TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

April 20, 2011

sekarang baru tahu , orang cakap tak reti nak dengar .

Haa , neh lahh dia manusia kan . Memang lahh kalau dah namanya manusia tuh tak banyak pun sikit mesti ada punya lahh sifat degil tak reti nak dengar cakap neh . Bila dah kena baru reti nak insaf baru reti nak dengar cakap baru reti nak fikir . Haihh ! Memang tuh lahh pun yang jadi kat aku sekarang neh . Bila dah sendiri rasa sakit baru lahh sibuk nak ngadu kat mak . Merengek segala sampai mak pun malas dah nak layan aku . Hahahaha padan muka aku kan . Korang , korang , korang tak kesian kat aku ke ? Ishh . Taper taper neh yang nak lari nyorok bawah katil neh . Erk ! Geli kan . Tak kuasa .

Nak tahu tak , sebenarnya aku tengah menanggung derita sakit perut yang teramat sampai rasa nak terguling guling macam tenggiling jeh dah neh . Ye babe , aku siyes . Kau tak nampak ke tahap keseriusan aku berada pada skala maksima ? Hahahaha . Bengong jap . Sorry . Tapi siyes neh wehh sakit gila ahh perut aku sekarang neh . Memang dah sedia maklum dah awal awal dah tahu yang aku neh memang tak boleh makan cili sebenarnya . Segala makanan yang berunsur pedas tuh aku memang dilarang sama sekali makan . Hehh ! Doktor pun dah banyak kali cakap . Mak aku pun selalu jeh ingatkan aku yang kadang kadang saja saja buat buat lupa . Hahahhaha . Tapi dah aku memang suka makan pedas nak buat macam mana kan . Aku tak lalu makan kott kalau tader benda pedas pedas neh . Biasa ahh , orang jawa memang kuat makan pedas kan . Aku mengaku oke aku neh orang jawa . Lagipun dah mak aku masak sedap harus lahh aku makan kan even pedas tahap dewa sekalipun . Dah makan ubat pun still sakit gak neh . Aku tahu bahaya sebenarnya makan pedas pedas tak ingat dunia neh .

Tadi kan aku tengok mak aku sedap jeh makan keropok ikan yang pedas tuh . Haihh . Aku mintak lahh sikit tapi dengan jayanya mak aku tak bagi . Siap marah marah manja lagi kat aku . Yela , dah taw perut sakit degil gak nak . Ish . Mak neh , kesian kat adik taw . Hmm , tapi betul lahh tak kan lahh mak aku nak tengok anak dia neh sakit sakit jeh kan . Sebab tuh mak aku tak bagi makan pedas . Aku neh jeh yang degil tak nak dengar cakap .

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: