TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

October 21, 2011

Kemahiran Insaniah

Ahh . Pedulikan sahaja bila ada yang nak kata cerita aku ini dah basi . Okayy , aku tahu benda ni dah lama . Dah dua minggu lepas pun . Tapi seperti biasa blog aku kan , jadi terserah lah aku nak cerita apa pun . Hahaha . Ye , aku memang suka buat statement bajet hot pun . Kau tak suka ke ? Takpe , aku tak kisah .

Ohh . Proceed . Masa 8 dan 9 October lepas aku ada program kemahiran insaniah . Pehh , Bapak best lah . Okay , best ke ? Harus lah . Aku dapat membina jati diri yang kukuh gitu . Ala ala membina kepimpinan dan keyakinan diri pun ada jugak . Jadi , aku memang suka aktiviti yang dapat menonjolkan diri aku sebab dari situ dapat membina keyakinan aku . Takde lah aku malu nak cakap in front of other people . Dan aku memang suka untuk bercakap di depan . Tapi bukan bermaksud aku suka mencari publisiti murahan cumanya aku rasa itu caranya untuk membantu aku berkomunikasi dengan lebih baik . Jadi , bila aku dah masuk alam kerjaya nanti . Takde lah aku rasa nervous gila babas bila nak jumpa klien . Betul tak ?

Haihh . Berapi pulak aku rasa tiba tiba tak boleh nak upload gambar lah pulak . Baru aku semangat nak share gambar group aku yang vogue tu . Cehh . Tak payah nak berlagak vogue sangat lah kan . Tapi aku rasa aku memang vogue . Ye , aku tahu itu memang statement mintak kaki . Tapi biasa lah aku memang suka perasan sebab bila aku perasan aku rasa confident . Wahaa . Boleh terima pakai ke teori aku ni ?
Masa kemahiran insaniah ni memang macam macam lah dapat belajar . 2 hari pulak . Memang best lah kan . Dan itu lah weekend pertama yang aku tak balik rumah . Kalau tak , memanjang aku balik rumah kan . Masa hari pertama memang dengar ceramah jelah . Dari Cherdik Consultancy . Okay , not bad lah kot ceramah dia . Boleh lah buat aku gelak sikit campur rasa nak tidur yang banyak . Hahaha . The second day baru lah slot dengan group , bagus jugak sebab campur je budak budak course lain . Boleh kenal ramai kawan kan . Group aku duabelas manusia je . Okay lah tu daripada takde langsung kan . Hahaha . Fasilitator aku pun okay lah . Fun jugak . Dia takde pun nak ikut sangat modul yang dah penganjur program bagi . Dia kata gila bosan kot . Dia banyak ajak kitorang main yela . Tapi , overall sangat fun lah bagi aku . Kena design something yang berguna untuk pelajar u lah , main kotak beracun memang terbaik . Hahaha . Sekali kena task berlakon jadi isteri yang anak anak dia teraniaya kan . Wah ! Aku memang suka berlakon . Bajet retisss lewwteww ! Wahaha . Dan aku suka masa aktiviti buat iklan radio . Hehh ! Aku jadi dj taw . Harus ke aku nak bagitahu in detail ni ? Takpe , biarkan sahaja aku dengan duniaku . Hehh .

Haa . Dan satu benda yang aku suka masa program kemahiran insaniah ni , semua orang dapat makan free . Haha . Memang lah aku suka sebaba aku dapat jimat duit . Nak makan boleh tambah pulak . Kot kau memang kaki mentekedarah boleh lah kau buat muka tak tahu malu ambil 3 4 bekas sekali . Takde hal . Kau nak tapau bawak balik bilik pun boleh . Haha . Kemahiran insaniah ni aku kena ikut sampai semester 5 nanti . Wajib . Bagus lah ada program macam ni . Membentuk keyakinan diri yang tinggi sekaligus melatih daya komunikasi serta berfikir yang bagus . Aku suka . (:

p/s : aku nak tidur lah nak rehat rehat kan minda sebab petang nanti aku terpaksa mengadap muka abang abang dan kakak kakak komander kesatria YANG AMAT AKU CINTAI itu . grr ! X(


Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: