TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

December 29, 2011

Random #2

Assalammualaikum dan selamat pagi. Entah apa mimpi tiba tiba pagi ini baru aku rasa nak menaip. Punya lah gila lama aku tak update blog. Ohh! Bukan aku saja je taknak update tapi aku sendiri macam dah hilang semangat nak blogging. Sampai aku pernah rasa macam nak deactivate je blogger.com aku ni. Sebenarnya banyak gila lah benda yang jadi kat diri aku tapi aku tak mampu nak cerita kat sini. Bukan aku takde masa, terlebih sangat pun masa aku tu sampai terbuang buang. Okay, nampak sangat aku suka membazir kan. Itu lah, aku pun tak tahu bila nak ubah benda yang satu tu. Entah bila lah aku baru nak belajar manfaat masa betul betul.

Masuk hari ini dah dua hari aku tak boleh tidur. Semalam nak jejak 4pagi baru aku boleh tidur. Nak kata aku study, memang tak lah kan. Harap je balik rumah bawak buku tapi hadap tak pun. tak sentuh pun. Sentuh laptop boleh pulak kan. Tak payah suruh, celik mata je laptop. Nasib tak tutup mata pun depan laptop macam dulu dulu yang selalu jadi kat aku. Bangun  je pagi tengok tengok aku sedap tidur depan laptop, terpasang je. Memang melambung lah kan bil elektrik rumah aku. Kesian kat abah aku. Hehh! Tapi sekarang aku tak buat dah benda macam tu. Bila aku dah start menguap tu laju laju aku off semua. dengan lampu pun aku tutup. Kipas jela yang pusing laju laju jadi teman tidur aku penghalau nyamuk penyejuk suasana. Oh dan peneman setia aku tidur cik spongebob yang baru sebulan lebih hidup dengan aku. Nanti lah ada masa aku cerita pasal spongebob tu. tapi cik teddy oren gemok tu tetap aku tak lupa. Lawa sangat lah katil aku kat hostel tu, bantal je dah tiga campur cik teddy gemok lagi, spongebob lagi. Hahaha. Tapi kalau salah satu tkde aku tak boleh tidur kot. Wajib peluk. Tak peluk pun kena ada kat sebelah aku baru aku boleh tidur. Okay, tahu lah mengada je kan aku ni. Haha.

Aku still tak boleh tidur dan aku tak tahu kenapa aku tak reti nak bukak buku economics 415 tu. Bukan tak sedar final 8 januari ni tapi aku boleh relax je lagi. Haila. Apa nak jadi ni? Sepanjang lima hari kat rumah ni aku asyik online je. Tak online tolong mak, penat tolong mak aku makan, lepas tu online lagi. Tu tak masuk yang aku tiba tiba je dah tertidur tak sedar diri. Hahaha. Buruk perangai ni. Keh keh. 

Hahh, Habis dah lah. Jap lagi kalau rajin aku nak cerita lain pulak.
Okay, bye.

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: