TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

August 9, 2011

Nak bercakap pun payah

Terlalu banyak benda yang aku nak cerita . Yang aku nak luah tapi macam yang dah awal awal tahu . Aku bukan seorang yang reti nak cakap depan depan . Bila terlintas kat kepala , bila rasa ada semangat nak menggunakan jari baru aku kelam kabut tulis sana sini . Tak kira lah dekat blog ke dekat note hp ke kat cebisan kertas ke . Asalkan aku boleh guna nak luah apa aku rasa . Aku tak tahu kenapa memang dari dulu aku selalu tulis apa apa yang aku rasa dekat secebis kertas . Dan aku tak satukan pun semua kertas kertas tu . Aku simpan je kat mana mana yang aku rasa nak letak . Dan aku tak pernah pun ada diari seperti orang lain yang kebiasaannya tulis aktiviti harian dalam tu . Yang kebiasaannya tulis semua yang dirasa dilalui dalam tu . 

Tapi , bila aku dah makin besar dah makin kenal nama internet , aku dah tak guna kertas lagi nak tulis apa aku rasa . dekat blog ni jugak yang aku tulis . Ada yang baca ? Hmm . Takpe . Aku tak kisah sebab ini kisah hidup . Kehidupan tu kan realiti . Aku teringat dulu pernah aku terjumpa balik kertas kertas yang aku luah tulis segala apa yang aku rasa . Aku baca berulang kali . Sampai aku tak sedar aku nangis hanya kerana tulisan aku sendiri . Sebab aku tak ingat yang aku pernah rasa sedih , marah sampai macam tu . Ada orang kata kalau kita tak reti nak luah guna mulut . Tulis lah . InsyaAllah tu pun boleh buat kita lega . Aku tahu dengan cara tu tak boleh nak dapat penyelesaian . Sebab hal tu tetap terpendam dalam diri sendiri . Tapi lama lama benda tu akan lepas dengan sendirinya . Percayalah . 

Aku mengaku kadang kadang aku rasa tertekan dengan semua ni . Tapi aku tak tahu nak buat apa . Aku diamkan aje sampai aku rasa lega sendiri . Orang selalu nampak diri kita seolah olah takde apa apa . Tersenyum senang tapi mereka tak tahu hati kita macam mana . Tak semua masalah kita kena kongsi dengan orang . Takut salah kongsi nanti boleh tambah lagi masalah kita . Sama jugak macam berkawan . Bila dah rapat kita rasa boleh nak cerita masalah dekat dia . Tapi bila suatu hari persahabatan tu tinggal nama . Mungkin salah seorang tak sedar yang dia dah jaja masalah tu kat orang lain . Dan akhirnya buat diri kita rasa malu . Mulut manusia . Aku tak kata yang semua manusia tu sama . Ya , ada yang betul betul tahu menjaga rahsia tapi ada juga segelintir yang hanya indah di mata kita je . Aku mengaku aku bukan lah seorang yang sangat mudah nak percaya orang . Aku takut nak bercerita dengan orang . Tapi aku tak ada masalah untuk berkawan dengan semua orang cuma aku tak boleh nak bercerita je . Kadang kadang dengan family aku sendiri pun aku seolah tak percaya nak cerita . Hmm . Oh , bukan . Seolah takde kekuatan nak cerita . Serius aku rasa penat macam ni . Tapi aku tak dapat buat apa apa . 


1 comment: