TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

February 18, 2011

hati dengan kata bukan selalunya sama .


Bila aku lihat jam di screen laptop . Ye , aku resah . Mungkin . 3.38am . 
Aku masih lagi sendiri berteman laptop , broadband , lagu rock jiwang , kipas yang berputar , patung mr bean di kiri . 
Sepi .
Jiwa , tubuh aku penat tapi mata aku jelas runsing . Masih tanak lelap . Bukan saja aku biar mendera mata aku tapi siyes aku sedang rasa resah dengan apa yang bakal terjadi . Aku takut nak jejak , aku takut untuk bangkit pada hari isnin naty . Ramai yang memberi semangat dan seperti biasa aku akan berlagak cool dengan kata kata yang bisa sedapkan hati aku sendiri . Walau dalam hati aku rasa macam begelora bergelodak serupa lava gunung berapi yang tunggu masa untuk memuntahkan segala isinya .
Dan mana mungkin aku boleh rasa senang bila mengenangkan puan rahayu iaitu cikgu bm aku yang beriya iya pesan agar aku jumpa dia selepas mendapat sekeping kertas itu . Aku takut . Aku takut aku bakal buat harapan dia berkecai . Aku tak sanggup untuk lihat dia bersedih sebab sudah banyak kali aku tak dapat kotakan janji aku seperti sebelum ini . Aku tanak dia pilu . Tapi dia sudah pesan tidak kira apa yang aku dapat aku harus jumpa dia . Ya , saat ini aku rindu dekat dia . Aku rindu nak berbual dengan puan rahayu . Tapi kalau aku ta dapat seperti yang dia harapkan , aku minta maaf . Itu sahaja yang aku termampu .

Hmm . Berat . Dan aku rasa sungguh berat bila pagi tadi dapat pesanan ringkas yang bisa buat hati aku terkejut macam na terlompat keluar jeh dah .

Selamat berjaya wahai sahabatku . Jangan lupakan aku pabila kamu kecapinya . Aku sudah mati sebelum kita ketemu . Maafkan aku jika selalu menyakiti kamu kerna aku selalu gagal mengatasi kelemahanku .

Dan aku tak tahu kenapa kepala aku boleh fikir yang bukan bukan bila dapat pesanan daripada kawan aku neh . Aku tak suka bila seseorang bagi sesuatu yang berunsur seperti di atas . Aku jadi risau . 
Aku takut jika dia buat kerja gila atau apa apa sahaja . Bila aku membalas pesanan dia , oh . Baru aku faham itu hanya kiasan dia sebab dia tidak yakin seperti aku . Kalau dia , seorang lelaki , berasa tidak yakin menghadapi isnin neh , apa lagi aku bukan . 
Siapa yang tidak takut , lagi pula petang semalam aku jumpa puan rosnim dan puan aziah . Lagi bisa buat aku berdebar . Rasa gugup . 
Puan rosnim juga pesan , jangan balik dulu . Jumpa dia dulu . Sungguh lahh , aku takut berdepan ini semua . Sumpah rasa nak lari jeh dah . Tapi tader guna pun kalau aku lari . Lari daripada masalah bukan satu jalan penyelesaian . Apa apa pun itu juga yang bakal aku hadapi .
Sejauh mana pun aku ingin lari benda itu tetap ada tinggal bersama aku . Bukan ia terus lenyap .
Tapi , aku akan terus senyum . Biar hati aku terus gembira . Senang .
Aku tak nak manusia lain nampak kerisauan aku . Aku tak nak emosi mengawal diri sebab aku tahu ramai yang akan rasa tak suka bila benda seperti itu jadi kat aku . Aku akan lain seperti hari biasa . 
Jadi , bila aku bangkit untuk esok hari dan seterusnya aku akan senyum , dan jalani seperti hari sebelumnya . 
Aku akan bersemangat seperti hari hari indah seperti sebelumnya . InsyaAllah .

Hmm . Aku mengeluh lagi . Untuk sesuatu yang tidak pasti mungkin . Kenapa perkara yang satu itu selalu berlegar di ruang minda aku ? Bukan aku tidak cuba untuk buang . Bukan aku tidak cuba untuk lupakan .
Aku jadi benci bila mengenang perkara itu . Aku jadi sedih juga bila mengenang perkara itu .
Bercampur baur .
Aku tahu pasti perkara itu yang akan bangkit bila berbual dengan dia . Ya , dia , lelaki itu juga sama rasa dengan aku . Mungkin satu tempat juga dengan aku . Tapi , aku yakin dia lagi merasa perit daripada aku . Keperitan aku tidak setanding kesakitan yang dia alami . Hahh ! Hanya disebabkan insan bergelar perempuan itu seorang , hati aku , hati lelaki itu yang sakit . Dia ? Mungkin senang enak bergelak tawa . Sebab berjaya buat aku dan lelaki itu merasa perit . Terima kasih . 
Mungkin dia gembira bila dapat bertindak sedemikian rupa . Mungkin dia tidak fikir kesan yang bakal dia alami . Mungkin dia cuma merasakan diri dia akan selalu ada yang sanjung . Mungkin dia ingin menunjuk perasaan dengan segalanya . Pelbagai kemungkinan yang aku pasti dia seorang sahaja yang faham . Atau dia sengaja buat begitu untuk cuba menggembirakan hati dia ? Tapi sampai bila ? Boleh dia bertahan untuk hidup dengan cara sebegitu untuk selama lamanya ? Aku tak nak dia musnah . Walaupun dia sudah membenci aku dan sudah membuang aku . Tapi aku masih mengharapkan yang terbaik untuk dia . Aku bukan sekejam mana sampai terus membenci dia dan menjangkakan yang buruk untuk dia . Masih ada juga ruang sensitif dalam diri aku . Aku juga masih insan yang ada perasaan yang tahu belas kasihan . Ahh ! sudah berkali kali aku pesan untuk diri aku sendiri agar biar dia terus hanyut dalam dunianya . Tapi , aku takut dengan cara itu akan buat ramai lagi yang sakit kerana dia . Aku kasihan . 
Bagi aku cukup lahh aku dan lelaki itu sahaja yang rasa . Jangan orang lain rasa perit yang sama .
Masalah juga bila kekurangan kasih sayang . Mungkin itu punca insan bergelar perempuan itu jadi sedemikian . Hmm . Aku tidak berani untuk berkata lebih . Aku takut kata kata aku akan makan diri aku sendiri naty . 
Aku kena berhati hati . Aku tak nak benda yang sama berulang . Ulang . Ulang . Dan ulang semula .
Cukup lahh sekali aku rasa perit itu . Cukup lahh . Aku akan terus menulis jika aku teringat tapi mungkin hati aku sudah tawar semula bila melihat kejadian baru baru ini . Kejadian apa ? Biar aku sendiri sahaja yang faham . Bukan semua benda boleh dikongsi . Harus simpan sedikit untuk diri sendiri bukan ?
Aku tak kan rasa terhiris melihat perlakuan dia sebab itu mungkin cara dia untuk bahagiakan diri dia . Itu mungkin cara dia untuk terus berpura pura . 
Aku , sekadar tersenyum . Senyum seorang bila lihat dia begitu kerana sungguh , aku kasihan . 

notacomel : bebelan aku cukup panjang . dan juga cukup serius kali ini . sesekali merobah gaya penulisan tidak salah . have a nice day ! (:

2 comments: