TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

December 29, 2011

Random #2

Assalammualaikum dan selamat pagi. Entah apa mimpi tiba tiba pagi ini baru aku rasa nak menaip. Punya lah gila lama aku tak update blog. Ohh! Bukan aku saja je taknak update tapi aku sendiri macam dah hilang semangat nak blogging. Sampai aku pernah rasa macam nak deactivate je blogger.com aku ni. Sebenarnya banyak gila lah benda yang jadi kat diri aku tapi aku tak mampu nak cerita kat sini. Bukan aku takde masa, terlebih sangat pun masa aku tu sampai terbuang buang. Okay, nampak sangat aku suka membazir kan. Itu lah, aku pun tak tahu bila nak ubah benda yang satu tu. Entah bila lah aku baru nak belajar manfaat masa betul betul.

Masuk hari ini dah dua hari aku tak boleh tidur. Semalam nak jejak 4pagi baru aku boleh tidur. Nak kata aku study, memang tak lah kan. Harap je balik rumah bawak buku tapi hadap tak pun. tak sentuh pun. Sentuh laptop boleh pulak kan. Tak payah suruh, celik mata je laptop. Nasib tak tutup mata pun depan laptop macam dulu dulu yang selalu jadi kat aku. Bangun  je pagi tengok tengok aku sedap tidur depan laptop, terpasang je. Memang melambung lah kan bil elektrik rumah aku. Kesian kat abah aku. Hehh! Tapi sekarang aku tak buat dah benda macam tu. Bila aku dah start menguap tu laju laju aku off semua. dengan lampu pun aku tutup. Kipas jela yang pusing laju laju jadi teman tidur aku penghalau nyamuk penyejuk suasana. Oh dan peneman setia aku tidur cik spongebob yang baru sebulan lebih hidup dengan aku. Nanti lah ada masa aku cerita pasal spongebob tu. tapi cik teddy oren gemok tu tetap aku tak lupa. Lawa sangat lah katil aku kat hostel tu, bantal je dah tiga campur cik teddy gemok lagi, spongebob lagi. Hahaha. Tapi kalau salah satu tkde aku tak boleh tidur kot. Wajib peluk. Tak peluk pun kena ada kat sebelah aku baru aku boleh tidur. Okay, tahu lah mengada je kan aku ni. Haha.

Aku still tak boleh tidur dan aku tak tahu kenapa aku tak reti nak bukak buku economics 415 tu. Bukan tak sedar final 8 januari ni tapi aku boleh relax je lagi. Haila. Apa nak jadi ni? Sepanjang lima hari kat rumah ni aku asyik online je. Tak online tolong mak, penat tolong mak aku makan, lepas tu online lagi. Tu tak masuk yang aku tiba tiba je dah tertidur tak sedar diri. Hahaha. Buruk perangai ni. Keh keh. 

Hahh, Habis dah lah. Jap lagi kalau rajin aku nak cerita lain pulak.
Okay, bye.

December 5, 2011

Exam oh exam !

Assalamualaikum. Pehh, bapak lama lah kan aku tak update blog. Bukan apa, idea kering tambah pulak aku busy manjang. Alahh, kau percaya jelah aku busy walaupun... Hahaha. Okayy okayy aku mengaku lah ni, aku banyak busy tidur daripada busy study. Maklumlah aku memang tak suka study nak buat macam mana kan. Kalau aku study banyak banyak nanti kan mula lah aku sakit kepala. ada tak kau rasa macam nak lempang aku je bila baca statement ni. Eyh, tapi betul taw. Aku memang tak boleh study banyak banyak. Otak aku tak dapat terima. So, aku akan study bila masa yang aku rasa betul betul nak study je. Bukan aku nak kata aku ni pandai ke apa. Tak tak. Aku sedar kemampuan aku kat tahap mana. Aku tahu kalau aku rajin aku lagi boleh dapat result gempak gila. Tapi ntah lah. Aku ni jenis suka benar ambil mudah sesuatu perkara. tapi tak bermakna kerja aku tak jalan taw. Tak bermakna otak aku tak berfungsi taw. Aku kira boleh pakai jugak taw. Hehehe. 

Aku tengok kalendar tadi. Hahh! Ambil kau. Lagi 3 minggu je doe nak final exam. Gila tak gila. Banyak chapter lagi aku tak cover ni. subject yang aku ambil dah lah ada 7 semuanya. Mau aku  bertapa jaga malam nak jawab exam nanti hoii! Aku pun tak tahu lah bila nak start study ni. Aku duduk sini kan, pehh! Tak ingat lah rajin bebenar lah semua budak budak study kan. Aku jela pun yang suka duduk saja. Hehehe. Ni aku ada je kerja nak kena buat. Tapi boleh aku buat lepak online online pulak kan. Aku rasa lepas aku siap update blog ni aku nak buat kerja aku tu. Alahh, senang je. Bukan susah mana pun. Type type apa patut siap dah. Hehe.

Ohh ye. Esok aku nak pergi satu company ni. Insurance agency. Aku nak culik workers kat situ. Ahaa! Lepas tu aku nak jual kat Thailand. Haa! Baru lah aku cepat kaya. yela, hasil pemerdagangan orang. Tak ke laku zaman sekarang ni kan? Hahaha. Takde lah weh, aku nak pergi buat group project. Pasal computing. question biasa lah kan nak tanya. Guna computer apa, software application segala bagai. Input output devices segala. Hopefully segalanya berjalan lancar lah esok. 

Sekarang dah 5 disember. Waa. Cepat betul lah kan masa berlalu. Aku rasa macam sekejap gila je tahun 2011 ni. Study week aku nanti start 24 tak silap aku. Patut aku balik ke tak eyy? Tapi dah sah sah kalau aku balik rumah nanti aku tak belajar punya. Confirm 100%. So, aku decide stay hostel jela pun. Ada jugak aku bukak buku study gila gila kan. Aku nak dapat dekan weh. Nak sangat. Kalau tak penat jela segala usaha aku selama ni kan. Hee. Tapi kan aku rasa start cuti tu aku balik rumah lah kejap. Sabtu ahad tu balik rumah. Nak celebrate something. Harap harap dapat. Jangan tak jadi dah lah. Haa. Lagi satu, minggu depan aku penuh dengan test, quiz segala bagai. Ohh! dah akhir akhir semester ni baru terasa pack gila doe. Rasa macam nak pengsan je. Sekarang aku dah boleh faham lah student u punya life macam mana. So, next semester aku dah boleh lah manage time aku dengan okay. Takde terkejar kejar. Hee. Hope aku dapat jawab exam ni dengan begitu jayanya. Okay, tahu ayat aku yang last ni macam skema tahap dea lah pulak kan. Ahh. Diam. 

Kbai. Happy monday you all. (: