TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

October 27, 2010

TEMUDUGA TERBUKA

Perhatian : Kepada semua ahli ahli siber yang masih menganggur , sedang menganggur atau akan menganggur .Anda dijemput hadir untuk sesi temuduga terbuka ini .


Syarat-syarat adalah seperti yang tertera di bawah .


4 ganjaran lumayan :
  • Nikmat kubur
  • Perlindungan di padang Mahsyar
  • Keselamatan meniti titian sirat
  • Syurga yang kekal abadi
Lokasi temuduga :
  • Di alam kubur(alam barzakh)
Kelayakan :
  • Anda tidak perlu membawa sijil-sijil
  • Anda tidak perlu membawa pingat
  • Anda tidak perlu bawa wang atau harta yang banyak
  • Anda tidak perlu berparas rupa cantik,kacak dan seksi
     (ANDA CUMA PERLU MEMBAWA DOKUMEN ASAL IMAN DAN AMAL)

Panel/penemuduga :
  • Mungkar dan Nakir(bertauliah)
6soalan utama :
  • Siapa tuhan anda ?
  • Apa agama anda ?
  • Siapa nabi anda ?
  • Apa kitab anda ?
  • Di mana kiblat anda ?
  • Siapa saudara anda ?
Cara memohon :

Anda hanya perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja(mungkin sekejap lagi).Ia akan berlembut kepada orang mukmin dan akan bengis pada orang yang mungkar.Ia diberi nama Izrail.

"SEMOGA BERJAYA"
(Permohonan dibuka sekarang)

2 comments:

  1. Akak ingatkan betulla ada tawaran kerja tadi.. hehe..
    Nice entry.

    ReplyDelete