TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

August 27, 2011

Pehh ! Aku buat kuih raya . Yeayy !!

Woohoo ! Serius weh aku memang dah memanjang asyik rasa teruja je sekarang ni . Hahaha . Sikit sikit nak teruja taw . Ntah haper angin yang datang pun sumpah aku tak tahu doe . Tapi takpe lah bila aku teruja aku rasa bahagia . Bila aku bahagia aku rasa nak senyum sentiasa . Cehhwah . Cun tak ayat aku ? Okayy okayy . Aku tahu aku kuat perasan . Fine fine . Hahaha  +______+

Eyh , kau orang nak tahu tak ? Ahh ! Kalau taknak tahu pun takpe . Aku tak kisah . Yang penting aku still nak cerita jugak . Peduli haper aku kan . Serius wohh ! Aku buat kuih raya tahun ni . Trengtengteng . Yela , mana aku tak teruja gila tahap cipan terbang pulak kan . Mana pernah dek umur aku nak buat kuih raya . Ni first time ni aku buat kuih raya . Harus lah aku teruja sampai senyum lebar lebar macam model tengah photoshoot bagai tu kan . Hahaha . Kalau kau orang dari kecik kecik dah galak tolong mak kau orang buat kuih raya main tepung uli uli bagai . Aku ? Yang ado . Hahaha . Dah duapuluh tahun hidup kat muka bumi ni haa baru la aku merasa nak buat kuih raya taw . Selama ni takde maknanya nak buat kuih raya bagai ni . Mak aku main order beli beli je . Masa aku kecik kecik dulu time still duduk johor ada lah jugak mak aku buat kuih raya . Tapi takde lah aku nak tolong nya . Aku kecik lagi masa tu . Budak hingusan lagi okayy . Yang aku tahu nak main je . Lalala ~

Nak tengok tak kuih raya aku ? Taknak ? Takpe . Aku nak tunjuk jugak . Aku kan terlebih teruja kan . Lantak kau orang lah nak cakap aku apa pun . Makk tak kisah nyahh ! Hahaha .


Haa . Cun tak kuih raya aku ? Serius sedap taw . Rugi ahh kalau kau orang tak makan . Ni aku buat sendiri , dengan penuh kaseh sayang lagi . Memang kau rasa disayangi jela lepas makan biskut yang aku buat ni *ye ye aku tipu je part kau rasa disayangi tu tapi kalau kau betul terasa kaseh sayang tu , untunglah kan* Hahaha .
Aku bajet nak buat biskut ala ala famous amos lah ni . Ala , yang sekilo lapanplohhengget tu . Tapi aku tahu lah , peymes ames tu punya lagi sedap lah kan . Takde lah pulak aku nak perasan macam biskut raya aku ni yang paling hebakk di antara benua gitu . Aku dapat resipi biskut ni pun dari cousin aku . Aku pun try ah buat untuk raya ni kan . Haa , naseb baek jadi uolls . Kalau tak penat je aku teruja kan . Hehh .

Ohh , kakak aku pun sibuk jugak nak buat kuih raya . Masing masing teruja haper ntah kemaen galak lagi nak buat kuih raya tahun ni . Sebelum ni tak pernah pernah pun nak sentuh oven tu . Tercongok je kat dapur tu haa . Kesian kat kau kan . Tapi kita orang dah guna kau raya ni . Kau suka tak encik oven ? Hahaha . Senget ! Tapi kan , biskut yang kakak aku buat ni serius  bulat bulat macam tuan dia . Hahaha *evil laugh*
Jom ramai ramai tengok biskut hasil air tangan kakak aku yang sangat jelita tu . Eyh , tak tipu taw . Kakak aku memang jelita lagi meletop . Hehe .


Aku tak tahu lah kenapa . Tapi bila biskut dia dah masak . Aku tengok lama lama aku rasa macam biskut dia ni gedik je . Hahaha . -_______________-
Aku pun tak tahu kenapa aku nak kata biskut kakak aku ni gedik tapi serius aku rasa biskut dia ni gedik . Hehehe . Kurang asam je kan dapat adik macam aku . Tapi takpe naseb baek kakak aku dah faham bebenor perangai adik dia ni macam mana . Hee . Ini baru dua jenis . Ahad ni kita orang nak buat lagi dua jenis tak silap aku lah . Tengok lah macam mana . Dan tadi aku rajin sangat lah pulak . Aku siap buat dadih mangga lagi . Kau nak ? Meh datang rumah aku . Aku bagi free je . Hehehe .

Okayy babai . Aku nak tidur sambil menunggu kekasih pujaan hati muncul di dalam mimpiku *eiiiyeuwww . serius ayat geli macam nak mintak pelempang je kan* Lalala ~ 

p/s : yeayy ! Petang tadi aku dberjaya jugak beli baju kurung pink . Ingat nak beli jubah tapi takde pulak warna berkenan di hati . Ohh . dan baju kurung aku tu bukan fully pink . ada purple sikit . Nak purple jugak . Hambekkk ! Haha .

August 25, 2011

saya nak MERAHJAMBU !

Aku ni boleh sukaria je online tak tentu hala . Padahal kerja berlambak kat dapur tu . Ahh ! Tak kira nak update jugak sebab aku tengah excited nak menaip . Okayy ! Kawan kawan . Selamat menjalani hari puasa yang ke duapuluhlima . Kau orang puasa tak ni ? Aku puasa taw . Eyh ! Jap . Perlu ke aku nak bagitahu orang ni macam lah orang lain tak puasa kan . Okayy . Abaikan . +__________+

Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak sangat sangat pakai baju colour pink raya ni . Semangat lain macam ni . Okayy ! Rasa sangat girlish-eyh-aku-kan-perempuan-haruslah-girlish-kan . Ini semua gara gara aku tertengok surat khabar apa aku tak ingat dah . Aku nampak farhan af4 pakai kurung pink . Then , tiba tiba aku terus rasa teruja nak pakai kurung MERAHJAMBU okayy raya ni . Sweet tak saya ? Haa , tahu . Kau rasa macam nak lempang aku kan ? Lantak ahh . Hehehe
Tapi hari tu dah beli satu baju kurung . Kurung biasa je . Tak payah nak moden moden design leret leret sangat lah kan . Aku tak suka semua tu . Dah ada baju kurung nak pakai pagi raya pun aku dah rasa cukup okayy . Syukur . Alhamdulillah . Cuba kau fikir orang susah yang nak beli baju raya setahun sekali tu pun payah . Kasihan kan . Jadi kita tak payah lah nak sakan sangat . Kang Yang Maha Esa tarik balik nikmat kita . Kita mana nak tahu kan . Bila bila masa je boleh jadi . Kurung hari tu yang aku beli colour putih . Waa . Suci je kan . Tapi ada corak corak purple sikit lah . Itu pun sebab aku gedikgedik gitu nak sama colour dengan encik boipren . Euwww . Geli tak ? Kisah pulak aku . Hahaha . Encik boipren nak pakai colour purple . Aww ! Saya suka taw sebab favourite colour saya tu . Wah wah wahh ! Sayang encik boipren . Lalala ~


Haa . Tengok ni ? Serius cantik kan . MERAHJAMBU uolls . Mak suka ! Eicehh . Aku rasa esok aku nak ajak mak aku pergi cari kurung pink jugak ahh . Tak kira nak cari sampai jumpa jugak . Hahaha . Tapi takde lah aku nak sebijik macam kat atas ni siap berbatu manik manik guli labuci kelipkelip liplapliplap bagai ni . Hahaha . As i said earlier . Aku nak kurung biasa je . Simple okayy . Ohh . Tapi kalau jubah pun macam okayy kan . Nice !

Waa . Cantik cantik . Nanti confirm aku feeling muslimah sejati kalau pakai jubah macam ni . Kenapa aku cakap macam tu ? Yela , aku tahu aku ni bukan baik mana . Aku masih banyak terkurang sana sini . Well . Manusia kan . Haa . Cancel ahh nak cari kurung . Aku nak cari jubah lah . Nak cari jubah loose . Tamau yang shape bagai tu . Kang tak memasal dah serupa macam orang tak pakai baju kan . Yela , sekarang kan banyak jubah berpesen #fashion . Konon up-to-date lah katanya kan . Tapi fitt bagai ni . Sampai nampak semua tak patut mana boleh . Haihh ! Tamau cakap lebih lebih lah kang aku pulak yang terlebih . Takut weh .

Okay lahh . Nak pergi buat kerja . Nanti mak aku touching pulak dengan aku . aku tak tolong dia . Hehehe . Aku kan nak jadi anak yang baik . InsyaAllah . Tengah usaha lagi lah ni . Ohh . Dan mintak mintak lah abah bagi aku nak pergi buka dengan encik boipren hari ini . Pehh . Serius takut nak cakap mintak izin kat abah . Fuhh Fuhh Fuhh . Aku hembus awal awal dulu . Hahaha .
Okayy babai . (:

Random ! Bla bla bla .

Okayy , fine ! Aku tak boleh tidur . Now im start rambling here and there . Ahh ! Serius rasa sangat tak best okayy sekarang ni . Kalau saya nak cubit awak kuat kuat boleh ? =.= Aku rasa mau dah dekat seratus kali gamaknya aku dengar lagu kimia by melda ahmad ni . Playing . Non stop .  Serius bosan tak tahu nak buat apa . Ntah apa aku nak cakap pun aku tak tahu doe . Mana dia ?

Dah berapa jam aku depan lappy ni pun aku tak tahu . Dah lama gila aku tak rasa macam ni . Rasa tak boleh tidur dan sumpah tak tahu apa nak buat . Rasa teruk tahu . Dah lah dia pun tak muncul dari tadi . Penat aku tunggu dia . Kang aku merajuk , dia jugak yang payah . Haihh . Dah lah lepas ni susah nak jumpa . Aku dah start study , dia tak habis habis kerja . Ouhh ! Serius bosan macam ni . Contact pun jarang dah kan sekarang ? Aku tahu lah hari hari boleh nampak muka dia tapi aku setakat nampak-dia-senyum-dia-tengok-aku-senyum-balik . Grr ! Dan hari ni dia sangat sangat lambat . Haishh ! Bukan aku taknak faham dia . Bukan aku tak tahu kerja dia tapi aku penat lah macam ni . Naseb aku sayang dia jela kan . Tapi aku tak kan tinggal dia . InsyaAllah . Jangan aku tiba tiba berubah hati sudah .

Tadi almost 2 hours on call dengan sue . Sumpah hilang rindu sama kau weh . Macam macam aku cakap dia cakap sampai aku tak tahu nak cakap apa tapi still ada benda nak cakap . Ohh man ! Apa aku merepek ni ? Kau tak faham ? Kisah pulak aku . Babe , aku mintak sorry okayy sebab lama tak text kau , tak call kau . Bukan maksud aku lupa kau tapi aku busy dan aku tahu kau pun busy with all of your work right ? Dan serius aku rasa rindu nak jadi budak sekolah balik . Lagi lagi zaman form 6 sebab sangat sangat best . Sweet and pain memories . :')
Makan roti telur sos cili satu botol , makan laksa , bebola ikan . Really miss it damn much ! Dan sangat rindu nak camwhore dengan sue . Oh ! Dan rindu nak pergi karaoke . Haa , dan rindu nak gosip . Ala biasa lah perempuan . Macam uolls tak pernah gosip-ing with your girl-friends kan ? (:
Tapi memang paling tak boleh lupa bila dia cakap tadi dia touching dengan aku sebab hal itu . Sue , sumpah kelakar tahu tak . Memang buat aku rasa nak gelak je . Hahaha . Aku mana nak tahu dah nama dia boleh sama . Tapi dia bukan orang yang sama . Z saya dan Z awak orang yang berbeza lah sayang . Cuma kebetulan je nama dia sama . Ehee . Oh , insyaAllah kalau dia datang sabtu nanti . Kau boleh jumpa dia okayy . Kalau lahh dia datang kan . -_________-

Haa . Rasa macam tak sabar nak tunggu esok pagi sebab lajulaju nak call harmonydrivingschool . Nak tanya pasal lesen P dah siap ke belum . Lepas ni boleh pergi meronggeng . Eicehh ! Meronggeng lah sangat kan . Berangan lebih aku ni . Sekali my abah tak bagi . Tak kemana jugak . Menapak lah lagi aku dengan public transport kan . Tapi serius aku nak cakap aku tak suka sangat nak drive a car . Aku lebih suka bawak motor . Okayy . Aku tahu bawak motor tu bahaya tapi nak buat macam mana dah aku lagi suka bawak motor kan . Yeayy ! Lepas ni boleh pergi merempit lajulaju . Eyh ! Tak jadi kang kena saman pulak kan . Jadi , aku nak jadi penunggang motor yang berhemah . Eicecehh . Macam boleh percaya je . Hahaha
Teringat masa ujian dengan encik jpj last thursday . Wah . Wah . Tipu lah kalau aku cakap tak cuak langsung kan . Tapi aku suka berlagak biasa . Biasa . Bukan berlagak . Ahh ! Just ignore it . Memang feeling confident je masa test tu . Aku paling suka part bukit tu . Sebab best . Tak susah sangat pun . Cuma tak suka kat side parking . Masa belajar , kelas memandu tu dah lah asyik tukar cikgu . Sorang cakap macam ni, sorang cakap macam tu . Aku yang naik pening nak ikut mana satu . Dah lah aku ingat ingat lupa je step dia . Pusing kanan lah kiri habis lah . Satu suku tiga suku lah . Hehehe . Tapi alhamdulillah sekali test je dah lulus . Dan terima kaseh abang jpj . Eyh ! Abang taw . Aww ! Encik lahh . Dia sangat baik okayy . Nampak je muka garang tapi dalam hati ada taman . Eicecehh . 

Okayy lah dah penat tak tahu nak cerita pasal apa lagi . Nanti esok kalau rajin aku update blog lagi . Babai . Assalammualaikum . 


August 17, 2011

Kalau aku nak bela gajah sekor boleh ?

Selamat pagi . Wahh ! Aku rajin nak update pagi ni . Yeayy ! Nak taw tak , aku tak tahu lah kenapa sekarang aku sangat sangat rasa gajah tu binatang yang sangat comel . Ehehh . Serius ni . Aku rasa gajah sangat comel . Agak agak kalau nak bela gajah boleh ? Semalam lah aku tengok national geographic . Pehh ! Dia ada cerita pasal gajah ni . Bila aku tengok je gajah tu terus aku jatuh cinta dah dengan gajah . Comelnya . Ahh ! Aku tahu nanti mesti ada yang macam pelik je dengan aku . Apa ke hal lah budak ni nak kata gajah tu comel . Comel tang mana ? Ishh ! Shadap yu . Ekekeke . Lantak ahh korang nak kata apa aku tetap nak cakap gajah tu comel . Memang aku sangat sangat rasa nak bela gajah sekor . Hehehe


Tengok ni . Baby gajah . Serius okayy comel gila sampai aku rasa macam nak picit picit cubit cubit je . Waaaaaaa , cik gajah . Awak sangat comel tahu . Sukaaaaaaaaaaaaa ! (:
Mesti seronok kalau aku dapat bela gajah betul betul weh . Dah lah besar boleh aku peluk peluk dia . Jalan jalan petang dengan dia . Hekhek . Nanti aku nak bagi dia nama bobo . Kenapa bobo ? Ntah aku rasa macam cute je kalau nak letak nama bobo tu . Hahaha . Nak bela gajah . Boleh lah boleh lahh . Pleaseeeeeeeeeee .

Tapi comel comel suka suka aku tengok gajah pun aku takut gak . Buat tiba tiba nanti gajah yang aku bela ni ngamuk . Mau dia pijak aku . Hahh . Penyek terus . Memang jadi kes lah kan gajah makan tuan dia sendiri . Ehee .Beriya iya aku nak bela gajah sekali gajah tu pijak lenyek aku . Hahaha . Kan dah padan muka kan ? 


Okayy . Sila tatap puas puas gambar gajah yang aku cari kat cik google ni . Wahh ! yang ini sumpah cute sangat . Kalau lah aku ada gajah sendiri kan , aku rasa nak gak aku bagi gajah aku pakai spec besar besar . Baru bobo aku nampak style . Pehh . Confirm ahh ramai tergoda dengan bobo aku nanti . Hehe . Lepas tu aku nak amek gambar banyak banyak dengan gajah aku . Serius sangat best kan ? Ohh , cik gajah . ILOVECHUUU ! Muuahh . Muaaaaahh .

p/s : kalau tak dapat gajah betul pun patung gajah pun jadi lah . Oh , encik boipren boleh tak awak tolong belikan patung gajah untuk saya ? Hahaha (^_^)

August 16, 2011

Oh . account fb aku hilang ?

Oh . Serius aku terkejut gila tadi weh . Yela , mau aku tak terkejut tetiba je fb aku jadi macam ni haa .


Pehh . Memang waterpark sungguh lah kan . Tak pernah pernah ni jadi macam ni kat aku . Huh ! Fb saja letewwwwwwwwww tak puas hati dengan aku kan . Keh keh . Padahal aku takde buat salah apa apa pun tadi . Takde pun lah aku terniat nak memporak perandakan fb account aku ke . Nak perdajal setting fb ke . Aku mana tahu weh . Aku noob pasal segala benda alah internet jadah ni . Wakaka . Aku klik try again tu ada lah dalam lapanplohsembilan kali . Tapi sama gak . Boleh dia kata tak available . Kuang hajau taw . Suka buat aku cuak . Aku memang dah ingat fb aku hilang ah kan . Dah payah naty aku nak skod sana sini . Tengok sapa sapa yang rajin bebenor nak stalker aku . Hahaha . Hambek kau . Aku bajet faymes macam ada lah sangat nak stalk fb aku kan . Ahh , lantak lah aku nak cakap apa pun kan .

Tapi memang tadi aku tak puas hati lah kan . Aku gi lah online fb akak aku jap . Konon konon nak cek fb aku . Sekali aku klik nama aku , boleh plax dia keluar macam ni . Huhhh !


Pulak dah ! This profile is not available at the moment . Senget punya fb . Saja je nak buat aku bengang . Dah lah aku tengah best comment comment . Sekali jadi macam ni plax . Penat gak ahh aku tunggu . Ada lah dekat setengah jam baru aku boleh log in balik . Pehh ! Hampeh . Aku rasa memang saja nak bagi aku feeling cuak lah tu kan konon konon aku tak boleh nak main fb dah . Elehh . takpe lah yang penting sekarang fb aku dah okayyyy . Hahaha . Boleh lah aku nak feeling bajet retiss . Wahaha . Perasan gila lah kan aku ni . Sungguh tak kuasa nak layan . 
Okay , babai . Selamat malam .

August 13, 2011

Mahu apa lagi ya ?



TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN SEORANG YANG TIADA APA APA *erti kata lain GAGAL



p/s : aku tak minta untuk jadi macam ni dan aku tak tahu nak jadi macam mana lagi untuk bagi dia puas hati . 

August 10, 2011

Kau nak bakar rumah aku ke ?

Ye . Aku tahu lah sekarang bulan ramadhan dan tak lama lagi nak masuk syawal which is means raya aidilfitri lah kan . Tapi agak agak lah pun kau nak main mercun . Aku tak kata kau tak boleh main mercun . Itu hak kau lah kan nak main mercun bakar duit banyak mana pun . Bukan kau pakai duit aku pun . Aku pun masa kecik kecik dulu suka gak main mercun . Bakar sana sini nasib tak terbakar jari . Kalau tak dah selamat hilang satu jari . Hehehh . Tapi yang buat aku rasa macam nak marah melenting harus ke kau bakar mercun then kau aim kat rumah aku ? Perlu ? Haihh . Kang kalau aku nak kata kau takde otak aku tahu elok je terletak otak dalam kepala kau kan . Kang aku nak kata kau takde akal mahu kau marah aku plax kan ? Senang macam ni lah kau ada otak , kau ada akal tapi kau tak reti nak guna . Hahh ! 

Hmm . Kalau ye pun kau tak puas hati dengan family aku tak payah lah nak buat macam tu sekali . Baik kau cucuh api bakar je rumah aku ni . Baru kau puas hati agaknya . Alahai manusia , hidup sama sama atas muka bumi . Apa yang kau dengki sangat ? Kau makan nasi , family aku pun sama jugak makan nasi . Kadang kadang aku tak faham kenapa sama sama manusia pun nak dengki tak puas hati bagai ni . Kita tak pernah pun kacau hidup dia tapi dia suka sangat lah nak kacau kita ? Kenapa ye ? Pelik ahh . Cuba buat biasa je , nanti hidup kita pun tenang . Tak payah lah nak jeling jeling buat benda tak elok kat orang kan . Lagi lagi lah bulan ramadhan yang mulia ni . 

Cuba fikir , kita pun jadi susah nak baik dengan manusia yang macam ni kan . Bukan kita tak hormat dia tapi cara dia yang buat kita jadi tak hormat dekat dia . Hmm . Ntah lah . Apa lah yang manusia tu fikir agaknya . Aku rasa mungkin dia bangga bila dapat shoot mercun tu kat bumbung rumah orang kot . Apa yang dia rasa kalau orang main mercun then shoot kat rumah dia plax ? Sakit hati tak ? Tapi takpe . Sabar jela . Tak boleh nak buat apa pun dengan manusia yang macam tu . Aku rasa dia gian nak main perang perang lah kot . Tak pun masa dia kecik kecik dia tak dapat main pistol air ke . Polis sentri ke . Sebab tu dia suka suka nak main mercun baling kat rumah orang . Takpe takpe . Buatlah apa yang kau suka . Nanti lama lama kau penat kau diam lah kan . Maaf lah . Kami bukan masuk kategori macam kau .

August 9, 2011

Nak bercakap pun payah

Terlalu banyak benda yang aku nak cerita . Yang aku nak luah tapi macam yang dah awal awal tahu . Aku bukan seorang yang reti nak cakap depan depan . Bila terlintas kat kepala , bila rasa ada semangat nak menggunakan jari baru aku kelam kabut tulis sana sini . Tak kira lah dekat blog ke dekat note hp ke kat cebisan kertas ke . Asalkan aku boleh guna nak luah apa aku rasa . Aku tak tahu kenapa memang dari dulu aku selalu tulis apa apa yang aku rasa dekat secebis kertas . Dan aku tak satukan pun semua kertas kertas tu . Aku simpan je kat mana mana yang aku rasa nak letak . Dan aku tak pernah pun ada diari seperti orang lain yang kebiasaannya tulis aktiviti harian dalam tu . Yang kebiasaannya tulis semua yang dirasa dilalui dalam tu . 

Tapi , bila aku dah makin besar dah makin kenal nama internet , aku dah tak guna kertas lagi nak tulis apa aku rasa . dekat blog ni jugak yang aku tulis . Ada yang baca ? Hmm . Takpe . Aku tak kisah sebab ini kisah hidup . Kehidupan tu kan realiti . Aku teringat dulu pernah aku terjumpa balik kertas kertas yang aku luah tulis segala apa yang aku rasa . Aku baca berulang kali . Sampai aku tak sedar aku nangis hanya kerana tulisan aku sendiri . Sebab aku tak ingat yang aku pernah rasa sedih , marah sampai macam tu . Ada orang kata kalau kita tak reti nak luah guna mulut . Tulis lah . InsyaAllah tu pun boleh buat kita lega . Aku tahu dengan cara tu tak boleh nak dapat penyelesaian . Sebab hal tu tetap terpendam dalam diri sendiri . Tapi lama lama benda tu akan lepas dengan sendirinya . Percayalah . 

Aku mengaku kadang kadang aku rasa tertekan dengan semua ni . Tapi aku tak tahu nak buat apa . Aku diamkan aje sampai aku rasa lega sendiri . Orang selalu nampak diri kita seolah olah takde apa apa . Tersenyum senang tapi mereka tak tahu hati kita macam mana . Tak semua masalah kita kena kongsi dengan orang . Takut salah kongsi nanti boleh tambah lagi masalah kita . Sama jugak macam berkawan . Bila dah rapat kita rasa boleh nak cerita masalah dekat dia . Tapi bila suatu hari persahabatan tu tinggal nama . Mungkin salah seorang tak sedar yang dia dah jaja masalah tu kat orang lain . Dan akhirnya buat diri kita rasa malu . Mulut manusia . Aku tak kata yang semua manusia tu sama . Ya , ada yang betul betul tahu menjaga rahsia tapi ada juga segelintir yang hanya indah di mata kita je . Aku mengaku aku bukan lah seorang yang sangat mudah nak percaya orang . Aku takut nak bercerita dengan orang . Tapi aku tak ada masalah untuk berkawan dengan semua orang cuma aku tak boleh nak bercerita je . Kadang kadang dengan family aku sendiri pun aku seolah tak percaya nak cerita . Hmm . Oh , bukan . Seolah takde kekuatan nak cerita . Serius aku rasa penat macam ni . Tapi aku tak dapat buat apa apa . 


August 2, 2011

Bukan taknak berterus terang tapi ...

Pehh . Siyes sekarang tak tahu nak kata apa yang aku rasa . Biasa lah kita ni cuma manusia bukan boleh buat semua . Bukan boleh jadi terlalu sempurna . Dalam hidup ni mesti ada punya lah kan sesuatu benda yang kita rasa kurang . Macam tak pernah nak lengkap . Even kau tahu pun apa benda tu tapi kau susah nak lafaz kat mulut . Itu lah bukan senang nak jadi manusia sebenarnya . Banyak benda kau kena fikir , banyak benda kau kena tanggung . Tak kan kau nak hidup saja kat muka bumi ni . Tak payah nak buat apa apa ? Kau ada otak jadi kau pun boleh fikir sama macam aku . 

Tapi aku tahu kita manusia ni lain lain . Kau , aku tak kan boleh fikir benda yang exactly 100% sama kan ? Cuma mungkin intipati apa yang kau fikir tu sama . Yang lainnya bagaimana olahan pemikiran kau . Ahh . sekarang aku macam blank . Siyes kepala aku macam blurr . Aku tak tahu nak kata apa . Aku kena berterus terang ke ? Tapi aku takut sesuatu itu akan bagi kesan kat diri aku . Aku tak tahu orang lain akan fikir apa . Dan kalau lah boleh aku baca fikiran orang . Tak payah aku nak rasa macam sekarang . Hidup . Kita hidup ni pasti ada benda yang kita kena rahsiakan . Walau kita rasa macam nak lepas nak cakap tentang itu . Tapi aku tak pasti . Aku takut sebarang kemungkinan yang akan berlaku . Nanti dia akan fikir apa ya ? Ahh . Rasa macam darah mendidih naik kat kepala .

Sekarang aku terpaksa berpura pura dalam hidup yang macam tu . Tak tahu lah . Mungkin satu hari nanti aku akan cerita teentang sesuatu itu . Sebenarnya kejadian . Bila aku pasti aku sudah ada kekuatan dan yakin . Aku rasa macam serba salah pula bila terpaksa cakap benda yang bukan sebenarnya terjadi . Tapi aku terpaksa demi kebaikkan semua . Huhh ! Apa boleh buat aku cuma manusia biasa . Aku bukan diri aku yang boleh kau tembus boleh kau kenal sedalamnya . Aku masih perlu ruang untuk rasa sendiri . Sebab aku bukan macam orang lain yang seperti kau sangka . Aku percaya kalau kau ikhlas kau tak akan kisah tentang semua itu .