TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

December 29, 2011

Random #2

Assalammualaikum dan selamat pagi. Entah apa mimpi tiba tiba pagi ini baru aku rasa nak menaip. Punya lah gila lama aku tak update blog. Ohh! Bukan aku saja je taknak update tapi aku sendiri macam dah hilang semangat nak blogging. Sampai aku pernah rasa macam nak deactivate je blogger.com aku ni. Sebenarnya banyak gila lah benda yang jadi kat diri aku tapi aku tak mampu nak cerita kat sini. Bukan aku takde masa, terlebih sangat pun masa aku tu sampai terbuang buang. Okay, nampak sangat aku suka membazir kan. Itu lah, aku pun tak tahu bila nak ubah benda yang satu tu. Entah bila lah aku baru nak belajar manfaat masa betul betul.

Masuk hari ini dah dua hari aku tak boleh tidur. Semalam nak jejak 4pagi baru aku boleh tidur. Nak kata aku study, memang tak lah kan. Harap je balik rumah bawak buku tapi hadap tak pun. tak sentuh pun. Sentuh laptop boleh pulak kan. Tak payah suruh, celik mata je laptop. Nasib tak tutup mata pun depan laptop macam dulu dulu yang selalu jadi kat aku. Bangun  je pagi tengok tengok aku sedap tidur depan laptop, terpasang je. Memang melambung lah kan bil elektrik rumah aku. Kesian kat abah aku. Hehh! Tapi sekarang aku tak buat dah benda macam tu. Bila aku dah start menguap tu laju laju aku off semua. dengan lampu pun aku tutup. Kipas jela yang pusing laju laju jadi teman tidur aku penghalau nyamuk penyejuk suasana. Oh dan peneman setia aku tidur cik spongebob yang baru sebulan lebih hidup dengan aku. Nanti lah ada masa aku cerita pasal spongebob tu. tapi cik teddy oren gemok tu tetap aku tak lupa. Lawa sangat lah katil aku kat hostel tu, bantal je dah tiga campur cik teddy gemok lagi, spongebob lagi. Hahaha. Tapi kalau salah satu tkde aku tak boleh tidur kot. Wajib peluk. Tak peluk pun kena ada kat sebelah aku baru aku boleh tidur. Okay, tahu lah mengada je kan aku ni. Haha.

Aku still tak boleh tidur dan aku tak tahu kenapa aku tak reti nak bukak buku economics 415 tu. Bukan tak sedar final 8 januari ni tapi aku boleh relax je lagi. Haila. Apa nak jadi ni? Sepanjang lima hari kat rumah ni aku asyik online je. Tak online tolong mak, penat tolong mak aku makan, lepas tu online lagi. Tu tak masuk yang aku tiba tiba je dah tertidur tak sedar diri. Hahaha. Buruk perangai ni. Keh keh. 

Hahh, Habis dah lah. Jap lagi kalau rajin aku nak cerita lain pulak.
Okay, bye.

December 5, 2011

Exam oh exam !

Assalamualaikum. Pehh, bapak lama lah kan aku tak update blog. Bukan apa, idea kering tambah pulak aku busy manjang. Alahh, kau percaya jelah aku busy walaupun... Hahaha. Okayy okayy aku mengaku lah ni, aku banyak busy tidur daripada busy study. Maklumlah aku memang tak suka study nak buat macam mana kan. Kalau aku study banyak banyak nanti kan mula lah aku sakit kepala. ada tak kau rasa macam nak lempang aku je bila baca statement ni. Eyh, tapi betul taw. Aku memang tak boleh study banyak banyak. Otak aku tak dapat terima. So, aku akan study bila masa yang aku rasa betul betul nak study je. Bukan aku nak kata aku ni pandai ke apa. Tak tak. Aku sedar kemampuan aku kat tahap mana. Aku tahu kalau aku rajin aku lagi boleh dapat result gempak gila. Tapi ntah lah. Aku ni jenis suka benar ambil mudah sesuatu perkara. tapi tak bermakna kerja aku tak jalan taw. Tak bermakna otak aku tak berfungsi taw. Aku kira boleh pakai jugak taw. Hehehe. 

Aku tengok kalendar tadi. Hahh! Ambil kau. Lagi 3 minggu je doe nak final exam. Gila tak gila. Banyak chapter lagi aku tak cover ni. subject yang aku ambil dah lah ada 7 semuanya. Mau aku  bertapa jaga malam nak jawab exam nanti hoii! Aku pun tak tahu lah bila nak start study ni. Aku duduk sini kan, pehh! Tak ingat lah rajin bebenar lah semua budak budak study kan. Aku jela pun yang suka duduk saja. Hehehe. Ni aku ada je kerja nak kena buat. Tapi boleh aku buat lepak online online pulak kan. Aku rasa lepas aku siap update blog ni aku nak buat kerja aku tu. Alahh, senang je. Bukan susah mana pun. Type type apa patut siap dah. Hehe.

Ohh ye. Esok aku nak pergi satu company ni. Insurance agency. Aku nak culik workers kat situ. Ahaa! Lepas tu aku nak jual kat Thailand. Haa! Baru lah aku cepat kaya. yela, hasil pemerdagangan orang. Tak ke laku zaman sekarang ni kan? Hahaha. Takde lah weh, aku nak pergi buat group project. Pasal computing. question biasa lah kan nak tanya. Guna computer apa, software application segala bagai. Input output devices segala. Hopefully segalanya berjalan lancar lah esok. 

Sekarang dah 5 disember. Waa. Cepat betul lah kan masa berlalu. Aku rasa macam sekejap gila je tahun 2011 ni. Study week aku nanti start 24 tak silap aku. Patut aku balik ke tak eyy? Tapi dah sah sah kalau aku balik rumah nanti aku tak belajar punya. Confirm 100%. So, aku decide stay hostel jela pun. Ada jugak aku bukak buku study gila gila kan. Aku nak dapat dekan weh. Nak sangat. Kalau tak penat jela segala usaha aku selama ni kan. Hee. Tapi kan aku rasa start cuti tu aku balik rumah lah kejap. Sabtu ahad tu balik rumah. Nak celebrate something. Harap harap dapat. Jangan tak jadi dah lah. Haa. Lagi satu, minggu depan aku penuh dengan test, quiz segala bagai. Ohh! dah akhir akhir semester ni baru terasa pack gila doe. Rasa macam nak pengsan je. Sekarang aku dah boleh faham lah student u punya life macam mana. So, next semester aku dah boleh lah manage time aku dengan okay. Takde terkejar kejar. Hee. Hope aku dapat jawab exam ni dengan begitu jayanya. Okay, tahu ayat aku yang last ni macam skema tahap dea lah pulak kan. Ahh. Diam. 

Kbai. Happy monday you all. (:

October 22, 2011

Woww ! Fashionista , stylish sungguh you ni .

Hebat . Sekarang ini bukan macam dulu lagi . Sekarang ini ramai yang kata dunia dah maju . Macam dalam iklan televisyen yang pernah keluar dahulu . Zaman dah berubah dunia dah maju . Masa tu kalau boleh semua benda setiap manusia akan sebut ayat tu kan . Sampai aku sendiri rasa nak muntah dengar . Tapi takpe lah , manusia kan suka benda benda sebegitu . Ya , aku tahu aku jugak tergolong dalam golongan yang sama . Itu aku tak nafikan . Hmm .


Apa yang aku nak cakap ni lebih kepada benda yang berlaku sekarang . Oh , maksud aku pada perempuan ya . Wahh ! Aku bukan nak cakap isu yang bisa bikin orang berdebat sana sini cumanya aku ingin bersuara apa yang terlihat mataku . Itu sahaja . Sejak berada di alam yang luar kebiasaan aku , macam ragam yang dapat aku lihat . Aku suka memerhati sebab aku rasa aku lebih kenal kehidupan dengan sebegitu . Haha . Hari hari bila kaki melangkah ke kelas . Pehh . Woww ! Itu eksperesi pertama . Fashionista sungguh kau ni . Boleh lah apply jadi model sambilan . Untung dapat income lebih . Hahaha . Yelah , zaman sekarang semua nya baru . Hari hari ada je fashion baru . Usah cakap baju . Tudung berbelit bagai sampai aku tengok pun naik pening tahu . Sekarang bukan zaman tudung bawal lagi . Sekarang zaman pashmina , shawl cotton , satin bagai . Dulu pakai tudung pin kat hujung bahu je kiri kanan . Sekarang depan belakang kiri kanan atas semua segala lah bercucuk peniti . Hebat . Dulu stock pakai serkup hitam putih yang opah tok wan selalu pakai . Tapi sekarang inner syria sahaja . Colour taknak warni warna lagi lah dia nak pakai . Buat gaya senget sebelah , double sana sini . Wahh . Stylish ! Hahaha


Itu baru hijab . Belum outfit lagi . Wahh ! Dulu pakai tshirt seluar jeans je . Tapi sekarang tak main lah tshirt kan . Sekarang zaman dress , zaman skirt , zaman maxi . Peh . Baru stylish . Baru fashionista . Aha . Bila berskirt labuh , harus berkemeja tuck in . Belt itu wajib . Belum masuk bab jacket lagi . Jacket kena style , ada butang besar besar , ada ribbon bagai . Baru zaman dah berubah , dunia dah maju kan ? (:
Sekarang semua stock nak pakai kemeja je . Ohh , kemeja labuh , padan dengan legging pulak . Cun . Ahaa . Kasut pulak kalau boleh semua nak flat je . Baru style kan ? Belum lagi masuk make up . Eyeliner kalau boleh semua nak panjang panjang tarik sampai hujung muka . Wahh ! Kenapa tak buat kerawang kerawang awan larat bagai . Baru lagi style bukan ?

Biasalah . Apa orang kata . Fashion hana tajima ? Fashion diana rikasari ? Hehh . Hebat . Warna warni . Dari kepala sampai kaki semua nak ada . Kalau tak , tak sah . Cantik bukan ? Hee . Ya , aku jugak kadang kadang jadi macam tu . Ehh , hana tajima wannabe ke ? Pakai tudung lilit lilit bagai . Orang kata loose shawl gitu . Messy-looked .


Haa . Ni contoh dia . Aku pun dah jadi macam mereka mereka yang dikatakan fashionista lah sangat tu . Ahaa . Nak pakai shawl mesti loose je kan . Pehh . Yela , konon nak up-to-date lah kan . Hahaha . Tapi kadang kadang aku rasa macam lawak je bila pakai macam ni . Maka , sekarang ini aku lebih banyak pakai shawl yang macam biasa sahaja . Macam ni .




Sebab yang simple itu lagi cantik sebenarnya . Hmm . Bukan tak cantik kau berlilit bagai tu semua tapi ntah lah . Aku pun tak boleh nak cakap apa sebab kadang kadang pun aku pakai macam tu jugak . Hehe . terserah lah masing masing asalkan pandai membawa diri . Okay , selamat malam . aku mahu tidur . Babai

October 21, 2011

Kemahiran Insaniah

Ahh . Pedulikan sahaja bila ada yang nak kata cerita aku ini dah basi . Okayy , aku tahu benda ni dah lama . Dah dua minggu lepas pun . Tapi seperti biasa blog aku kan , jadi terserah lah aku nak cerita apa pun . Hahaha . Ye , aku memang suka buat statement bajet hot pun . Kau tak suka ke ? Takpe , aku tak kisah .

Ohh . Proceed . Masa 8 dan 9 October lepas aku ada program kemahiran insaniah . Pehh , Bapak best lah . Okay , best ke ? Harus lah . Aku dapat membina jati diri yang kukuh gitu . Ala ala membina kepimpinan dan keyakinan diri pun ada jugak . Jadi , aku memang suka aktiviti yang dapat menonjolkan diri aku sebab dari situ dapat membina keyakinan aku . Takde lah aku malu nak cakap in front of other people . Dan aku memang suka untuk bercakap di depan . Tapi bukan bermaksud aku suka mencari publisiti murahan cumanya aku rasa itu caranya untuk membantu aku berkomunikasi dengan lebih baik . Jadi , bila aku dah masuk alam kerjaya nanti . Takde lah aku rasa nervous gila babas bila nak jumpa klien . Betul tak ?

Haihh . Berapi pulak aku rasa tiba tiba tak boleh nak upload gambar lah pulak . Baru aku semangat nak share gambar group aku yang vogue tu . Cehh . Tak payah nak berlagak vogue sangat lah kan . Tapi aku rasa aku memang vogue . Ye , aku tahu itu memang statement mintak kaki . Tapi biasa lah aku memang suka perasan sebab bila aku perasan aku rasa confident . Wahaa . Boleh terima pakai ke teori aku ni ?
Masa kemahiran insaniah ni memang macam macam lah dapat belajar . 2 hari pulak . Memang best lah kan . Dan itu lah weekend pertama yang aku tak balik rumah . Kalau tak , memanjang aku balik rumah kan . Masa hari pertama memang dengar ceramah jelah . Dari Cherdik Consultancy . Okay , not bad lah kot ceramah dia . Boleh lah buat aku gelak sikit campur rasa nak tidur yang banyak . Hahaha . The second day baru lah slot dengan group , bagus jugak sebab campur je budak budak course lain . Boleh kenal ramai kawan kan . Group aku duabelas manusia je . Okay lah tu daripada takde langsung kan . Hahaha . Fasilitator aku pun okay lah . Fun jugak . Dia takde pun nak ikut sangat modul yang dah penganjur program bagi . Dia kata gila bosan kot . Dia banyak ajak kitorang main yela . Tapi , overall sangat fun lah bagi aku . Kena design something yang berguna untuk pelajar u lah , main kotak beracun memang terbaik . Hahaha . Sekali kena task berlakon jadi isteri yang anak anak dia teraniaya kan . Wah ! Aku memang suka berlakon . Bajet retisss lewwteww ! Wahaha . Dan aku suka masa aktiviti buat iklan radio . Hehh ! Aku jadi dj taw . Harus ke aku nak bagitahu in detail ni ? Takpe , biarkan sahaja aku dengan duniaku . Hehh .

Haa . Dan satu benda yang aku suka masa program kemahiran insaniah ni , semua orang dapat makan free . Haha . Memang lah aku suka sebaba aku dapat jimat duit . Nak makan boleh tambah pulak . Kot kau memang kaki mentekedarah boleh lah kau buat muka tak tahu malu ambil 3 4 bekas sekali . Takde hal . Kau nak tapau bawak balik bilik pun boleh . Haha . Kemahiran insaniah ni aku kena ikut sampai semester 5 nanti . Wajib . Bagus lah ada program macam ni . Membentuk keyakinan diri yang tinggi sekaligus melatih daya komunikasi serta berfikir yang bagus . Aku suka . (:

p/s : aku nak tidur lah nak rehat rehat kan minda sebab petang nanti aku terpaksa mengadap muka abang abang dan kakak kakak komander kesatria YANG AMAT AKU CINTAI itu . grr ! X(


Tiada tajuk .

Serius lah weh aku rasa aku dah tak reti nak menaip bila dah lama tak blogging . Aku dah tak reti kot nak cerita pung pang sana sini kat blog lagi . Haihh ! Ni semua gara gara dah lama aku tak update . Kalau tak dulu pantang ada masa mesti nak update sana sini . Upload sana sini . Tapi sekarang macam haramm je . Bila buat entri pun serius ayat rasa skema gila . Macam budak darjah satu baru belajar buat ayat . Gua rasa skema siott ! Serius . Wahaha .

Eyh , aku tengah boring sebenarnya ni . Cantik plax esok aku takde kelas . Lecturer BEL aku yang cantik tu masuk hospital . Serius weh dia sangat cantik tahu tapi dia dah married . Jadi aku terpaksa batalkan niat aku nak ngorat dia . Wakaka . Jadah apa aku nak ngorat perempuan kan . Kau fikir aku lesbian ? Ohh . Ohh . Tidak lah , kang hencek boipren aku tu nak campak mana ? Bawah tanah ? Mau dia merajok sebulan dengan aku kang . Payah . Okayy , fullstop . Macam orang nak sangat tahu pasal hencek boipren kau doe . Orang geli menyampah tahu . Okayy . aku diammahh . =.=

Ohh . Esok aku ada mekdi time . Hamboi . Mentang mentang lah u aku dekat sangat dengan mekdi , memang rajin bebenar lah kan pergi makan mekdi . Tapi bukan hari hari lah . Campur hari tu tambah esok baru nak masuk dua kali je taw . Yela , dah alang alang esok aku kena gi fakulti walaupun aku takde kelas kan . Tengok , rajin tak aku ? Pelajar yang berdedikasi kan . Wahaa ! Okay , boleh lah pura pura macam kau tengah lempang aku sekarang . Hahaha .  Oh , aku kena pergi fakulti pun sebab nak jumpa senior . Aku join charity event sabtu ni . So , ada lah briefing sikit sikit mungkin . Tak pun banyak mungkin . Takpe . Aku rela mendengar . Nanti aku update pasal charity event tu okay . 
Hmm . Okayy lah lampu bilik aku pun dah off ni . Kang lama lama aku depan laptop ganggu roommate aku nak tidur plax . Haishh . yela , Light lappy memang taknak terang lagi lah kan . Hmm . Tapi aku bosan , waa . takpe lah . Babai , selamat malam .

October 15, 2011

awak , kita gembira sangat hari ni .

Assalamualaikum . Wahh , serius rasa gembira bahagia sangat hari ini . Oh . Nak tahu kenapa ? Sebab saya dapat keluar dengan girlfriend saya hari ini . Sumpah best sangat . Lama kot tak jumpa . Last jumpa dia pun masa raya lepas . Dah sebulan lebih kot . Gila rindu taw . Dekat dia lah saya selalu cerita macam macam . Ehehh . Tetiba plax masa bahagia macam ni aku jadi saya plax . Ewahh ! Rasa macam budak baek sangat je bila guna kata ganti nama diri saya kan . Hahaha

Mula mula ye ye janji nak keluar pukul 10 . Tapi nann hadoo . Pukul 11 baru keluar . Biasa lah aku kan suka bajet retisss . Harus lahh aku make up sikit sikit kan . Hahaha . Bajet lawa lewwteww . Hehh ! Janji aku ada . Kau ada ? Hehe . Terus lah aku tunggu bus dengan penuh kesabaran duduk kat bus stop pun ala ala perempuan melayu terakhir gitu . Sopan taw . ala , percaya jela you all . Tak rugi pun . Tik tok tik tok dapat lah bus . Terus lah pergi mekdi kepong dulu . Cik ekin girlfriend aku tu haa dah gian sangat nak makan mekdi . Yela , kita on jerr . Hehehe . Pung pang sana sini . Suap suap segala . Adalah dalam pukul satu lebih baru gerak nak pergi sungai buloh balik . Tapi tak balik rumah lagi . Ehemm ! Gian dah nak buat satu aktiviti ni . Apa lagi , karok lahh bhaii . Lama kot tak karok . Tapi 2 jam je tadi . Tak larat dah nak masuk 3 jam macam dulu . Suara dah lain kot . Lama sangat tak polish . Eicehh . Bajet macam suara aku sedap merdu sangat lah pulak kan . Hahaha . Happy sangat taw . Puas lah melalak sakan kat suria box tu tadi .

Then , jalan jalan . Cari kasut . Ahahhh ! Dah penat jalan jalan tu aku ajak ekin gi food court . again , makan lagi . Okayy . Sekarang aku memang gila kenyang kot . Yela dah lama tak makan banyak . Sejak dok PALAM ni , aku makan sekali sehari je kot . Tu yang sampai aku dah kurus sikit ni . Berat aku dah turun empat kilo kot . Wahhh ! Saya happy saya happy . Saya dah kurus . Yeayy ! Okayy lah tu . Baru sebulan dok hostel dah turun empat kilo . Cukup satu semester aku dok sana mau 24 kilo berat aku turun . Wahaha . Berangan lah pulax kan . Haruss ! Hahaha .

Borak macam macam dengan dia taw . Asyik gelak je . Paling tak boleh blaa bila kitorang terjumpa seorang uncle ni masa kat toilet . Ahahh . Sumpah lawak . Action uncle tu masa otw nak masuk toilet memang tak tahan ah kan . Gaya orang dah tak tahan sangat nak melepas je . Memang kelakar gila sampai dia nak jalan pun dah terbongkok senget senget dah . Hahaha . 


ekin . i love you and i love coolblog too ! (:

October 1, 2011

retro . a go go ! Yiehaaa .

Okayy kawan kawan . Minggu ni aku balik rumah lagi . Ohh , well . Rumah dekat kan . Harus lah aku balik every week kan . daripada aku dok kat hostel tu baek aku b alik rumah dapat jugak makan masakan mak aku . Terbaik . Haa , tu aku dah dengar bunyi kuali . Yeayy . Mak i dah start masak . ye , aku tahu aku tak tolong dia pun . Teehee . Takpe lah . Jap lagi aku tolong . sebvenarnya aku tengah boring ni . Assignment berlambak weh . Penat tahu tak . Ni lah subjek integrated software application ni haa yang memang betul betul buat aku angin satu badan . Keyboarding tak habes habes . Ingat jari aku ni robot ? Dah tu nak kena type ikut cara dia plax . Nak kena letak jari jemari mulus aku ni kat home row keys segala . Haihh ! Sumpah lah rasa jari aku macam nbak tertanggal keras kejong je doe . Nak type guna system home row keys tu memang aku rasa lembab gila . Better aku type macam biasa je . Lagi laju taw . Ni dah lah jari rapat rapat . Memang sure cramp lah weh . Waaa ! Bengang lah !

Petang semalam first meeting kesatria negara . Memang haram satu haper pun lah aku tataw kan nak kawad macam mana . Okayy , betul . Masa zaman aku sekolah dulu , memang tak lah nak nampak muka aku kawad kat tengah tengah padang ke haper . Takde maknanya . Ntah kaki mana aku hentak pun aku tataw . Aku maen tibai je . Dulik haper aku . Dah memang terang terang aku tak suka kawad . Aku jujur okayy . Tapi aku terpaksa gak lah ikut kan . Credit hours tu bhai . Kena  buat betul betul . Kang dah sampai masa test aku failed plax . Naya ! Gua tamau repeat babe . Nightmare ! 

Haa , ni pasal junior's night plax . Dah nak tema retro bagai plax lah kan . Aku pun tataw dah nak pakai apa ni . Macam macam sangat dalam kepala otak aku keluar idea . Kejap nak pakai camni camni lah . camtu camtu lah . Takpe . Tunggu jela malam rabu nanti aku pakai macam mana . Ada retro retro sikit jadi ahh . Kot mana taw aku nak pakai rambut afro ke kan . Wahaa ! Aku tengah tunggu intan ni . Aku nak gi times square jap . nak shopping . Haa , baru junior's night dah nak shopping bagai kan . Eyh takpe lah , duit aku gak yang habes tak pakai duit kau pun . Hahaha . 

p/s : aku pening lah . rasa nak muntah pun ada , ada sesape nak bagi panadol tak ? Ahaha

September 21, 2011

Benci rasa ini .

Assalammualaikum . Okayy . Serius aku bosan gila gaban kuasa duapuluhlapan sekarang ni . Hmm . Satu je aku nak sekarang . Aky sangat sangat nak balik rumah . Okayy , memang lah aku tahu ramai yang cakap . Untunglah rumah dekat every week boleh balik . Tapi aku tak tahu lah kenapa kadang kadang aku rasa fun duduk sini tapi kadang kadang aku rasa sangat tak best . Ntah lah . Aku tak tahu . Maybe aku belum boleh adapt diri aku sepenuhnya kat sini . Aku tahu tujuan aku datang sini . Aku nak further my studies . I wanna get a degree . I wanna have a new life . But i dont know why i start to feel like this . Im just so boring living here . Truth , i really want to go back home . 

Tapi aku sedar ini peluang aku . Beribu lagi yang menangis tak dapat nak masuk U tapi aku bila dah dapat rasa macam ni . Aku blur weh . Almost 9 month im just relax , doing nothing at home . Then suddenly , i have to work on my brain . I need to think to do everything on my own . It's hard you know . Arghhh ! Kadang kadang rasa tension pun ada kot . Okayy , memang lah budak kat sini semua takde masalah tapi tak sama kot . Yela , sebenarnya aku rindu kawan kawan aku . Kawan kawan aku je faham aku macam mana . Boleh terima aku macam mana . Kat sini aku tak boleh jadi segila yang aku jadi bila dengan kawan kawan aku dulu . Ye , aku mengaku kat sini aku lain sikit . Tapi takpe lah aku still diri aku lagi . Takde pun pretend to be someone or something or anything .

Aku nak balik rumah lah weh . Bukan sebab rumah aku dekat aku boleh suka suka riang hati nak balik every week . Cuma aku rasa peaceful bila ada kat rumah . Betul lah orang cakap home sweet home . Mungkin aku tension sebab dah kena belajar balik kot . Hahaha . Yela , lama gila kot otak beku . Nak plax housemates aku semua budak matrik budak asasi . Rajin kot . Haihh . Aku plax yang risau tengok . Tapi bagus ah dia orang ni . Study je . Tak lah macam aku ni . Okayy , aku ngaku aku memang malas sikit bab bab study ni . Sebab aku hanya akan study bila aku ada mood . Boleh ? Hahaha . Tapi kerja kerja aku semua siap taw . Cuma aku malas sikit nak baca buku je . Oh , aku dah ada assignment baru weh . Hadoi . Menaip jela kerjanya . Jumaat ni plax kena submit . Tak banyak tapi rumit . Hehe

Patutnya rabu khamis jumaat ni aku cuti taw . All event management's lecturer ada meeting nak buat exam paper . The questions and so on . Tapi disebabkan subjek ECO dengan BEL still tak tahu lagi siapa lecturer dia . So , niat aku nak balik rumah memang terhenti di simpang jalan jela . Berkubur jela kan . Memang cantik ahh dua2 subjek tu ada esok dengan jumaat . Buatnya aku balik rumah , sekali ada kelas . Dah aku terponteng kelas kan nanti . Hehe . Takpe lah stay sini jela . Ingat esok nak lepak mcd lah . Bosan weh . Boleh gak cuci cuci mata sikit kat mcd nanti . Lepak lama lama makan makan borak borak . Baru ada feel . Cehwahh ! Hahaha

Dah lah . Aku penat . Nak sambung buat assignment sikit . Then , nak bambam . Tidur lah weh . Esok ada kelas BEL pukul 10.30 . Pergi jela even takde lecturer pun . Kang tetiba dia amek attendant , aku gak yang merana . Haha . Okayy , babai . Selamat malam . (:

p/s : aku tidur sorang je malam ni . Roommate aku balik terengganu . Mak dia sakit . :(

September 18, 2011

Semua dah baru .

Assalammualaikum . Selamat petang ahad . Hmm . Lama gila dah tak blogging . Sumpah rindu nak mengarut ntah macam haper kat sini weh . Tapi sekarang macam dah takde masa je . Penat lah . Aku dah selamat pun bertapa kat uitm puncak alam ni . Alhamdulillah . Not bad . Kolej oke . Kuliah oke . Kawan oke . Tapi aku tak suka foodies kat sini . Murah tu biasa lah . Standart je harga dia . Tapi ada certain kedai yang aku rasa better aku makan biskut kering je daripada buat habis duit bagi kat owner kedai tu taw . Hmm , tapi takpe lah . Memang tak lah aku nak makan kat situ lagi . Sekali tu jela dia merasa duit aku kan . Sampai hati buat student macam ni . Sayang je duit aku makan kat situ .

Hmm . Kuliah pun dah start . So far oke lah . Budak budak event yang lain pun happening je aku tengok . cuma ada lah satu dua yang nampak diam je . Tapi tataw lah kot diam diam ubi berisi kan . Hehehe . Masa mula mula kat sini serius aku blur sangat . Tak tahu nak apa . tapi dah seminggu ni aku dah boleh follow the flow as uitm student . Hehe . Course aku ada tujuh subjek . Pehh . Macam banyak je kan . Tapi aku risau kot lagi dua subjek tak dapat register . Class dah full kot . Subjek economy dengan office automation . Hmm . Takpe lah esok aku nak pergi jumpa KP . Oh . Dan aku suka lect introduction of event management . Dia sangat cantik dan still single okayy . Boleh lah ngorat kalau nak . Hahaha .

Roommate and housemates aku pun oke jugak . They all are nineteen . Im the only twenty in the house . Okayy , rasa macam tua je bila diaorang panggil aku kakak taw . Cuma roommate aku je yang panggil nama . Dia cakap macam formal je nak panggil kakak . Beza setahun je kot . Tapi aku tak kisah pun . And , nasib boleh masuk kepala dengan diaorang . Fun okayy . Sangat gila gila . Semalam pun aku dengan housemates dah outing sama sama . Gambar ? Nanti lah tunggu aku rajin nanti aku upload rupa puncak alam ni macam mana okayy . Haha . Ohh . Dah lah taknak type panjang panjang lagi . Assignment tak siap lagi . Waa . Baru start belajar dah ada assignment taw . Selasa ni plax kena hantar . Okayy lahh . Babai . 

Semua dah baru .

Assalammualaikum . Selamat petang ahad . Hmm . Lama gila dah tak blogging . Sumpah rindu nak mengarut ntah macam haper kat sini weh . Tapi sekarang macam dah takde masa je . Penat lah . Aku dah selamat pun bertapa kat uitm puncak alam ni . Alhamdulillah . Not bad . Kolej oke . Kuliah oke . Kawan oke . Tapi aku tak suka foodies kat sini . Murah tu biasa lah . Standart je harga dia . Tapi ada certain kedai yang aku rasa better aku makan biskut kering je daripada buat habis duit bagi kat owner kedai tu taw . Hmm , tapi takpe lah . Memang tak lah aku nak makan kat situ lagi . Sekali tu jela dia merasa duit aku kan . Sampai hati buat student macam ni . Sayang je duit aku makan kat situ .

Hmm . Kuliah pun dah start . So far oke lah . Budak budak event yang lain pun happening je aku tengok . cuma ada lah satu dua yang nampak diam je . Tapi tataw lah kot diam diam ubi berisi kan . Hehehe . Masa mula mula kat sini serius aku blur sangat . Tak tahu nak apa . tapi dah seminggu ni aku dah boleh follow the flow as uitm student . Hehe . Course aku ada tujuh subjek . Pehh . Macam banyak je kan . Tapi aku risau kot lagi dua subjek tak dapat register . Class dah full kot . Subjek economy dengan office automation . Hmm . Takpe lah esok aku nak pergi jumpa KP . Oh . Dan aku suka lect introduction of event management . Dia sangat cantik dan still single okayy . Boleh lah ngorat kalau nak . Hahaha .

Roommate and housemates aku pun oke jugak . They all are nineteen . Im the only twenty in the house . Okayy , rasa macam tua je bila diaorang panggil aku kakak taw . Cuma roommate aku je yang panggil nama . Dia cakap macam formal je nak panggil kakak . Beza setahun je kot . Tapi aku tak kisah pun . And , nasib boleh masuk kepala dengan diaorang . Fun okayy . Sangat gila gila . Semalam pun aku dengan housemates dah outing sama sama . Gambar ? Nanti lah tunggu aku rajin nanti aku upload rupa puncak alam ni macam mana okayy . Haha . Ohh . Dah lah taknak type panjang panjang lagi . Assignment tak siap lagi . Waa . Baru start belajar dah ada assignment taw . Selasa ni plax kena hantar . Okayy lahh . Babai . 

August 27, 2011

Pehh ! Aku buat kuih raya . Yeayy !!

Woohoo ! Serius weh aku memang dah memanjang asyik rasa teruja je sekarang ni . Hahaha . Sikit sikit nak teruja taw . Ntah haper angin yang datang pun sumpah aku tak tahu doe . Tapi takpe lah bila aku teruja aku rasa bahagia . Bila aku bahagia aku rasa nak senyum sentiasa . Cehhwah . Cun tak ayat aku ? Okayy okayy . Aku tahu aku kuat perasan . Fine fine . Hahaha  +______+

Eyh , kau orang nak tahu tak ? Ahh ! Kalau taknak tahu pun takpe . Aku tak kisah . Yang penting aku still nak cerita jugak . Peduli haper aku kan . Serius wohh ! Aku buat kuih raya tahun ni . Trengtengteng . Yela , mana aku tak teruja gila tahap cipan terbang pulak kan . Mana pernah dek umur aku nak buat kuih raya . Ni first time ni aku buat kuih raya . Harus lah aku teruja sampai senyum lebar lebar macam model tengah photoshoot bagai tu kan . Hahaha . Kalau kau orang dari kecik kecik dah galak tolong mak kau orang buat kuih raya main tepung uli uli bagai . Aku ? Yang ado . Hahaha . Dah duapuluh tahun hidup kat muka bumi ni haa baru la aku merasa nak buat kuih raya taw . Selama ni takde maknanya nak buat kuih raya bagai ni . Mak aku main order beli beli je . Masa aku kecik kecik dulu time still duduk johor ada lah jugak mak aku buat kuih raya . Tapi takde lah aku nak tolong nya . Aku kecik lagi masa tu . Budak hingusan lagi okayy . Yang aku tahu nak main je . Lalala ~

Nak tengok tak kuih raya aku ? Taknak ? Takpe . Aku nak tunjuk jugak . Aku kan terlebih teruja kan . Lantak kau orang lah nak cakap aku apa pun . Makk tak kisah nyahh ! Hahaha .


Haa . Cun tak kuih raya aku ? Serius sedap taw . Rugi ahh kalau kau orang tak makan . Ni aku buat sendiri , dengan penuh kaseh sayang lagi . Memang kau rasa disayangi jela lepas makan biskut yang aku buat ni *ye ye aku tipu je part kau rasa disayangi tu tapi kalau kau betul terasa kaseh sayang tu , untunglah kan* Hahaha .
Aku bajet nak buat biskut ala ala famous amos lah ni . Ala , yang sekilo lapanplohhengget tu . Tapi aku tahu lah , peymes ames tu punya lagi sedap lah kan . Takde lah pulak aku nak perasan macam biskut raya aku ni yang paling hebakk di antara benua gitu . Aku dapat resipi biskut ni pun dari cousin aku . Aku pun try ah buat untuk raya ni kan . Haa , naseb baek jadi uolls . Kalau tak penat je aku teruja kan . Hehh .

Ohh , kakak aku pun sibuk jugak nak buat kuih raya . Masing masing teruja haper ntah kemaen galak lagi nak buat kuih raya tahun ni . Sebelum ni tak pernah pernah pun nak sentuh oven tu . Tercongok je kat dapur tu haa . Kesian kat kau kan . Tapi kita orang dah guna kau raya ni . Kau suka tak encik oven ? Hahaha . Senget ! Tapi kan , biskut yang kakak aku buat ni serius  bulat bulat macam tuan dia . Hahaha *evil laugh*
Jom ramai ramai tengok biskut hasil air tangan kakak aku yang sangat jelita tu . Eyh , tak tipu taw . Kakak aku memang jelita lagi meletop . Hehe .


Aku tak tahu lah kenapa . Tapi bila biskut dia dah masak . Aku tengok lama lama aku rasa macam biskut dia ni gedik je . Hahaha . -_______________-
Aku pun tak tahu kenapa aku nak kata biskut kakak aku ni gedik tapi serius aku rasa biskut dia ni gedik . Hehehe . Kurang asam je kan dapat adik macam aku . Tapi takpe naseb baek kakak aku dah faham bebenor perangai adik dia ni macam mana . Hee . Ini baru dua jenis . Ahad ni kita orang nak buat lagi dua jenis tak silap aku lah . Tengok lah macam mana . Dan tadi aku rajin sangat lah pulak . Aku siap buat dadih mangga lagi . Kau nak ? Meh datang rumah aku . Aku bagi free je . Hehehe .

Okayy babai . Aku nak tidur sambil menunggu kekasih pujaan hati muncul di dalam mimpiku *eiiiyeuwww . serius ayat geli macam nak mintak pelempang je kan* Lalala ~ 

p/s : yeayy ! Petang tadi aku dberjaya jugak beli baju kurung pink . Ingat nak beli jubah tapi takde pulak warna berkenan di hati . Ohh . dan baju kurung aku tu bukan fully pink . ada purple sikit . Nak purple jugak . Hambekkk ! Haha .

August 25, 2011

saya nak MERAHJAMBU !

Aku ni boleh sukaria je online tak tentu hala . Padahal kerja berlambak kat dapur tu . Ahh ! Tak kira nak update jugak sebab aku tengah excited nak menaip . Okayy ! Kawan kawan . Selamat menjalani hari puasa yang ke duapuluhlima . Kau orang puasa tak ni ? Aku puasa taw . Eyh ! Jap . Perlu ke aku nak bagitahu orang ni macam lah orang lain tak puasa kan . Okayy . Abaikan . +__________+

Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak sangat sangat pakai baju colour pink raya ni . Semangat lain macam ni . Okayy ! Rasa sangat girlish-eyh-aku-kan-perempuan-haruslah-girlish-kan . Ini semua gara gara aku tertengok surat khabar apa aku tak ingat dah . Aku nampak farhan af4 pakai kurung pink . Then , tiba tiba aku terus rasa teruja nak pakai kurung MERAHJAMBU okayy raya ni . Sweet tak saya ? Haa , tahu . Kau rasa macam nak lempang aku kan ? Lantak ahh . Hehehe
Tapi hari tu dah beli satu baju kurung . Kurung biasa je . Tak payah nak moden moden design leret leret sangat lah kan . Aku tak suka semua tu . Dah ada baju kurung nak pakai pagi raya pun aku dah rasa cukup okayy . Syukur . Alhamdulillah . Cuba kau fikir orang susah yang nak beli baju raya setahun sekali tu pun payah . Kasihan kan . Jadi kita tak payah lah nak sakan sangat . Kang Yang Maha Esa tarik balik nikmat kita . Kita mana nak tahu kan . Bila bila masa je boleh jadi . Kurung hari tu yang aku beli colour putih . Waa . Suci je kan . Tapi ada corak corak purple sikit lah . Itu pun sebab aku gedikgedik gitu nak sama colour dengan encik boipren . Euwww . Geli tak ? Kisah pulak aku . Hahaha . Encik boipren nak pakai colour purple . Aww ! Saya suka taw sebab favourite colour saya tu . Wah wah wahh ! Sayang encik boipren . Lalala ~


Haa . Tengok ni ? Serius cantik kan . MERAHJAMBU uolls . Mak suka ! Eicehh . Aku rasa esok aku nak ajak mak aku pergi cari kurung pink jugak ahh . Tak kira nak cari sampai jumpa jugak . Hahaha . Tapi takde lah aku nak sebijik macam kat atas ni siap berbatu manik manik guli labuci kelipkelip liplapliplap bagai ni . Hahaha . As i said earlier . Aku nak kurung biasa je . Simple okayy . Ohh . Tapi kalau jubah pun macam okayy kan . Nice !

Waa . Cantik cantik . Nanti confirm aku feeling muslimah sejati kalau pakai jubah macam ni . Kenapa aku cakap macam tu ? Yela , aku tahu aku ni bukan baik mana . Aku masih banyak terkurang sana sini . Well . Manusia kan . Haa . Cancel ahh nak cari kurung . Aku nak cari jubah lah . Nak cari jubah loose . Tamau yang shape bagai tu . Kang tak memasal dah serupa macam orang tak pakai baju kan . Yela , sekarang kan banyak jubah berpesen #fashion . Konon up-to-date lah katanya kan . Tapi fitt bagai ni . Sampai nampak semua tak patut mana boleh . Haihh ! Tamau cakap lebih lebih lah kang aku pulak yang terlebih . Takut weh .

Okay lahh . Nak pergi buat kerja . Nanti mak aku touching pulak dengan aku . aku tak tolong dia . Hehehe . Aku kan nak jadi anak yang baik . InsyaAllah . Tengah usaha lagi lah ni . Ohh . Dan mintak mintak lah abah bagi aku nak pergi buka dengan encik boipren hari ini . Pehh . Serius takut nak cakap mintak izin kat abah . Fuhh Fuhh Fuhh . Aku hembus awal awal dulu . Hahaha .
Okayy babai . (:

Random ! Bla bla bla .

Okayy , fine ! Aku tak boleh tidur . Now im start rambling here and there . Ahh ! Serius rasa sangat tak best okayy sekarang ni . Kalau saya nak cubit awak kuat kuat boleh ? =.= Aku rasa mau dah dekat seratus kali gamaknya aku dengar lagu kimia by melda ahmad ni . Playing . Non stop .  Serius bosan tak tahu nak buat apa . Ntah apa aku nak cakap pun aku tak tahu doe . Mana dia ?

Dah berapa jam aku depan lappy ni pun aku tak tahu . Dah lama gila aku tak rasa macam ni . Rasa tak boleh tidur dan sumpah tak tahu apa nak buat . Rasa teruk tahu . Dah lah dia pun tak muncul dari tadi . Penat aku tunggu dia . Kang aku merajuk , dia jugak yang payah . Haihh . Dah lah lepas ni susah nak jumpa . Aku dah start study , dia tak habis habis kerja . Ouhh ! Serius bosan macam ni . Contact pun jarang dah kan sekarang ? Aku tahu lah hari hari boleh nampak muka dia tapi aku setakat nampak-dia-senyum-dia-tengok-aku-senyum-balik . Grr ! Dan hari ni dia sangat sangat lambat . Haishh ! Bukan aku taknak faham dia . Bukan aku tak tahu kerja dia tapi aku penat lah macam ni . Naseb aku sayang dia jela kan . Tapi aku tak kan tinggal dia . InsyaAllah . Jangan aku tiba tiba berubah hati sudah .

Tadi almost 2 hours on call dengan sue . Sumpah hilang rindu sama kau weh . Macam macam aku cakap dia cakap sampai aku tak tahu nak cakap apa tapi still ada benda nak cakap . Ohh man ! Apa aku merepek ni ? Kau tak faham ? Kisah pulak aku . Babe , aku mintak sorry okayy sebab lama tak text kau , tak call kau . Bukan maksud aku lupa kau tapi aku busy dan aku tahu kau pun busy with all of your work right ? Dan serius aku rasa rindu nak jadi budak sekolah balik . Lagi lagi zaman form 6 sebab sangat sangat best . Sweet and pain memories . :')
Makan roti telur sos cili satu botol , makan laksa , bebola ikan . Really miss it damn much ! Dan sangat rindu nak camwhore dengan sue . Oh ! Dan rindu nak pergi karaoke . Haa , dan rindu nak gosip . Ala biasa lah perempuan . Macam uolls tak pernah gosip-ing with your girl-friends kan ? (:
Tapi memang paling tak boleh lupa bila dia cakap tadi dia touching dengan aku sebab hal itu . Sue , sumpah kelakar tahu tak . Memang buat aku rasa nak gelak je . Hahaha . Aku mana nak tahu dah nama dia boleh sama . Tapi dia bukan orang yang sama . Z saya dan Z awak orang yang berbeza lah sayang . Cuma kebetulan je nama dia sama . Ehee . Oh , insyaAllah kalau dia datang sabtu nanti . Kau boleh jumpa dia okayy . Kalau lahh dia datang kan . -_________-

Haa . Rasa macam tak sabar nak tunggu esok pagi sebab lajulaju nak call harmonydrivingschool . Nak tanya pasal lesen P dah siap ke belum . Lepas ni boleh pergi meronggeng . Eicehh ! Meronggeng lah sangat kan . Berangan lebih aku ni . Sekali my abah tak bagi . Tak kemana jugak . Menapak lah lagi aku dengan public transport kan . Tapi serius aku nak cakap aku tak suka sangat nak drive a car . Aku lebih suka bawak motor . Okayy . Aku tahu bawak motor tu bahaya tapi nak buat macam mana dah aku lagi suka bawak motor kan . Yeayy ! Lepas ni boleh pergi merempit lajulaju . Eyh ! Tak jadi kang kena saman pulak kan . Jadi , aku nak jadi penunggang motor yang berhemah . Eicecehh . Macam boleh percaya je . Hahaha
Teringat masa ujian dengan encik jpj last thursday . Wah . Wah . Tipu lah kalau aku cakap tak cuak langsung kan . Tapi aku suka berlagak biasa . Biasa . Bukan berlagak . Ahh ! Just ignore it . Memang feeling confident je masa test tu . Aku paling suka part bukit tu . Sebab best . Tak susah sangat pun . Cuma tak suka kat side parking . Masa belajar , kelas memandu tu dah lah asyik tukar cikgu . Sorang cakap macam ni, sorang cakap macam tu . Aku yang naik pening nak ikut mana satu . Dah lah aku ingat ingat lupa je step dia . Pusing kanan lah kiri habis lah . Satu suku tiga suku lah . Hehehe . Tapi alhamdulillah sekali test je dah lulus . Dan terima kaseh abang jpj . Eyh ! Abang taw . Aww ! Encik lahh . Dia sangat baik okayy . Nampak je muka garang tapi dalam hati ada taman . Eicecehh . 

Okayy lah dah penat tak tahu nak cerita pasal apa lagi . Nanti esok kalau rajin aku update blog lagi . Babai . Assalammualaikum . 


August 17, 2011

Kalau aku nak bela gajah sekor boleh ?

Selamat pagi . Wahh ! Aku rajin nak update pagi ni . Yeayy ! Nak taw tak , aku tak tahu lah kenapa sekarang aku sangat sangat rasa gajah tu binatang yang sangat comel . Ehehh . Serius ni . Aku rasa gajah sangat comel . Agak agak kalau nak bela gajah boleh ? Semalam lah aku tengok national geographic . Pehh ! Dia ada cerita pasal gajah ni . Bila aku tengok je gajah tu terus aku jatuh cinta dah dengan gajah . Comelnya . Ahh ! Aku tahu nanti mesti ada yang macam pelik je dengan aku . Apa ke hal lah budak ni nak kata gajah tu comel . Comel tang mana ? Ishh ! Shadap yu . Ekekeke . Lantak ahh korang nak kata apa aku tetap nak cakap gajah tu comel . Memang aku sangat sangat rasa nak bela gajah sekor . Hehehe


Tengok ni . Baby gajah . Serius okayy comel gila sampai aku rasa macam nak picit picit cubit cubit je . Waaaaaaa , cik gajah . Awak sangat comel tahu . Sukaaaaaaaaaaaaa ! (:
Mesti seronok kalau aku dapat bela gajah betul betul weh . Dah lah besar boleh aku peluk peluk dia . Jalan jalan petang dengan dia . Hekhek . Nanti aku nak bagi dia nama bobo . Kenapa bobo ? Ntah aku rasa macam cute je kalau nak letak nama bobo tu . Hahaha . Nak bela gajah . Boleh lah boleh lahh . Pleaseeeeeeeeeee .

Tapi comel comel suka suka aku tengok gajah pun aku takut gak . Buat tiba tiba nanti gajah yang aku bela ni ngamuk . Mau dia pijak aku . Hahh . Penyek terus . Memang jadi kes lah kan gajah makan tuan dia sendiri . Ehee .Beriya iya aku nak bela gajah sekali gajah tu pijak lenyek aku . Hahaha . Kan dah padan muka kan ? 


Okayy . Sila tatap puas puas gambar gajah yang aku cari kat cik google ni . Wahh ! yang ini sumpah cute sangat . Kalau lah aku ada gajah sendiri kan , aku rasa nak gak aku bagi gajah aku pakai spec besar besar . Baru bobo aku nampak style . Pehh . Confirm ahh ramai tergoda dengan bobo aku nanti . Hehe . Lepas tu aku nak amek gambar banyak banyak dengan gajah aku . Serius sangat best kan ? Ohh , cik gajah . ILOVECHUUU ! Muuahh . Muaaaaahh .

p/s : kalau tak dapat gajah betul pun patung gajah pun jadi lah . Oh , encik boipren boleh tak awak tolong belikan patung gajah untuk saya ? Hahaha (^_^)

August 16, 2011

Oh . account fb aku hilang ?

Oh . Serius aku terkejut gila tadi weh . Yela , mau aku tak terkejut tetiba je fb aku jadi macam ni haa .


Pehh . Memang waterpark sungguh lah kan . Tak pernah pernah ni jadi macam ni kat aku . Huh ! Fb saja letewwwwwwwwww tak puas hati dengan aku kan . Keh keh . Padahal aku takde buat salah apa apa pun tadi . Takde pun lah aku terniat nak memporak perandakan fb account aku ke . Nak perdajal setting fb ke . Aku mana tahu weh . Aku noob pasal segala benda alah internet jadah ni . Wakaka . Aku klik try again tu ada lah dalam lapanplohsembilan kali . Tapi sama gak . Boleh dia kata tak available . Kuang hajau taw . Suka buat aku cuak . Aku memang dah ingat fb aku hilang ah kan . Dah payah naty aku nak skod sana sini . Tengok sapa sapa yang rajin bebenor nak stalker aku . Hahaha . Hambek kau . Aku bajet faymes macam ada lah sangat nak stalk fb aku kan . Ahh , lantak lah aku nak cakap apa pun kan .

Tapi memang tadi aku tak puas hati lah kan . Aku gi lah online fb akak aku jap . Konon konon nak cek fb aku . Sekali aku klik nama aku , boleh plax dia keluar macam ni . Huhhh !


Pulak dah ! This profile is not available at the moment . Senget punya fb . Saja je nak buat aku bengang . Dah lah aku tengah best comment comment . Sekali jadi macam ni plax . Penat gak ahh aku tunggu . Ada lah dekat setengah jam baru aku boleh log in balik . Pehh ! Hampeh . Aku rasa memang saja nak bagi aku feeling cuak lah tu kan konon konon aku tak boleh nak main fb dah . Elehh . takpe lah yang penting sekarang fb aku dah okayyyy . Hahaha . Boleh lah aku nak feeling bajet retiss . Wahaha . Perasan gila lah kan aku ni . Sungguh tak kuasa nak layan . 
Okay , babai . Selamat malam .

August 13, 2011

Mahu apa lagi ya ?



TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN SEORANG YANG TIADA APA APA *erti kata lain GAGAL



p/s : aku tak minta untuk jadi macam ni dan aku tak tahu nak jadi macam mana lagi untuk bagi dia puas hati . 

August 10, 2011

Kau nak bakar rumah aku ke ?

Ye . Aku tahu lah sekarang bulan ramadhan dan tak lama lagi nak masuk syawal which is means raya aidilfitri lah kan . Tapi agak agak lah pun kau nak main mercun . Aku tak kata kau tak boleh main mercun . Itu hak kau lah kan nak main mercun bakar duit banyak mana pun . Bukan kau pakai duit aku pun . Aku pun masa kecik kecik dulu suka gak main mercun . Bakar sana sini nasib tak terbakar jari . Kalau tak dah selamat hilang satu jari . Hehehh . Tapi yang buat aku rasa macam nak marah melenting harus ke kau bakar mercun then kau aim kat rumah aku ? Perlu ? Haihh . Kang kalau aku nak kata kau takde otak aku tahu elok je terletak otak dalam kepala kau kan . Kang aku nak kata kau takde akal mahu kau marah aku plax kan ? Senang macam ni lah kau ada otak , kau ada akal tapi kau tak reti nak guna . Hahh ! 

Hmm . Kalau ye pun kau tak puas hati dengan family aku tak payah lah nak buat macam tu sekali . Baik kau cucuh api bakar je rumah aku ni . Baru kau puas hati agaknya . Alahai manusia , hidup sama sama atas muka bumi . Apa yang kau dengki sangat ? Kau makan nasi , family aku pun sama jugak makan nasi . Kadang kadang aku tak faham kenapa sama sama manusia pun nak dengki tak puas hati bagai ni . Kita tak pernah pun kacau hidup dia tapi dia suka sangat lah nak kacau kita ? Kenapa ye ? Pelik ahh . Cuba buat biasa je , nanti hidup kita pun tenang . Tak payah lah nak jeling jeling buat benda tak elok kat orang kan . Lagi lagi lah bulan ramadhan yang mulia ni . 

Cuba fikir , kita pun jadi susah nak baik dengan manusia yang macam ni kan . Bukan kita tak hormat dia tapi cara dia yang buat kita jadi tak hormat dekat dia . Hmm . Ntah lah . Apa lah yang manusia tu fikir agaknya . Aku rasa mungkin dia bangga bila dapat shoot mercun tu kat bumbung rumah orang kot . Apa yang dia rasa kalau orang main mercun then shoot kat rumah dia plax ? Sakit hati tak ? Tapi takpe . Sabar jela . Tak boleh nak buat apa pun dengan manusia yang macam tu . Aku rasa dia gian nak main perang perang lah kot . Tak pun masa dia kecik kecik dia tak dapat main pistol air ke . Polis sentri ke . Sebab tu dia suka suka nak main mercun baling kat rumah orang . Takpe takpe . Buatlah apa yang kau suka . Nanti lama lama kau penat kau diam lah kan . Maaf lah . Kami bukan masuk kategori macam kau .

August 9, 2011

Nak bercakap pun payah

Terlalu banyak benda yang aku nak cerita . Yang aku nak luah tapi macam yang dah awal awal tahu . Aku bukan seorang yang reti nak cakap depan depan . Bila terlintas kat kepala , bila rasa ada semangat nak menggunakan jari baru aku kelam kabut tulis sana sini . Tak kira lah dekat blog ke dekat note hp ke kat cebisan kertas ke . Asalkan aku boleh guna nak luah apa aku rasa . Aku tak tahu kenapa memang dari dulu aku selalu tulis apa apa yang aku rasa dekat secebis kertas . Dan aku tak satukan pun semua kertas kertas tu . Aku simpan je kat mana mana yang aku rasa nak letak . Dan aku tak pernah pun ada diari seperti orang lain yang kebiasaannya tulis aktiviti harian dalam tu . Yang kebiasaannya tulis semua yang dirasa dilalui dalam tu . 

Tapi , bila aku dah makin besar dah makin kenal nama internet , aku dah tak guna kertas lagi nak tulis apa aku rasa . dekat blog ni jugak yang aku tulis . Ada yang baca ? Hmm . Takpe . Aku tak kisah sebab ini kisah hidup . Kehidupan tu kan realiti . Aku teringat dulu pernah aku terjumpa balik kertas kertas yang aku luah tulis segala apa yang aku rasa . Aku baca berulang kali . Sampai aku tak sedar aku nangis hanya kerana tulisan aku sendiri . Sebab aku tak ingat yang aku pernah rasa sedih , marah sampai macam tu . Ada orang kata kalau kita tak reti nak luah guna mulut . Tulis lah . InsyaAllah tu pun boleh buat kita lega . Aku tahu dengan cara tu tak boleh nak dapat penyelesaian . Sebab hal tu tetap terpendam dalam diri sendiri . Tapi lama lama benda tu akan lepas dengan sendirinya . Percayalah . 

Aku mengaku kadang kadang aku rasa tertekan dengan semua ni . Tapi aku tak tahu nak buat apa . Aku diamkan aje sampai aku rasa lega sendiri . Orang selalu nampak diri kita seolah olah takde apa apa . Tersenyum senang tapi mereka tak tahu hati kita macam mana . Tak semua masalah kita kena kongsi dengan orang . Takut salah kongsi nanti boleh tambah lagi masalah kita . Sama jugak macam berkawan . Bila dah rapat kita rasa boleh nak cerita masalah dekat dia . Tapi bila suatu hari persahabatan tu tinggal nama . Mungkin salah seorang tak sedar yang dia dah jaja masalah tu kat orang lain . Dan akhirnya buat diri kita rasa malu . Mulut manusia . Aku tak kata yang semua manusia tu sama . Ya , ada yang betul betul tahu menjaga rahsia tapi ada juga segelintir yang hanya indah di mata kita je . Aku mengaku aku bukan lah seorang yang sangat mudah nak percaya orang . Aku takut nak bercerita dengan orang . Tapi aku tak ada masalah untuk berkawan dengan semua orang cuma aku tak boleh nak bercerita je . Kadang kadang dengan family aku sendiri pun aku seolah tak percaya nak cerita . Hmm . Oh , bukan . Seolah takde kekuatan nak cerita . Serius aku rasa penat macam ni . Tapi aku tak dapat buat apa apa . 


August 2, 2011

Bukan taknak berterus terang tapi ...

Pehh . Siyes sekarang tak tahu nak kata apa yang aku rasa . Biasa lah kita ni cuma manusia bukan boleh buat semua . Bukan boleh jadi terlalu sempurna . Dalam hidup ni mesti ada punya lah kan sesuatu benda yang kita rasa kurang . Macam tak pernah nak lengkap . Even kau tahu pun apa benda tu tapi kau susah nak lafaz kat mulut . Itu lah bukan senang nak jadi manusia sebenarnya . Banyak benda kau kena fikir , banyak benda kau kena tanggung . Tak kan kau nak hidup saja kat muka bumi ni . Tak payah nak buat apa apa ? Kau ada otak jadi kau pun boleh fikir sama macam aku . 

Tapi aku tahu kita manusia ni lain lain . Kau , aku tak kan boleh fikir benda yang exactly 100% sama kan ? Cuma mungkin intipati apa yang kau fikir tu sama . Yang lainnya bagaimana olahan pemikiran kau . Ahh . sekarang aku macam blank . Siyes kepala aku macam blurr . Aku tak tahu nak kata apa . Aku kena berterus terang ke ? Tapi aku takut sesuatu itu akan bagi kesan kat diri aku . Aku tak tahu orang lain akan fikir apa . Dan kalau lah boleh aku baca fikiran orang . Tak payah aku nak rasa macam sekarang . Hidup . Kita hidup ni pasti ada benda yang kita kena rahsiakan . Walau kita rasa macam nak lepas nak cakap tentang itu . Tapi aku tak pasti . Aku takut sebarang kemungkinan yang akan berlaku . Nanti dia akan fikir apa ya ? Ahh . Rasa macam darah mendidih naik kat kepala .

Sekarang aku terpaksa berpura pura dalam hidup yang macam tu . Tak tahu lah . Mungkin satu hari nanti aku akan cerita teentang sesuatu itu . Sebenarnya kejadian . Bila aku pasti aku sudah ada kekuatan dan yakin . Aku rasa macam serba salah pula bila terpaksa cakap benda yang bukan sebenarnya terjadi . Tapi aku terpaksa demi kebaikkan semua . Huhh ! Apa boleh buat aku cuma manusia biasa . Aku bukan diri aku yang boleh kau tembus boleh kau kenal sedalamnya . Aku masih perlu ruang untuk rasa sendiri . Sebab aku bukan macam orang lain yang seperti kau sangka . Aku percaya kalau kau ikhlas kau tak akan kisah tentang semua itu . 

July 31, 2011

melangkah satu tapak lagi

Assalammualaikum . Hai cik blog . Maaf sebab mungkir janji kat awak lagi . Ahha . Hari tu kemaen semangat lagi kan aku cakap nak merapu meraban kat sini tiap tiap hari . Tapi nan hadooooooo . Hahaha .
Tapi disebabkan hari ni aku terasa tetiba terajin nak update kan , aku pun taip jela apa apa yang aku rasa . Tapi siyes ah aku rasa ayat aku ntah macam apa apa dah kan . Ahh ! Ada aku kesah ? Bukan blog kau pun . Hehh .
Nak tahu tak , even benda ni dah lama aku dapat tahu tapi baru hari ni tetiba rasa nak cerita kat sini . Syukur alhamdulillah . Aku dapat sambung belajar . Pehh . Memang rasa macam tak percaya je kalau mengenangkan pointer stpm aku yang ala ala tak berapa nak pijak tanah tu . Hahaha . Tapi ini yang orang kata rezeki yang orang kata nasib . Alhamdulillah . Aku dapat sambung kat UiTM kampus puncak alam . Pehh ! Bapak ah taknak jauh lagi lah kan dari rumah aku . Siap akak aku cakap . Dik , kalau aku masak nasi belum sempat lagi nasi aku tu masak dah boleh pergi patah balik rumah dari U kau . Ciss ! Kurang asam tak kurang gula kakak aku tu . Tak kuasa i taw . Hahaha

Kalau korang rasa korang hebakk kan cuba korang teka berapa jauh rumah aku dengan UiTM tu ? Haha . Takpe lah disebabkan aku baek dengan rela lah kan aku bagitahu korang . 5 kilometer je weh . Memang jauh gila nak mati lah kan sampai aku kena naek bot helikopter bagai baru sampai . Ahhaha . Tapi takpe ahh save budget . Kaya lah aku lepas ni . Tak payah susah susah nak fikir tambang balik rumah masa cuti sem nanti . Tak payah nak rindu bagai kat masakan mak aku . Aku nak balik rumah tiap tiap hari pun boleh weh . Untung lah kan . Ehekk . Aku dapat kos pengurusan majlis . Hahh , ada siapa siapa tak yang sama kos dengan aku ni  ? Cuba cerita sikit dengan aku nanti aku belajar pasal apa ? Ehehh . 

Tapi oke lah memang dah ditakdirkan aku dapat UiTM puncak alam tu . Memang taknak bagi aku dok jauh dengan parents aku kot . Hahaha . Tipu lah kalau aku cakap tak happy , mesti lah happy kan cuma tu lah tak berapa nak rasa excited sangat lah kan sebab dekat gila . Rasa macam tak adventure plax . Haha . Dah lah budak form 6 batch aku takde sorang pun yang dapat kat puncak alam tu . UiTM lain ada lah . Takpe takpe , kita cari kawan baru . Hidup baru , pengalaman baru kan ? Hehehe . Dan tahniah untuk kawan kawan aku yang dapat sambung belajar . Ternyata usaha kita selama ni berbaloi kan . (:

July 8, 2011

Kawan , awak nak tinggalkan saya ke ?

Waa . Apakah ? Mengapakah ? Siyes lah aku tengah rasa sedih gila gila kot sekarang . Nak menitis berjuraian dah ni airmata aku masa taip entri ni . Aku tataw lah kenapa aku emosi sangat malam ni . Mungkin sebab aku terlalu ingat sangat kat dia ? Mungkin sebab aku masih belum ready yang dia akan pergi sebegitu cepat ? Tidak . Tidak . Arghh . Aku tak patut pun rasa macam ni kan . Dia bukan pergi mana , dia bukan terus tinggalkan aku . Tapi dia pergi sambung belajar . Untuk masa depan dia jugak . Tapi tapi macam cepat sangat . Lepas ni mesti dia busy sangat . Susah dah nak jumpa dia lagi . Payah dah nak hang out dengan dia .

Ekin . Aku rindu kau weh . Aku tak tipu ni . Aku rasa nak peluk kau sangat sekarang ni . Tak sanggup nak tengok date 9 july tu . Kau dah pergi unisel esok . Isk . Iskk . Cepatnya . Aku rasa macam tak cukup je walau kita dah lepak sama last sunday . Masa tu cepat sangat . Lepas ni mesti kau sibuk kan . Waa , tak dapat nak jumpa kau lagi . Siapa nak buatkan cake chocolate untuk aku lagi ? Siapa yang nak dengar aku nyanyi lagu salam terakhir lagi ? Siapa yang nak suap ice cream kat aku lagi ? Siapa yang aku nak pegang kalau aku nak lintas jalan naty ? Sumpah , aku rindu kau sayang . Ekin , aku sayang kau tahu . Aku happy dapat kawan macam kau . 

Hmm . Ni gambar kita yang paling latest sekali . Gambar aku dengan kau . Ekin , agak agak bila kita dapat snap sama sama lagi eyy ? Bila kita dapat keluar jalanjalan sampai kau saket kaki lagi ? Tu lah pakai high heel lagi . Kan dah saket kaki . Banyak kali dah aku pesan kat kau , kalau kita nak jalan menapak bertapak tapak pakai flat , jangan pakai heel naty kaki kau sakit . Ehee . Ekin , kau ingat lagi kan pesan aku masa kita dok kat depan kaki lima fullyshop tu ? Kau ingat taw . Aku sayang kau sangat . Jaga diri kat sana . Kalau ada apa apa masalah kau contact je aku oke . Kalau kau rasa down , ingat kitorang sentiasa ada untuk kau . Kau jangan lupakan G6 oke . Belajar rajin rajin taw . Naty bila dah jadi lecturer boleh belanja aku lagi . Tapi aku taknak kepsi dah . Kali ni aku nak kenny rogers plax . Boleh ? Hehehe . 

Gelang ni tanda friendship kita . Ekin , jaga baek baek taw . Kalau boleh aku nak kau pakai hari hari . Tapi takde lah sampai doplohpat jam aku suruh kau pakai . Hehehe . Bila kau pandang gelang ni ingat kat aku eyy , ingat kat intan , ingat kat sue sekali taw . Terima kaseh sebab kau sanggup tahan dengan perangai aku yang kadang kadang buat kau rasa nak bagi pelempang sedas je kat aku kan . Hehe . Tapi aku memang akan jadi amcam tu bila dengan korang sebab aku rasa best dengan korang . Sebab aku nak korang happy , aku nak korang gelak . Ekin , naty kau kat sana jangan rindu plax dengan aksi goyang kepala aku taw . Haha . Mana lah tahu kan silap silap kau mimpi aksi aksi comel aku ke naty sebab kau rindu sangat kat aku . Eheh . Babe , naty bila ada cuti texting , calling aku eyy . Naty kita tengok cerita awan lagi oke . Hahahaha .

Sumpah aku cuak gila sekarang ni ! Pehh .

Assalammualaikum . Selamat siang jumaat . Hai cik blog , kau sehat ke ? Maaf lah aku dah lama gila tak jenguk kau ye dak . Ahahh ! sumpah kesian sama kau kan . Sepi je . Kau boring tak cik blog ? Takpa takpa , aku rasa mulai dari hari ni kau jadi best buddy aku balik lah . Naty hari hari aku jenguk kau oke ? Haa , suka tak suka tak ? Baek kau suka cepat kalau tak aku merajok enampulohenam tahun dengan kau . Hahaha .

Ahh . Dah dah . Korang ! Siyes lah weh aku tengah cuak gila nak pengsan enambelas kali dah depan lappy sekarang ni . Yela tadi aku tengah best lah kan skod fb sana sini . Opss ! Kantoi sudah saya seorang stalker . Keh keh . Harammmmmmm . Oke oke . Camni sebenarnya . Tengah sedap sedap layan notification komen segala bagai . Taknak plax lah kan aku nampak event kat side kanan tu . Pehh ! Pehh ! Mau aku tak cuak doe . Result UPU STPM/SETARAF apa apa ntah lagi tajuk dia kemaen panjang aku tak ingat dah lahh . Korang nak taw tak budak budak STPM 2010 dah boleh cek dapat U ke tak 15 JULAI 2011 ni . Waaa , rasa nak nyorok bawah katil lelaju ni . Hahaha . Yela , mau aku tak cuak weh . Seram kot . Harap harap lah aku dapat masuk U . Eyh silap . Aku taknak masuk U tapi aku nak belajar kat U ye anak anak . Cik liyana comel lagi gojes ni nak belajar tinggi tinggi nak dapat pointer best best nak menuntut ilmu kat universiti . Hmm . Hari ni je dah 8 julai . Tolak tambah darab pecahan perpuluhan bahagi kuasa dua , waaaaaaaaaaaaaaaa !!! Lagi seminggu je ni nak gi kat date 15 julai tu . Ya Allah , berilah hambamu ini kekuatan . Yeahh ! Saya seorang yang kuat menempuh pelbagai dugaan . InsyaAllah . 

Aku harap dapat lah kat UPSI tu , yela hari tu aku dah lepas interview taw . Dapat interview terus kat UPSI tu sendiri . Ehee . Best lah jugak, kot aku dapat masuk UPSI kan . Ada lah aku nak merasa jadi cikgu . Selamat pagi cikgu . Ala ala ton upin ipin gitu . Hehehe . Tapi aku tak kesah lah dapat U mana mana pun yang penting aku dapat sambung belajar . Mesti seronok sangat sangat . Aku teringat masa akak aku dapat UUM dulu . Aku rasa sangat happy untuk dia sampai aku menangis 1 jam tak henti sebab bukan aku overdose gembira tapi aku sedih sebab akak aku nak tinggalkan aku . Ahaa . Bengong je kan . Akak aku nak pi belajaq aku boleh plax nangis nangis bagai nak gila . Hahahaha . Yela , mana aku tak nangis dah lah dia tu sorang je pun adik beradik aku . Dia sorang la akak aku . Aku sorang jela pun adik dia . Takde orang lain dah . Cuba kau bayangkan betapa boring bosan nya aku kat rumah sorang sorang . Memang sedih lah kan time tu . Tapi sekarang kalau aku plax yang dapat U . Sedih plax nak tinggal mak abah aku . Hmm . Tinggal jela mak abah dua orang kat rumah . Tunggu jela anak mak abah yang dua orang ni balik rumah cuti sem naty kan . Ehehh . Honeymoon balik lah mak abah aku weh . Hahaha . 

Eii ! Tak sabarnya nak tahu result UPU walaupun aku cuak takut gila sekarang ni . Doakan aku dapat result yang baek baek sahaja ye kawan kawan . Sayang korang . Lebiu mmuahmuahmuahh . Hahaha

May 31, 2011

akak pakai brand pasar malam jeh dikk !

Pehh . Setelah sekian lama aku hilang tak update blog kan . Eyh , bukan aku yang hilang . Tulisan aku jeh yang hilang . Haa , neh aku dah mula menaip balik dah . Gila semangat neh . Kau nampak tak muka aku yang penuh semangat berkobar kobar neh ? Ala , kau neh percaya jela cakap aku . Apa ada hal kan . Haha

Nak tahu tak . Ntah pasal apa ntah tetiba plax lahh otak aku neh asyik teringat cerita neh jeh . Pastu mula lahh aku bantai gelak sorang sorang dah serupa orang kurang siuman dah . Tapi jangan risau . Aku masih siuman lagi normal oke . Aku teringat masa zaman kegemilangan aku dulu yang punya lahh excited tahap cipan terbang kan . Semangat nak kerja , yela konon dah habis sekolah . Nak lahh cari duit poket sendiri kan . Sekali hambekk setakat dua bulan setengah jeh pun aku tahan kerja situ . Sekarang aku memang fulltime duduk rumah neh . Kalau ada sape sape nak ajak aku keluar calling calling jela aku taw . Hahaha

Masa kat tempat kerja aku dulu . Aku memang suka lahh nak borak borak dengan pekerja seangkatan aku . Yela , bukan setiap masa setiap minit pun ada orang nak beli baju kan . Haa , duduk lahh tercongok kau kat pasaraya tuh haa . Menunggu orang nak beli baju kat brand kau . Eyh , jap . Mana ada duduk doe . Berdiri doplohempatjam kat situ adalahh . Naik bengkak kaki aku dulu taw . Tapi taper , sekurang kurangnya terbakar banyak jugak kalori aku kan . Kan sekarang hasilnya aku dah kurus . Pehh ! Kurus lerr sangatttttttt . 
Nak jadi cerita ada lahh satu hari tuh aku borak ahh dengan sorang adik cashier neh . Yela , haruslahh adik dia baru lapanbelas jeh . Muda dua tahun dari aku . Lelaki plax dah lahh boleh masuk category hensem . Waa , tapi tader lahh aku nak ngorat adik tuh pun . Dia dah ada awek pun , siap mintak tolong aku lagi bagi cara cara nak tackle awek dia tuh . Dah lahh adik cashier neh hensem kaya plax tuh . Haa , untung tak untung budak yang jadi awek dia tuh .  Memang sepadan ahh dia dengan awek dia . Aku tengok awek dia memang cun lahh pun . Tinggi macam model uollss . Hehe . Sekali tuh aku saja lahh tanya dik , kau selalu shopping kat mana ? Haihh . Dah kata pun bapak dia orang besar kat Malaysia neh . Dah kata pun anak orang kaya kan . Harus lahh dia shopping tempat class class gitu . Baju branded bagai . Tapi aku respect gak ahh kat dia sebab dia tader lahh dok perabis duit makbapak dia . Tahu plax cari kerja lepas spm . Jadi cashier jeh plax . Kat shopping complex cikai jeh . Lepas tuh dia tanya aku balik , akak selalu shopping mana ? Ehehh . Konon lahh neh gaya down to earth gitu . Aku selamba ahh jawab , akak pakai brand pasar malam jeh dik . Hehehe .
Terus dia gelak kaw kaw punya . Aku pun gelak gelak jela dengan dia . 
Tapi kalau ikut kan pun aku tader lahh nak gi shopping kat tempat class class gitu haa . Yang sampai beli satu handbag pun dah tiga empat ribu . Tader makna ! Baik aku gi beli baju kat kedai biasa tuh . Dapat enambelas pasang . Hahaha . Haa , korang plax camna ? Neh mesti stok shopping nak barang branded jeh kan ? Hahahaha

May 19, 2011

Kau curi semangat blogging aku eyy ?

Selamat . Selamat buat warga maya . Eicehh . Semangat gila kott masa aku taip entri neh . Yela , almaklumlahh kan , memang dah agak berkurun aku tak update blog aku neh . Nak kata busy tuh , tader lahh sangat pun . Kalau aku neh PM ada lahh jugak aku boleh nak kata aku busy manjang kan . Neh , memang dok goyang kaki jeh pun kat rumah . Tapi ntah apa hal ntah jadi malas bebenor nak update . Sampai pernah satu hari tuh aku rasa nak deactivate jeh pun blog aku neh . Tapi aku fikir balik ahh . Dulu , masa mula mula nak buat blog . Kemaennnnnnnnnn ! Sakan . Semangat ala ala nak masuk larian berhalangan jeh . Hahaha . Jadi , bila dah ingat balik semangat yang penuh membara sewaktu zaman dahulu itu , terus lahh dengan jayanya aku tak jadi nak tutup blog aku neh .


Tapi , tapi , tapi kesian kott . Aku dok biar jeh macam tuh . Aku bukan taknak cerita segala apa dah . Tapi , aku rasa macam takde cerita best jeh pun yang aku nak biar terlekat kat sini . Kang aku merapu meraban tak tentu hala ada jugak aku pun ikut naek tak betul bila baca entri aku sendiri . Hahaha . Bengong !
Aku mengaku lahh aku memang rindu gila lahh nak taip panjang panjang kan . Mood blogging dah lari jauh jauh ahh . Ke ada orang yang curi mood aku tuh ? Haa , baek kau pulangkan balik . Cepat ! Hehh !
Nak taw tak , makin lama aku jadi makin bosan kott duduk jeh kat rumah neh . Nak kerja aku malas plax . Apa ? Elehh , nak mengata aku lerr tuh kan .  Mentang mentang aku cakap aku malas tadi . Haha . Tapi betul lahh aku malas ahh nak cari kerja neh . Yela , kang kalau aku dah kerja aku nak jalan jalan menghabiskan duit pun susah . Terikat dengan kerja . Taknak ahh . Lagipun aku fikir belum masanya lagi kott aku nak betul betul kerja neh . Biar ahh sementara aku tunggu result U neh keluar aku duduk rumah . Boleh jugak aku sembang sembang dengan mak abah aku sampai lebam . Boleh jugak aku gedik manja manja gitu dengan mak abah aku . Nak plax kakak aku takde kan . Haa , memang aku dah agak feeling macam anak tunggal lahh kan . Hehe .


Haa , dah lahh . Naty esok esok kott ada mood blogging neh datang aku taip banyak banyak lagi . Penat dah lahh . Idea kering ahh . Haihh . Encik jiwa raga bakul rotan , mana kamu neh ? Saya rindu kamu . Keh keh . Geli lahh plax . (:

May 4, 2011

daripada saya , kepada awak .

Assalammualaikum .
Hmm , nak tahu sesuatu tak ? Saya sedar sekarang saya jarang sangat nak update blog kesayangan saya neh . Kenapa ? Serius saya sendiri tak tahu sebab apa . Sedih lahh . Blog atau pemegang nama si bolats cerita . Saya nak mintak maaf kat awak sebab saya abaikan awak . Maaf ye . Ye , saya tahu dulu bukan main saya janji saya tak kan lupakan awak . Saya akan jaga awak baik baik . Tapi , sekarang . Hmm . Saya selalu tinggalkan awak seorang . Awak sepi jeh kan .

Awak , saya nak mintak maaf lagi sekali taw . Saya dah lama tak merapu merepek dengan awak . Saya dah lama tak share cerita hidup saya dengan awak . Bukan saya sengaja nak abaikan awak . Bukan saya sengaja nak biar awak sepi . Bukan saya sengaja nak biar awak keseorangan . Tapi saya pun dah jadi lain jugak sekarang . Saya tak tahu kenapa sejak dua menjak neh saya selalu duduk sorang sorang . Saya pun dah jarang online . Saya asyik duduk dalam bilik jeh . Diam diam . Saya banyak jugak termenung . Saya fikir apa ? Entah . Saya tak tahu . Saya tak tahu jawapan untuk soalan tuh .

Awak nak tahu lagi tak ? Ada masa kadang kadang tuh saya rasa sepi jeh . Saya nak gelak tapi macam tak boleh . Ada jugak masa tuh saya rasa macam saya sengaja , saya pura pura senyum sebab saya taknak orang lain tahu apa yang saya rasa sebenarnya . Awak , jangan tanya kenapa . Sebab saya masih tak tahu jawapan untuk itu . Saya keliru dengan rasa sendiri . Tapi , nasib baik saya ada awak kan . Ada masa , saya cerita dekat awak . Saya sayang awak . Awak sayang saya jugak tak ? Saya tahu awak pun sayang saya jugak kan . Kalau tak , awak tak kan setia nak keluarkan setiap apa yang saya taip kan ? Terima kasih awak .

Si bolats cerita , awak nak tahu lagi tak ? Hmm . Saya tak tahu macam mana nak mula . Tapi apa yang saya rasa sekarang neh saya dah buat seseorang rasa perit dan sakit . Tapi kalau saya tak berterus terang saya pula yang terseksa . Saya taknak buat dia tertunggu tunggu lagi . Dan sekarang saya tahu dia sakit . Sakit yang tiada ubat . Sakit yang boleh buat seseorang tuh mati perlahan lahan . Mati jiwa . Tapi apa yang saya boleh buat , saya terpaksa . Apa yang awak rasa kalau awak dapat mesej macam neh ?

satu hati kini pergi
satu hati kini hilang
satu hati kini sepi
satu hati ingin pulang
jangan pergi aku masih sayang ....

Oke , saya mengaku hati saya tersentuh jugak bila baca mesej neh . Tapi saya tak daya nak buat apa apa . Saya taknak dia terus hanyut dengan harapan dia . Ada seseorang tuh kata dengan saya yang dia tuh sangat jiwang . Saya bagi seseorang tuh baca mesej dia neh . Sekarang , ramai yang akan atau mungkin akan terbaca mesej puitis lagi jiwang dia . Hmm . Kepada R , saya minta maaf .

April 28, 2011

eii ! makkk , apa tuh ?

Ahahh . Mood nak menaip dah datang . Yeah ! Harus lahh aku suka kan . Kalau tak memang sepi memanjang jeh tak berupdate segala . Orang lain tuh sehari sampai empat lima kali entri baru . Aku ? Huhh . Nak buat satu pun berjam . Hahaha . Weh , neh aku nak share satu benda . Yela , kang kalau aku tak cerita kat mana mana rugi plax lahh kan kott aku terlupa ke naty . Dah tak boleh aku nak ingat pasal benda tuh lagi . Almaklumlahh aku neh kan suka buat buat lupa . Hehh ! 

Nak tahu tak hari tuh kan aku tetiba lahh plax datang mood rajin konon lahh neh nak kemas kemas dapur lebih hangat dari biasa . Cehwahh . Bukan nak kata aku tak selalu mengemas neh . Selalu , hari hari lagi , tapi ntah kenapa hari tuh tahap kerajinan aku tuh ala ala impak maksima gitu . Hahaha . Tengah sedap sedap lahh neh aku basuh pinggan segala , kemas , cuci cuci sinki tuh kan . Sekali . Hahh . Hambek kau . Kau nak tahu aku jumpa apa ? Pehh . Mau pucat ahh muka aku kat situ . Hishh . Memang sepantas kilat lahh kan aku jerit pekik macam jumpa anak dinosour jeh dah . Makk ! Tolong adik makk . Apa tuh mak . Eii ! Geli geli . Neh , neh . Aku jumpa binatang neh elok jeh dok bertenggek kat tepi sinki dapur rumah mak abah aku tuh haa .

Fuhh . Dah lahh aku neh masuk kategori penggeli tengok binatang pelik pelik neh . Nak plax seumur hidup aku lahh kan aku memang tak pernah jumpa natang neh wehh . Kesian plax kat aku . Hahaha . Bila mak aku datang kat aku , time tuh jangan cakap lahh . Muka aku memang dah keluar aura nak nangis lahh sebab aku geli campur takut . Bila aku ingat balik dah macam lawak plax aku rasa . Yela , kalau natang tuh besar gajah kott yela kan aku nak takut pucat segala . Neh kecik jeh haa , ada lahh besar ibu jari aku . Tapi nak buat macam mana harap jeh duduk kat kawasan kampung tapi bila jumpa binatang macam neh . Haihh . Sumpah lahh aku geli . Aku takut . Aku cakap lahh kat mak aku , amende tuh ? Pacat ke mak ? Ehehh , Mak aku boleh gelak lagi kat aku . Mak aku kata tuh lintah bulan lahh dik . Lepas tuh kan , aku tengok mak aku rilex jeh pergi amek surat khabar nak guna buat buang lintah bulan tuh . Eii . Geli geli geli . Mak aku pun pelik camne lintah tuh boleh ada kat dalam rumah neh haa . Selama neh tak pernah lahh plax jumpa kan . Taper lahh mungkin si lintah tuh nak menumpang jap kat rumah aku . Hehehe . Kau cuba bayangkan kalau aku tak perasan ada si lintah tuh kat tepi sinki tuh . Sekali dia melekat kat tangan aku . Waaa ! Aku rasa mau aku jerit kuatkuat sampai bergegar satu sungai buloh . Hahaha . Dasat tak dasat aku neh . Baru jumpa lintah bulan , agak agak kalau bawak aku masuk hutan neh . Mau aku pengsan jumpa binatang pelik pelik . Hahaha . Ketawa guling guling untuk diri sendiri . (:

April 24, 2011

tak dapat berenam , berdua pun jadi lahh

Heyy korang . Mata aku dah penat sebenarnya neh . Kaki tangan aku pun lenguh semacam jeh . Nak kata aku pi mencangkul tanah ke panjat gunung ke membajak sawah ke haper ke memang jauh sekali lahh kan . Memang tak lahh nak tengok aku buat segala benda tuh . Hahaha . Tapi ntah pasal apa lahh badan aku sakit sakit semacam jeh . Nak kata aku main hujan petang tadi pun memang jauh sekali . Setakat kena tempias hujan sebab duduk berdua dengan dia tuh ada lahh . Tuh lahh saja lahh konon nak feeling romantic duduk berdua dengan dia depan rumah sambil menikmati hujan lebat . Borak borak manja gitu . Hahh . Tak sesuai . Siap bercamwhoring segala lagi taw . Sweet doe . 

Haa , dah dah . Jangan nak ingat aku berdua duaan dengan berlainan jantina plax . Tader makna . Aku berdua duaan di depan rumah dengan cik ekin lahh . Yela , siang tadi kan aku pergi bertandang kat rumah dia sebab nak settle hal contest tuh . Alhamdulillah , dah siap pilih pemenang . Tinggal nak beli hadiah jeh . Naty pasal hadiah apa tuh kitorang publish eyy . Mana sempat nak buat segala benda dalam masa satu hari kan . Oke , tadi kan aku ada cakap nak share gambar chocolate cake yang cik ekin buat special untuk aku tuh kan . Hehehe . Sedap taw . Dia siap tapawkan lagi untuk aku . Dah balik rumah tadi pun aku makan lagi chocolate cake dia . Hee . Ekin , sayang lebih kat kau . (:

Tengok tuh . Chocolate cake dia ada warna warni . Dia letak smarties lagi taw . Tapi yang paling tak boleh blaa ada ke ekin boleh kata kat aku masa dia dah siap letak smarties tuh semua dia teringat kat satu shawl aku yang ada dot dot macam smarties neh jugak . Warna warni gitu . Cehh ! Kurang asam punya ekin ada plax nak sama kan shawl aku dengan smarties chocolate cake dia . Hahaha
Seronok jeh taw bila dapat spent time sama sama . Walaupun tak cukup kuota geng kitorang yang sampai enam orang tuh tapi dah ada dua neh pun oke jugak . Tapi rugi lahh yang empat lagi tak dapat makan cake neh . Sedap jeh aku bedal . Hehehe . Lepas dah makan makan , borak borak hal dunia kan . Eicehh ! Dunia lahh sangat . Aku buat sesi berwebcam dengan ekin neh . Geli jeh aku konon lahh ekin neh malu . Hehh ! Saja jeh kat rumah sendiri pun malu malu konon . Yang kau bercamwhoring sorang sorang tuh oke plax ? Keh keh .


Ekin . Awak nak tahu something tak ? Saya sayang awak sangat taw . Saya nak kita jadi kawan sampai bila bila . InsyaAllah . Saya taknak gaduhgaduh hilang kawan lagi . Saya tak suka nak alami benda tuh lagi . Saya enjoy gila siang tadi . Masa webbie webbie neh lagi lahh . Best sangat . Macam haper jeh kita snap snap tadi kan . Semua gaya nak buat , nasib kita berdua comel . Eyh ! Awak sekali ? Ye , awak pun comel jugak . Tapi saya comel lebih lahh dari awak . Hehehehe . Suka sangat sebab awak pun tukar profile picture yang sama dengan saya dekat facebook . Ekin , terima kaseh taw buat chocolate cake tuh . Ingat saja nak main main request kat awak . Sekali awak buat betul betul . Taper , saya suka . Sebab tuh saya sayang awak . :')

Oke bye bye . Aku nak tidur dah . Penat lahh . Dah lama gila tak tidur awal . Tak sangka . Hahahaha

CONTEST AKU FOODILICIOUS : Dan pemenangnya ialah...............................

Assalamualaikum .
Weh korang , seperti yang dijanjikan .Eicecehh ! Aku dah selamat sampai pun kat rumah cik ekin tuh . Dah lama dah pun aku duduk duduk bersantai kat rumah dia neh . Ada lahh dalam 2 jam dah . Hehehe . Cake choclate dia pun aku dah makan kau . Hahh ! Bertambah lagi . Korang nak ke ? Jap jap . Naty ahh kat next entri aku share gambar cake yang aku makan tuh . Share jela kan . Nak bagi korang rasa ? Hehh . Malam sikit . Yang neh special untuk aku . Cik ekin buat untuk aku sorang jeh . Korang mana boleh kacau . Hahahaha . Gila keji plax dah aku rasa . 

Oke , teruskan kepada tajuk entri kita ye anak anak sekalian . Walawehh ! Pehh ! Memang berpinar haa mata aku dengan Cik ekin nak cari pemenang CONTEST AKU FOODILICIOUS tuh .

Haa , neh lahh dia banner contest kitorang tuh . Comel tak aku ? Sila cakap comel cepat . Aku merajok kang . Hehehe . Huishh , nasib tak kitorang tak bergaduh manja taw nak pilih pemenang . Hahaha
Gambar plax semua nak tiptop . Mak aihh ! Nak taw yang aku neh pun rasa lapar jeh balik tengok gambar makanan korang tuh . Kott lahh aku ada power kan , mau aku buat ala ala magic sikit . Seru makanan yang ada kat screen neh menjelma depan aku . Boleh aku tambah lemak lemak di badan yang sedia ada neh . Hahahaha

Setelah ditapis dengan begitu jayanya . Setelah dipilih dengan begitu tekunnya . Setelah melihat kriteria serta syarat syarat yang berkenaan . Kitorang dah sebulat suara ala ala sebulat cik ekin gitu . Hahaha . 
Dan pemenangnya ialah ................ Jengjengjeng 

















Tahniah ! Anda lahh pemenang yang kami cari . Hehehe Terima kaseh join contest kitorang . Nak tengok entri CONTEST AKU FOODILICIOUS pemenang tak ? Click jeh kat nama dia tuh . Kepada yang tak menang tuh jangan lahh sedih sedih ye . Biasa lahh dah nama pun contest ada menang ada kalah kan . Hee . Kepada cik fatin sila add fb kitorang eyy . Boleh click kat fb badge kitorang kat sidebar blog . Then , naty inform eyy . Kang tak dapat hadiah plax . (:

CONTEST AKU FOODILICIOUS : misi pencarian pemenang

Heheyy pengunjung blog si bolats cerita . Selamat siang ahad . Hahaha . Eyh , nak taw tak macam yang aku dah bagitahu awal awal hari tuh , ala yang pasal contest foodilicious kitorang tuh . Ermm , sekali lagi maaf maaf maaf sebab lambat nak umum pemenang contest tuh . Biasa lahh dua dua penganjur contest ala ala busy bak perdana menteri gitu . Hahh ! Tak kuasa . Hahaha . Baru hari neh jela pun berkesempatan nak bersua muka . Yela . jap lagi aku nak pergi bertandang ke rumah cik ekin tuh haa .

Kemaen kau ! Saja lerr tuh perli aku siap semangat dia kata nak bentang pink carpet siap bunga manggar segala . Pehh ! Sentap hati mak nakkkkkk . Hahahaha . Naty kau ekin , aku sampai rumah kau , lajulaju aku nak pi ngadu kat macek comel aku merangkap mak sayang kau . Ehee . Neh pun aku lepak jap semata mata nak update blog neh haa . Jap lagi aku nak siap dah pergi rumah cik ekin . Aku naik transport awam jeh taw . Haa , korang kesian lahh sikit sama aku . Siapa bagi simpati lebih aku bagi markah banyak . Wahahaha . Sewel jeh weh . Rumah ekin tuh pun agak jauh lahh daripada rumah aku neh . Tapi kalau naik bus memang sampai pun lahh kan . Yela , kalau ikutkan hati aku nak jeh bawak motor tuh haa . Tapi memandangkan aku belum dapat license lagi . Harapan tinggal impian jela . Bukan aku tak berani , berani jeh . Tapi abah aku tuh haa yang tak bagi . Jadi , sebagai anak yang baik wajib lahh dengar cakap mak abah kan kan . Hee .

Oke lahh . Update pendek jeh neh . Aku nak siap siap pergi rumah cik ekin neh . Tak saba kau nak jumpa dia . Sebab apa ? Oke oke . Aku ngaku lahh neh . Aku tambah tambah teruja pun nak pergi rumah dia sebab cik ekin baik doee . Dia buat moist chocolate cake untuk aku . Kau ada ? Hahh ! Sila lahh jeles . Sila lahh . Sila lahh . Hahahaha . Tak sangka plax aku kan dia nak fulfill request aku tuh . Taper naty dah sampai rumah dia . Aku tangkap gambar cake tuh eyy . Aku tunjuk kat korang . Hehehe .
Oke , bye . (: