TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

March 3, 2011

otak manusia neh lain lain lahh


Kenapa susah sangat kita nak puaskan hati semua orang ? Buat itu salah buat ini tak betul . Bila dah ikut rules pun kena complain tak sudah . Aku bukan nak merungut atau apa cuma aku rasa sikit sentap . 
Memang lahh aku ngaku aku bukan tak boleh buat semua tuh tapi aku dah berusaha sehabis baik . Tapi cuma itu yang aku termampu . Tak kan aku nak push diri otak aku segala sampai aku sendiri yang tension . Naty lama lama aku plax yang blank . Haa , kan dah susah . 
Lagipun otak manusia neh kan lain lain . Bukan sama daripada segi pemikiran yang terkandung tuh . Rupa jeh sama tapi isi lain . Cara orang lain tuh mana nak sama dengan cara kita kan . Kalau lahh pun nak suruh ikut cara orang lain tuh tapi buat diri kita tak selesa tak guna jugak bukan ? Ye , mungkin kita boleh jadikan orang lain tuh sebagai pendorong kita ke arah mencapai sesuatu tapi tak kan na sebulat bulat sebijik bijik buat ikut apa yang orang lain tuh buat . Naty kena cop copycat plax . Free jeh . Sebagai manusia kita kena lahh hidup dengan cara kita sendiri . Dan kalau hanya setakat itu yang mampu kita capai kita kena bersyukur . Kalau boleh cuba belajar untuk terus maju . Biar lambat tapi bagi hasil yang memberangsangkan buat diri kita . Cuma satu benda jeh yang aku selalu ingat untuk buat diri aku rasa bangkit . Jangan ingat manusia yang dah sampai ke mana mana tuh akan berjaya . Jangan ingat manusia yang tiada apa apa neh tak guna . Hidup neh satu kitaran . Kadang kadang manusia yang tiada apa apa tuh lahh yang akan dipandang tinggi kemudian hari .  

1 comment:

  1. btl2. lain orang lain caranya,lain pemikirannya. hehe

    ReplyDelete