


Perut aku giler penuh lahh dengan makanan neh semua . Tapi korang jangan ingat aku punya semua tuh .
Kami share taww . 
Makan sorang sikit sebab semua kitorang na rasa .
Cuma aiskrim jeh yang aku ta makan .
Ta larat dah .
Hmm , bila lahh na sampai turn akau dan net na melalak bagai neh ?
Hadoii !
Penat neh tunggu , cabutan bertuah lahh !
Eyh nombor aku tader ong pun .
Ta naek2 pun nombor aku . AHAH
Suddenly ! Oke neh dah tiba part yang paling ta bes sekali .
Yang memang sangat sangat berkaitan dengan tajuk aku neh .
Abah aku call , suruh balik sebab ada emergency .
TIDAKK ! 
Aku ta perform lagi kott .
Dan . Setelah tapau makan tersebut .*ta leh bla kan
Aku melangkah malas keluar dewan .
Nampak lahh kereta abah aku kat gate sekolah .
Waaaaa !!!
Baru na berangan artis .
Punah keinginan aku na perform depan pengetua sayang korang tuh . HAHA
Sekian ! (:

October 30, 2010

MEMBENTUK SAHSIAH DIRI CARA ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” .
Dimana yang nak dipukul tu? di tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usiabeginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke,masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

October 28, 2010

Seperti diri ini




Sebelum neh aku ta pernah pun perasan lagu neh .
Tapi , bila kawan aku asyik nyanyi lagu neh tadi masa kat sekolah .
Aku jadi jatuh cinta dengan lagu neh .
Sebab .
Aku rasa lirik dia sangat sangat lahh macam yang aku rasa sekarang .

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya


Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa

October 27, 2010

TEMUDUGA TERBUKA

Perhatian : Kepada semua ahli ahli siber yang masih menganggur , sedang menganggur atau akan menganggur .Anda dijemput hadir untuk sesi temuduga terbuka ini .


Syarat-syarat adalah seperti yang tertera di bawah .


4 ganjaran lumayan :
  • Nikmat kubur
  • Perlindungan di padang Mahsyar
  • Keselamatan meniti titian sirat
  • Syurga yang kekal abadi
Lokasi temuduga :
  • Di alam kubur(alam barzakh)
Kelayakan :
  • Anda tidak perlu membawa sijil-sijil
  • Anda tidak perlu membawa pingat
  • Anda tidak perlu bawa wang atau harta yang banyak
  • Anda tidak perlu berparas rupa cantik,kacak dan seksi
     (ANDA CUMA PERLU MEMBAWA DOKUMEN ASAL IMAN DAN AMAL)

Panel/penemuduga :
  • Mungkar dan Nakir(bertauliah)
6soalan utama :
  • Siapa tuhan anda ?
  • Apa agama anda ?
  • Siapa nabi anda ?
  • Apa kitab anda ?
  • Di mana kiblat anda ?
  • Siapa saudara anda ?
Cara memohon :

Anda hanya perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja(mungkin sekejap lagi).Ia akan berlembut kepada orang mukmin dan akan bengis pada orang yang mungkar.Ia diberi nama Izrail.

"SEMOGA BERJAYA"
(Permohonan dibuka sekarang)

October 26, 2010

tiada kata

Seperti tajuk neh .
Memang aku tiada kata .
Tiada kata na diungkap .
Tiada kata na dicakap .
Tiada kata na dicoret .
Tiada kata .

Bukan suka suka aku na rasa patah hati atau hati mati .
Bukan saja saja aku jadi emosi begini .
Bukan sedap rasa aku na sedih meratapi .



Memang aku tengah sedih .
Memang aku rasa na nangis .
Kau ingat aku kuat untuk tahan ?
Kau ingat aku sekeras batu di jalanan ?
Kau ingat aku neh apa ?
Terima kasih untuk segalanya .

Majlis Graduasi Pra U 2010

Salam satu Malaysia .
Hehe . Macam rasa dah lama kott aku ta mengarut kat belog terchenta aku neh .
Bukan apa , kesuntukan masa ditambah dengan line tenet yang macam harammm .
Hadoi . Menguji kesabaran aku betul lahh .
Pakai broadband sama , pakai wireless pun sama .
Masalah ! Masalah !

Ukee , cukup untuk intro yang ta seberapa na hebad tuh . HAHA .
Now , sila fokus kepada tajuk utama cik leya ye . (^^,)
Cehh ! Tajuk da macam gaya gempak lahh kott . Graduasi tahu . Havoc ke ? HEE . Adalah sikit . Ukee ukee . Sebenarnya majlis graduasi pra U smkbg jeh un . Sekolah aku lahh yang organize khas untuk buda buda STPM yang baru lepas trial hari tuh . Alhamdulillah pointer aku lepas grad . Dan dengan jayanya dapat lahh aku merasa pakai jubah ala ala konvo tuh .
Gila bangga ! HAHA . 
Majlis neh berlangsung kat hotel crystal crown , kepong .
Hmm . Not bad . PA system dia jeh yang ta bagus .
Malas story dah .
Tengok jeh foto foto neh .



pagi pagi otw ke sekolah terchenta


Ehee . Gila ceria lahh muka cik leya . Yela . Aku happy lahh sayang . Tambah plax aku rasa aku cumel lagi santek *perasan


berfoto manja bersama mereka


Aksi aku bersama classmates semua . Tapi tader lahh semua , neh baru half jeh budak class aku . Yang lain mana ntah . Ta jumpa . HAHA
menjadi cik make up kepada cik ekin
 Haa . Yang ini aku jadi mak andam terjun jap . Hahh ?? HAHA . Ala dah aku tengok muka si ekin neh pucat sangat . Aku touch up lahh sikit sikit mana yang patut . Tengok lahh muka dia before and after . Ada beza kan ? Baik korang cakap ada . Kang aku sekeh pale korang nanti . HAHA =_=


perempuan hebad !
Yaa ! Kami memang hebad . Hehe .
Dan . Jeng3 . Masa yang di tunggu2 telah pun tiba .

alhamdulillah . dah dapat pun sijil neh . berdebar jugak taww masa na naik stage . HEE


cik leya dan jubah nya . SUKA !


Boyfie sape ? ntah . Aku rembat jap sebab dzul neh nsem kacak bergaya . HAHA
HAHA . Time to eat ! momen yang cik leya suka neh . HEHH . Maklum lahh cik leya kan suka makan . (:

Sedap weh . Aku ngaku neh pinggan aku . HAHA


Pinggan aku jugak .


Dan aku punya jugak . (:




Neh mereka mereka yang duduk semeja dengan aku . Korang giler lahh !






Hahh . Memang giler kenyang lahh . Siyes . Rasa na meletup perut aku . Dengan makan macam macam . Duduk dengan budak budak yang giler giler habis . Asyik gelak jeh . Haha .

Sebelum berangkat pulang . Wahh , ayat aku ta boleh bla plax . HAHA . Aku telah mempotretkan diri bersama jejaka tampan dalam kelas aku . HAHA . Ya , betul dorang tampan lagi hensem . Ta caye ? tengok bawah neh .

Bersama jejaka terhangat kat ivory .


Hehe .  Kawan samapi bila bila taww .
See . Aku dah cakap kan dorang kacak . Hehe . Haahh . Ada siapa siapa berkenan ? keh keh . [^_^]
Tahniah kepada semua pelajar upper 6 smk bukit gading yang berjaya bergraduasi . Yang ta berjaya tuh . Korang jangan putus asa taww . Buat sehabis baik untuk STPM sebenar yang tinggal lagi 27 hari jeh neh lagi . Fighting ! Fighting !

October 24, 2010

rasa . mati . perit .

Penat .
Sangat sangat .
Aku dah ta larat .
Aku dah ta kuat .

terima kasih anda .

END !

saya sayang awak

Sayang .
Awak tahu ta yang saya sedih sangat sangat sekarang neh .
Awak tahu ta yang saya rindu sangat kat awak .
Awak tahu ta yang saya rasa kita macam na sampai END jeh .
END !
Siyes , sekarang saya rasa macam na break jeh dengan awak .
Kenapa awak buat saya macam ni ?
Saya ingat lagi masa mula mula kita kenal dulu .
Kita jadi kawan jeh .
Kita baik jeh masa tuh .
Saya boleh cerita macam macam kat awak .
Awak pun selalu bagi nasihat kat saya .
Awak selalu ingatkan saya .
Awak amik berat sangat tentang diri saya .
Then , satu hari tuh . .
Awak cakap awak suka dengan saya ,
awak na saya jadi someone special bagi diri awak .
Awak ta terburu buru .
Awak bagi saya masa untuk fikir .
Awak ta terlalu push saya untuk terima awak .
Daripada saya tader rasa sayang kat awak ,
lama lama saya jatuh sayang kat awak .
Dan .
Malam tuh , saya cakap kat awak yang saya boleh terima awak .
Awak happy sangat .
Macam macam awak kata , awak janji .
Saya ingat awak akan jadi seperti janji janji awak .
Tapi ..
Sekarang semua dah lain . Berbeza .
Awak dah ta sama seperti dulu .
Ye , saya tahu awak sibuk . Awak kerja cari duit semua .
Sampai awak lupa kat saya .
Mungkin saya ni bukan siapa siapa dalam hidup awak kan .
Awak buang janji awak macam angin lalu .
Awak buad saya terkapai kapai seorang .
Sepi .
Saya dah ta rasa bahagia lagi .
Saya rasa yang kita neh dah jauh sangat .
Hati saya pun kata dah ta sayang awak macam dulu lagi .
Saya macam rasa tawar hati dengan awak .
Tapi saya rindu awak .
Awak menyepi secara tiba tiba .
Awak ada masalah , awak ta share pun dengan saya .
Awak ta pernah macam ni .
Saya na sayang saya yang dulu .
Yang selalu amik berat pasal saya ,
Yang selalu marah saya ,
Yang selalu ingatkan saya supaya makan ubat ,
Yang selalu suruh saya makan ikut time ,
Yang selalu bagi nasihat kat saya ,
Yang selalu suruh saya belajar ,
Yang selalu membebel kalau saya malas ,
Yang selalu teman saya ,
Yang selalu buad saya gembira ,
Yang selalu bagi tazkirah kat saya ,
Yang selalu buad saya gelak ,
Yang selalu cakap iloveyou kat saya .
Banyak lagi benda tentang diri awak yang saya suka .
Saya selalu ingat .
Awak tahu ta , saya sayang awak sangat .
Saya ingat awak lain daripada yang lain .
Sekarang baru nampak yang awak sebenarnya sama jeh .
Awak kata awak tak kan tinggalkan saya .
Awak akan selalu bersama saya .
Tapi awak tipu .
Awak tipu kan sayang ?
Saya harap sangat awak kembali jadi yang dulu .
Kalau boleh saya tanak kita END .
Saya na kita kekal .
Tapi kalau dah jadi macam ni , saya seolah olah rasa benda ni mustahil .
Saya harap awak dapat rasa apa yang saya rasa sekarang .
Sayang .
Saya sayang awak sangat sangat .

October 22, 2010

selamat hari tua , cik ekin GEMOKK ! (:

lepaking kat mcd 

Ahaa .
Ukee2 . Ekin sayang , entri neh memang aku buad spesel lahh untuk kau .
Kau sorang jeh tahu . Eyh ! cik ekin GEMOKK ? HAHA .
Kau ta boleh marah lahh , kau kan birthday girl . Kau kena lahh terima apa aku cakap neh . Kenyataan . Wakaaka . 
Weh . sory lahh dapat bagi kau cake neh jeh . Kau kena faham lahh kami kami budak sekolah lagi . HEHE . Naty aku dah kerja insyaAllah , aku bagi secret recipe punya cake . *sambil mengira budget
Kau happy kan hari ini ? Walaupun kita celebrate kat kedai acik laksa tuh jeh . Taper taper . Sweet doe . Dengan ditemani hujan lebat lagi sampai buad aku dengan cik intan basah . Aku suka lahh masa tadi . Sumpah . Rindu kalau dah abes sekola nanti weh . HEHE
Hmm , kau na tahu ta sebenarnya na beli cake bolats tuh untuk kau , tapi tader plax macam aku survey hari tuh . Baru plan na suh auntie tuh tulis selamat hari tua ekin bulat gemok !saranghae
Intan  plax siap na soh auntie tuh tulis toyol lagi taw . Biasa lahh toyol tuh kan trademark si nyot tuh . HEE . Aku ta bersalah taw . Terasa gilakk ahh tadi kasih sayang kita kita .
adegan suap menyuap , gigit gigit fries lahh , berfoto foto manja, berkissing bagai . Oppss !HAHA .


khusyuk kott (:


sayang gilakk mati kat korang .


teruja menyuap diri sendiri . HAHA
 Dan setelah menghabiskan masa kat kedai laksa yang memang superb tuh , kita lepak kat mcd ditemani jejaka tampan class kita . HAHA (:
inche firdaus dan inche hisyam . Adehh , lupa na berfoto gedik dengan diorang tadi . WEKKZ ! 
saeng il chukka haeyo ! ekin .

nota cumel : sory sue , foto dengan kau tader dalam fon aku . banyak amek guna cams kau lahh .