TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

August 2, 2011

Bukan taknak berterus terang tapi ...

Pehh . Siyes sekarang tak tahu nak kata apa yang aku rasa . Biasa lah kita ni cuma manusia bukan boleh buat semua . Bukan boleh jadi terlalu sempurna . Dalam hidup ni mesti ada punya lah kan sesuatu benda yang kita rasa kurang . Macam tak pernah nak lengkap . Even kau tahu pun apa benda tu tapi kau susah nak lafaz kat mulut . Itu lah bukan senang nak jadi manusia sebenarnya . Banyak benda kau kena fikir , banyak benda kau kena tanggung . Tak kan kau nak hidup saja kat muka bumi ni . Tak payah nak buat apa apa ? Kau ada otak jadi kau pun boleh fikir sama macam aku . 

Tapi aku tahu kita manusia ni lain lain . Kau , aku tak kan boleh fikir benda yang exactly 100% sama kan ? Cuma mungkin intipati apa yang kau fikir tu sama . Yang lainnya bagaimana olahan pemikiran kau . Ahh . sekarang aku macam blank . Siyes kepala aku macam blurr . Aku tak tahu nak kata apa . Aku kena berterus terang ke ? Tapi aku takut sesuatu itu akan bagi kesan kat diri aku . Aku tak tahu orang lain akan fikir apa . Dan kalau lah boleh aku baca fikiran orang . Tak payah aku nak rasa macam sekarang . Hidup . Kita hidup ni pasti ada benda yang kita kena rahsiakan . Walau kita rasa macam nak lepas nak cakap tentang itu . Tapi aku tak pasti . Aku takut sebarang kemungkinan yang akan berlaku . Nanti dia akan fikir apa ya ? Ahh . Rasa macam darah mendidih naik kat kepala .

Sekarang aku terpaksa berpura pura dalam hidup yang macam tu . Tak tahu lah . Mungkin satu hari nanti aku akan cerita teentang sesuatu itu . Sebenarnya kejadian . Bila aku pasti aku sudah ada kekuatan dan yakin . Aku rasa macam serba salah pula bila terpaksa cakap benda yang bukan sebenarnya terjadi . Tapi aku terpaksa demi kebaikkan semua . Huhh ! Apa boleh buat aku cuma manusia biasa . Aku bukan diri aku yang boleh kau tembus boleh kau kenal sedalamnya . Aku masih perlu ruang untuk rasa sendiri . Sebab aku bukan macam orang lain yang seperti kau sangka . Aku percaya kalau kau ikhlas kau tak akan kisah tentang semua itu . 

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: