TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

December 30, 2010

rindu itu terkadang menjelma , kenangan itu terpahat sentiasa

Sekali lagi malam neh aku ta dapat tidur . Baru jeh lepas baca satu entri kat blog sape ye tadi ? Adehh , lupa plax . Dan dah buat aku teringat plus rindu , rindu tersangat kat dua orang kawan aku . Kawan yang sangat baik , kawan yang ringan membantu , kawan yang ta lokek ilmu , kawan yang penyayang , kawan yang berkongsi cerita , kawan yang bergelak tawa , kawan yang ta pura pura . Ya Allah . rindu yang teramat sangat kat mereka berdua . :'(
Aku ingat lagi masa mula mula kenal mereka berdua . Seorang lelaki dan seorang perempuan . Yang perempuan tuh cantik sangat , aku suka tengok dia senyum , manis . Rindu . Kenal yang kawan perempuan neh masa aku form 4 , satu kelas dan dia duduk kat belakang aku . Walaupun dah lama satu sekolah sejak form 1 tapi aku ta pernah pun bertegur sapa dengan dia sebab kelas lain dan aku ingat dia sombong . Tapi bila dah kenal sangat sangat lain dengan apa yang aku rasa . Dia memang baik . Ta pernah sakitkan hati orang . Then , dia masuk teknik , sekejap jeh pun dapat borak belajar dengan dia . Tapi dah takdir jumpa balik masa form 6 . Oh , dia masuk form 6 dan sekali lagi satu kelas . Suka cara dia . 
Dan yang lelaki plax kenal dia masa form 6 . Ingat lagi time tuh dah start orientasi tapi dia masuk lambat . Oke ! Dia memang seorang yang good looking . Dan dia satu group dengan aku masa orientasi form 6 tuh . Bila dia senyum seronok jeh tengok muka dia , sweet jeh . Dia jugak satu kelas dengan aku .
Macam macam kenangan ada dengan mereka berdua . Teringat , masa kem waja diri kat UPSI dulu yang perempuan neh satu group ngan aku , satu bilik lagi . Macam macam kongsi dengan dia . Ingat lagi , terbayang lagi masa kitorang tidur , sebelah sebelah , bual bual , makan sama sama . Dan ada satu pagi tuh kitorang terlajak tidur . Kelam kabut aku kejut dia bangun . Nasib ta kena denda kan . Rindunya kat dia *mata dah berair . Masih ingat lagi dia pinjam shawl dan handsock aku masa hari last kat UPSI tuh . 
Teringat lagi masa kat kelas dulu yang lelaki neh ada jeh benda dia na jawab , tapi dia bukan lahh seorang yang kurang ajar . Kadang kadang apa yang dia cakap tuh boleh buat orang gelak . Kelakar jeh . Dorang berdua memang sangat sweet . 
Aku ta kan lupa masa aku , sue , yuyu dan dia(perempuan) borak borak pasal bajet kawen . Lawak sangat kalau ingat balik . Sampai dia boleh cakap macam mana aku na kawen neh ? Banyak nye na pakai duit . Hmm . Tapi semua tuh da tinggal kenangan .
Aku ta kan lupa masa dia(lelaki) tunjuk magic trick kat aku dan kawan yang lain . Siyes ! Aku macam ta percaya jeh . Pandai betul na mengenakan aku . HAHA . Baru aku taw rupanya dia memang suka tengok magic show dan ada belajar sikit sikit macam mana na buat . Tapi tuh semua tinggal kenangan .
Masa dalam kelas upper six yang perempuan tuh duduk kat belakang aku dan yang lelaki tuh kat lane sebelah kanan aku . Aku rindu na tengok yang lelaki tuh pandang perempuan tuh dan dorang sama sama senyum . Aku rindu na dengar suara dorang berdua . Aku rindu na peluk kau , yaya . Aku rindu na dengar kau usik budak kelas , mirul . Aku rindu sangat kat korang sekarang neh .
Tapi dah takdir Allah . Allah lagi sayang mereka berdua .Dorang berdua dah pergi tinggalkan kami semua . Dah pergi tinggalkan keluarga , kawan kawan .
Sungguh aku ta sangka korang boleh pergi dengan cara yang macam tuh . Macam sekejap sangat . Aku ta puas lagi kawan dengan korang . Masa tuh , dah masuk orientasi budak lower . Ramai yang lain cakap kat korang jangan balik dulu , tapi korang berdua tetap na balik kan . Masa aku kat dewan , aku dapat call , korang accident . Mati mati aku ingat sue main main . Aku ta percaya , tapi dia kata betul , ta tipu . Baru jeh sekejap tadi aku borak ngan korang berdua kat belakang dewan . Baru jeh aku cakap ngan mirul aku na pinjam helmet dia sebab na pergi makan abc . Beriye iye mirul ngan yaya ta bagi . Aku tataw itu tanda korang na tinggalkan aku dengan yang lain . Cepat cepat aku cakap kat yb , korang taw ta , berlari yb pergi kat park motor padahal masa tuh kaki dia sakit siap bertongkat lagi . Dan aku cepat cepat keluar dewan lari pergi padang . Nisa cakap kat aku kepala mirul pecah . Ya Allah , masa tuh aku dah ta dapat tahan air mata aku . Aku terus ajak net pergi tengok korang . Laju sangat net bawak motor masa tuh . Sampai jeh aku terus nangis , aku ta tahan . Aku nampak yaya . Yaya .. aku nampak kau dah terbaring kat jalan . Banyak sangat darah . Aku ta sangka aku ta percaya kau dah pergi . Aku cari mirul dan orang yang kerumun kat korang kata mirul kat sebelah sana . Korang tercampak jauh sangat . Lori yang langgar korang pun ada lagi kat situ . Yaya , helmet kau pecah teruk . Berkecai . Aku na tengok muka korang tapi dorang ta bagi . Dorang takut aku pengsan . Dorang taw aku ta kuat semangat . Sedihnyer masa tuh . Semua budak kelas kita ada kat situ . Semua pergi tengok korang . Cikgu cikgu pun ta percaya korang accident . Cikgu semua pun ada masa tuh . Aku ingat lagi semua tuh . Dan sampai sekarang aku macam trauma kalau lalu kat jalan yang korang accident tuh . Terbayang bayang mirul dan yaya terbaring kat jalan tuh .
Yaya , aku rindu kau .
Mirul , aku rindu kau .
Kenangan dengan korang berdua aku ta kan lupa sampai bila bila . Bila aku rindu kat korang aku tengok gambar gambar korang berdua . Aku tengok gambar aku dengan yaya . Nasib aku banyak amek gambar dengan kau ya . Neh lahh first time kawan aku meninggal . Baru aku tahu sedih tuh macam mana . Ye , memang lahh akak aku boleh gelak masa aku cerita dengan dia sebab dia ta pernah lagi rasa kawan dia meninggal . Kalau satu hari nanti dia rasa , baru dia faham perasaan aku .

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka berdua
Amirul syafiq bin husin
Hayatun nofos binti sutresno
11 mei 2010 .
Dalam kenangan .
Al-Fatihah .

3 comments:

  1. al-fatihah

    kawan waktu senang2 mudah mau cari..kawan susah senang tu yang paling kita hargai.



    jgn riso,ceq n kaki-kaki pukoi yang len sntiasa ada =)

    ReplyDelete
  2. rindu gak sama dorang . senyuman dorang . ketawa dorang .

    AL FATIHAH .

    ReplyDelete
  3. nub : tengs . rajin kumen kumen kat blog kita . (:
    ahha , kaki kaki pukul tuh pasti . ada jeh buat peneman jiwa . hehe

    ekin : sama . sedih lahh . urmm .

    ReplyDelete