TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

July 5, 2012

Mix and Match Productions

Assalamualaikum. Hai korang. Sihat? Okay, fine. Aku tahu aku cuma cakap sorang sorang je kan sini. Haha. Okay. Hari ni mood nak update blog dah datang. See, laju je aku menaip tau. *sengihbangga*
Hari ni aku nak cerita pasal Mix and Match Productions, which ni nama group event aku. Well, aku kan student in event management and every event class need to have their own group name in which it will represent our own identity. Eheh!


After we gone through all of the discussion, meeting here and there, we had decided to use Mix and Match Productions as our event group name. Tapi kitorang pun dah sepakat nak senang sebut M² je. Setakat ni okay lah, aku boleh je go on dengan each of the members walaupun ada sikit salah faham ritu. Serius sedih tapi nak buat macam mana, bila kita dah campur as a one team. memang lah cooperation tu susah nak dapat kan. Tapi takpe, boleh build up sebenarnya benda tu. Lagipun kitorang kan baru pioneer lah kata kan. Baru satu sem bersama. Eiceh wahh. Eyh. Before aku cerita pepanjang lagi, nak tengok tak logo group aku? 


Haa, ni lah logo kitorang. Bapak gila colourful lah kan. Jangan main main setiap colour tu ada lambang dia tau. Credit to alya zinnirah sebab dia yang create logo ni. Yela, dia pro sikit bab IT edit mengedit ni sebab encik boipren dia pakar graphic. Hehe. Boleh guna dia ni. Okay, terserlah niat jahat disitu. Tak baik sungguh kan. Serius banyak pengalaman baru lah semester dua ni. Dah ada event group sendiri, dah ada position masing-masing, dah ada department masing-masing, dah buat proposal event dah present pun depan deputy of dean tau. Giler cuak. Haha. Dalam m² ni aku pegang portfolio sebagai financial manager. Ya Allah, pening tau. Yela, jaga kewangan company kan. Kira kitorang dah macam company lah sebab dah ada macam-macam department. Human resource, marketing and promotion, sponsorship, F&B, protocol, safety and security and logistic. And each members ada pegang portfolio masing-masing. Haa, tak leh lari lah kan. Masing-masing kena buat kerja. Jangan nak lepas tangan pulak.


Seminggu before final exam start hari tu, tanggal 15 jun 2012, memang the day yang aku tak kan lupa lah. Sebab hari tu lah yang kitorang kena present proposal event yang kitorang bakal organize masa kitorang semester 5 nanti. Event management ni, bila sem 5 kena buat final project. Kena organize event lah. Pehh, memang penat kot before the day tu. Dah lah aku one of the presenter, kena cerita pasal budget. The most important part sebenarnya. Yela, kena yakinkan panel whether dorang nak lulus budget atau tidak kan. dah lah dengan tak cukup tidurnya, siapkan segala preparation bagai. Memang terasa lah macam jalan tak jejak tanah je masa tu. Tak tersempat nak kejar. Tapi alhamdulillah the presentation goes well. Syukur sangat, rasa nak menangis je time tu. Happy bila deputy of dean, KP and siapa ye panel lagi sorang, aku dah lupa pulak accept proposal kitorang. InshaAllah kitorang akan berusaha to make it happen. Touch Heart Event. Nama event yang bakal kitorang organize nanti. Nak tahu apa dia, kena lah tunggu. Nanti, aku update dari masa ke semasa. eicehhwahhh! Haha.
Okay, kat bawah ni gambar kitorang masa presentation day tu. Have take a look yaa! (:


With our advisor, Miss Nor Lela Ahmad. 

My lovely team members. We had done such a great job, guys! Love it. 

There's!! Our gimmick before the proposal presentation.


Eyh. Aku ke ni? Ehem ehem.



The presenters of the day. :')
Muka cuak tak menahan. Kah kah. Takut nak jawab soalan lerrtuwww!


Haa, ni lah antara benda yang jadi masa jumaat tu. Tak leh main main dah weh. Lepas ni, banyak gila benda nak kena buat. Kertas kerja. Borang segala. Waa. Pengsan awal awal dulu lah. Nanti tak sempat nak pengsan pulak kan. Haha. Ohh. Macam terlupa something lah. Baju colour oren ni tshirt rasmi kitorang lah kiranya. Tshirt mix and match productions. Yeayy!


Picture of the day. Haha. Yang ni aku tak tau lah sape snap weh. Tak silap aku ni one hour before kitorang semua gi faculty. Gila kau. Semalaman tak tidur. Dah siap siap semua. Hah, memang tertidur tak ingat apa kot. Penat sangat sangat. Sedar je, get ready untuk present. Haha. Tapi kepenatan yang amat berbaloi. Truly worth! :')

January 7, 2012

Selamat untuk semua yang sedang berperang.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hai hai. semua nak tahu tak. Esok aku dah start final exam kot. Okay, aku cuak sikit. Heh. Tapi kan sebenarnya aku tak suka nak takut takut sangat dengan exam ni. Yela, sebab aku fikir kalau aku takut kang nanti bagi kesan pulak aku nak jawab. Takut sangat pun tak boleh jugak. Tak takut langsung pun tak boleh jugak. Kira kau kena pandai pandai ahh rasa apa apa yang patut. Kau nak berjaya? Semua orang nak berjaya kan tapi semua atas diri sendiri. Daripada dulu, satu je yang aku pegang kalau nak exam. Kita dah belajar, mesti kita tahu sesuatu perkara tu. Kita kena yakin dengan diri kita yang kita boleh buat semua benda. Kita boleh jawab soalan yang keluar. Tapi jangan overconfident pulak. Berpada pada lah sayang oii.


Hehe. Student+dying=studing. Walawehh, jangan lah sangka macam ni. Life as a student ni fun sebenarnya. Okay, aku takde lah nak cakap aku pandai. Pointer aku pun tak tinggi tapi aku lebih suka enjoy dengan apa yang aku belajar. Aku tak suka nak mengadap buku hafal sebijik bijik lepas tu at the end tak faham apa benda pun yang kau hafal tu. Kita belajar ni macam satu konsep. Kau baca, kau faham, dan kau boleh apply konsep tu dalam hidup kau. Hmm. Aku kengkadang respect jugak tengok budak budak yang study non stop ni. Hebat. Tak blur ke kepala tu? Aku setakat ni paling lama pun aku tahan study tak toleh benda lain 1 jam je. Tapi selalunya aku 15 minit study 1 jam aku tidur. Hehe. Dah tu cara aku , setiap orang berbeza cara belajar kan. Yang penting kau dapat  apa yang kau belajar tu. InsyaAllah, kau boleh jawab exam nanti. Bagi motivasi kat diri sendiri. fikir positif. Tu lah benda yang aku selalu buat. Alhamdulillah, aku tenang selama aku jawab exam yang sebelum sebelum ni. Lagi satu, memang lah compete tu bagus jugak tapi dalam kita nak compete orang lain kita sedar tak? Apa yang kita dapat tu boleh buat kita untung ke tak? Maksud aku, bila kita beriye iye nak high mark nak lawan kawan kita, nak kita lagi tinggi daripada semua, kita enjoy ke tak? Kita dapat sesuatu ke tak? Ke cuma dapat high mark dan bila fikir balik tak faham pun apa yang kita nak sebenarnya. Taknak lah macam tu. Kehidupan mesti kena ada. Kita kena belajar jugak aspek kehidupan, bila kita dah keluar institusi pengajian nanti. Bukan semua benda yang kita buat kat luar tu kita rujuk buku kan. Lagi lah bila dah kerja nanti, cuma satu dua buku je yang kita akan guna. Selebihnya tu ilmu. Panduan untuk kita. Hmm.

Aku tahu aku cakap ni pun untuk diri aku sendiri jugak. Tapi sama sama fikir, sama sama renungkan dan slelamat beramal. Hehehe
Okay lah. Nak revise balik ni. Refresh memory aku ni. Kawan kawan, wish me luck okay. Thank you sayang. (:
Pada semua yang sedang berfinal exam, sama sama kita doa untuk kejayaan kita. InsyaAllah, kita semua akan berjaya. Jangan pernah rasa kita gagal. Ye, betul kekadang kita rasa kita gagal daripada orang lain. Tapi sebenarnya kita dah berjaya untuk diri kita sendiri. Bila kita rasa kita rendah, tak punya apa apa, cuba fikir, ada orang lain yang lagi tak punya apa apa daripada kita. Bila kita rasa kita tinggi, hebat semuanya, cuba fikir, kita ada Maha Pencipta yang Maha Hebat daripada segalanya. Dia Yang Satu. Ingat pada Yang Maha Pencipta. Usaha dan tawakal. InsyaAllah. Have a nice day. have an enjoy revision. (:

Good luck. Jangan stress yaa. Love yaa all. (:

January 5, 2012

Majlis Penutupan SAF UiTM 2011

Assalamualaikum. Hello mello. Heh, okay hari ini tiba tiba je aku rasa malas nak belajar. Hari ini tiba tiba je aku rasa nak lepak sehari suntuk golek golek atas katil baca novel dan online tak henti. Dan hari ini aku rasa nak update blog. Hari ini aku nak cerita masa aku join SAF UiTM 2011. Alaa, memang dah berhabuk pun okay, tapi aku rasa macam teruja pulak nak cerita pasal benda tu hari ini. Hah, kau nampak tak berapa banyak hari ini yang aku dah taip? Tapi serius weh, lepas bangun subuh tadi aku tak study pun. Bukan main semangat masak air siap bancuh milo lagi nak start study. Lepas siap breakfast aku boleh baca novel pulak. Lepas tu aku tidur sampai pukul sebelas baru aku terjaga. Keh keh. Okay, tak senonoh betul perangai kan. Sehari ni aku buang masa sungguh lah kan. Haa, tengok ni mukadimah aku pun dah panjang berjela.

SAF ni singkatan untuk sukan antara fakulti. Aku join penutupan SAF je, dah lama pun masa 17 disember hari tu. Guess what? Aku masuk perbarisan okay. And i'm one of the cheerleaders. Ahah! Pakai skirt pompom bagai you. Kelasssss! Hahaha. Semangat taw aku menari sakan. Yeayy! Dan alhamdulillah, fakulti aku which is fakulti pengurusan perniagaan dapat nombor tiga. Hah? Kau ada? Hahaha. Okay, lets take a look at the pictures below. Malas taip panjang panjang dah. Bukan ada orang nak baca sangat pun. Haha.


Tadaa. Yang ni kat fakulti bisnes shah alam. Masa ni nak rehearsal takut kang dah sampai track lintang pukang carca marba pulak. Weh, aku comel gila kan? Okay, sila muntah sekarang. Hahaha

Haa. aku kat DATC ni. Kau ada? Hehehe. Posing kemain. On the way nak pergi track dah ni. Kau nampak tak yang lelaki pakai vest tu? Wahh. Diva kau! Hambekkk.

We are beesssssssssssssssssssssssssssssssssssss..........


Lihatlah dunia. Hahaha. Semangat kan aku dengan kawan kawan aku.


Haa, gambar ni aku paling suka sebab aku nampak kurus. Tapi in fact memang aku kurus pun. Wekk!

FBM!!!! Faculty of Business Management. Lelaki belakang aku tu budak account. Sibuk je enterprem. Dah lah tema sama dengan kitorang. Bee. Last last, kitorang yang menang. Haha. Padan muka korang tak menang. Ekekeke.


Lama gila kot bertapak kat UiTM Shah Alam ni. Aku gerak pergi sana 3 petang dan guess what? Kitorang balik Puncak Alam pukul 3 pagi. Okay. Itu memang sangat best lah kan. Sampai kitorang semua tergolek golek tidur baring kat padang kawad UiTM Shah Alam tu. Tak faham betul aku apa masalah dengan bus tu. Taknak ambil kitorang bawak balik UiTM Puncak Alam ke. Memang kitorang suka pun tergolek atas jalan tar tu. Hehe. But overall, i had so much fun there. Such a great moment with all of my friends. Love yaa all. (;


notapendek: entri tertunggak. aku dah taip entri ni dua hari lepas baru nak publish hari ini. Hehe