TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

August 10, 2011

Kau nak bakar rumah aku ke ?

Ye . Aku tahu lah sekarang bulan ramadhan dan tak lama lagi nak masuk syawal which is means raya aidilfitri lah kan . Tapi agak agak lah pun kau nak main mercun . Aku tak kata kau tak boleh main mercun . Itu hak kau lah kan nak main mercun bakar duit banyak mana pun . Bukan kau pakai duit aku pun . Aku pun masa kecik kecik dulu suka gak main mercun . Bakar sana sini nasib tak terbakar jari . Kalau tak dah selamat hilang satu jari . Hehehh . Tapi yang buat aku rasa macam nak marah melenting harus ke kau bakar mercun then kau aim kat rumah aku ? Perlu ? Haihh . Kang kalau aku nak kata kau takde otak aku tahu elok je terletak otak dalam kepala kau kan . Kang aku nak kata kau takde akal mahu kau marah aku plax kan ? Senang macam ni lah kau ada otak , kau ada akal tapi kau tak reti nak guna . Hahh ! 

Hmm . Kalau ye pun kau tak puas hati dengan family aku tak payah lah nak buat macam tu sekali . Baik kau cucuh api bakar je rumah aku ni . Baru kau puas hati agaknya . Alahai manusia , hidup sama sama atas muka bumi . Apa yang kau dengki sangat ? Kau makan nasi , family aku pun sama jugak makan nasi . Kadang kadang aku tak faham kenapa sama sama manusia pun nak dengki tak puas hati bagai ni . Kita tak pernah pun kacau hidup dia tapi dia suka sangat lah nak kacau kita ? Kenapa ye ? Pelik ahh . Cuba buat biasa je , nanti hidup kita pun tenang . Tak payah lah nak jeling jeling buat benda tak elok kat orang kan . Lagi lagi lah bulan ramadhan yang mulia ni . 

Cuba fikir , kita pun jadi susah nak baik dengan manusia yang macam ni kan . Bukan kita tak hormat dia tapi cara dia yang buat kita jadi tak hormat dekat dia . Hmm . Ntah lah . Apa lah yang manusia tu fikir agaknya . Aku rasa mungkin dia bangga bila dapat shoot mercun tu kat bumbung rumah orang kot . Apa yang dia rasa kalau orang main mercun then shoot kat rumah dia plax ? Sakit hati tak ? Tapi takpe . Sabar jela . Tak boleh nak buat apa pun dengan manusia yang macam tu . Aku rasa dia gian nak main perang perang lah kot . Tak pun masa dia kecik kecik dia tak dapat main pistol air ke . Polis sentri ke . Sebab tu dia suka suka nak main mercun baling kat rumah orang . Takpe takpe . Buatlah apa yang kau suka . Nanti lama lama kau penat kau diam lah kan . Maaf lah . Kami bukan masuk kategori macam kau .

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: