TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

January 7, 2012

Selamat untuk semua yang sedang berperang.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hai hai. semua nak tahu tak. Esok aku dah start final exam kot. Okay, aku cuak sikit. Heh. Tapi kan sebenarnya aku tak suka nak takut takut sangat dengan exam ni. Yela, sebab aku fikir kalau aku takut kang nanti bagi kesan pulak aku nak jawab. Takut sangat pun tak boleh jugak. Tak takut langsung pun tak boleh jugak. Kira kau kena pandai pandai ahh rasa apa apa yang patut. Kau nak berjaya? Semua orang nak berjaya kan tapi semua atas diri sendiri. Daripada dulu, satu je yang aku pegang kalau nak exam. Kita dah belajar, mesti kita tahu sesuatu perkara tu. Kita kena yakin dengan diri kita yang kita boleh buat semua benda. Kita boleh jawab soalan yang keluar. Tapi jangan overconfident pulak. Berpada pada lah sayang oii.


Hehe. Student+dying=studing. Walawehh, jangan lah sangka macam ni. Life as a student ni fun sebenarnya. Okay, aku takde lah nak cakap aku pandai. Pointer aku pun tak tinggi tapi aku lebih suka enjoy dengan apa yang aku belajar. Aku tak suka nak mengadap buku hafal sebijik bijik lepas tu at the end tak faham apa benda pun yang kau hafal tu. Kita belajar ni macam satu konsep. Kau baca, kau faham, dan kau boleh apply konsep tu dalam hidup kau. Hmm. Aku kengkadang respect jugak tengok budak budak yang study non stop ni. Hebat. Tak blur ke kepala tu? Aku setakat ni paling lama pun aku tahan study tak toleh benda lain 1 jam je. Tapi selalunya aku 15 minit study 1 jam aku tidur. Hehe. Dah tu cara aku , setiap orang berbeza cara belajar kan. Yang penting kau dapat  apa yang kau belajar tu. InsyaAllah, kau boleh jawab exam nanti. Bagi motivasi kat diri sendiri. fikir positif. Tu lah benda yang aku selalu buat. Alhamdulillah, aku tenang selama aku jawab exam yang sebelum sebelum ni. Lagi satu, memang lah compete tu bagus jugak tapi dalam kita nak compete orang lain kita sedar tak? Apa yang kita dapat tu boleh buat kita untung ke tak? Maksud aku, bila kita beriye iye nak high mark nak lawan kawan kita, nak kita lagi tinggi daripada semua, kita enjoy ke tak? Kita dapat sesuatu ke tak? Ke cuma dapat high mark dan bila fikir balik tak faham pun apa yang kita nak sebenarnya. Taknak lah macam tu. Kehidupan mesti kena ada. Kita kena belajar jugak aspek kehidupan, bila kita dah keluar institusi pengajian nanti. Bukan semua benda yang kita buat kat luar tu kita rujuk buku kan. Lagi lah bila dah kerja nanti, cuma satu dua buku je yang kita akan guna. Selebihnya tu ilmu. Panduan untuk kita. Hmm.

Aku tahu aku cakap ni pun untuk diri aku sendiri jugak. Tapi sama sama fikir, sama sama renungkan dan slelamat beramal. Hehehe
Okay lah. Nak revise balik ni. Refresh memory aku ni. Kawan kawan, wish me luck okay. Thank you sayang. (:
Pada semua yang sedang berfinal exam, sama sama kita doa untuk kejayaan kita. InsyaAllah, kita semua akan berjaya. Jangan pernah rasa kita gagal. Ye, betul kekadang kita rasa kita gagal daripada orang lain. Tapi sebenarnya kita dah berjaya untuk diri kita sendiri. Bila kita rasa kita rendah, tak punya apa apa, cuba fikir, ada orang lain yang lagi tak punya apa apa daripada kita. Bila kita rasa kita tinggi, hebat semuanya, cuba fikir, kita ada Maha Pencipta yang Maha Hebat daripada segalanya. Dia Yang Satu. Ingat pada Yang Maha Pencipta. Usaha dan tawakal. InsyaAllah. Have a nice day. have an enjoy revision. (:

Good luck. Jangan stress yaa. Love yaa all. (:

1 comment: