TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

January 7, 2012

Selamat untuk semua yang sedang berperang.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hai hai. semua nak tahu tak. Esok aku dah start final exam kot. Okay, aku cuak sikit. Heh. Tapi kan sebenarnya aku tak suka nak takut takut sangat dengan exam ni. Yela, sebab aku fikir kalau aku takut kang nanti bagi kesan pulak aku nak jawab. Takut sangat pun tak boleh jugak. Tak takut langsung pun tak boleh jugak. Kira kau kena pandai pandai ahh rasa apa apa yang patut. Kau nak berjaya? Semua orang nak berjaya kan tapi semua atas diri sendiri. Daripada dulu, satu je yang aku pegang kalau nak exam. Kita dah belajar, mesti kita tahu sesuatu perkara tu. Kita kena yakin dengan diri kita yang kita boleh buat semua benda. Kita boleh jawab soalan yang keluar. Tapi jangan overconfident pulak. Berpada pada lah sayang oii.


Hehe. Student+dying=studing. Walawehh, jangan lah sangka macam ni. Life as a student ni fun sebenarnya. Okay, aku takde lah nak cakap aku pandai. Pointer aku pun tak tinggi tapi aku lebih suka enjoy dengan apa yang aku belajar. Aku tak suka nak mengadap buku hafal sebijik bijik lepas tu at the end tak faham apa benda pun yang kau hafal tu. Kita belajar ni macam satu konsep. Kau baca, kau faham, dan kau boleh apply konsep tu dalam hidup kau. Hmm. Aku kengkadang respect jugak tengok budak budak yang study non stop ni. Hebat. Tak blur ke kepala tu? Aku setakat ni paling lama pun aku tahan study tak toleh benda lain 1 jam je. Tapi selalunya aku 15 minit study 1 jam aku tidur. Hehe. Dah tu cara aku , setiap orang berbeza cara belajar kan. Yang penting kau dapat  apa yang kau belajar tu. InsyaAllah, kau boleh jawab exam nanti. Bagi motivasi kat diri sendiri. fikir positif. Tu lah benda yang aku selalu buat. Alhamdulillah, aku tenang selama aku jawab exam yang sebelum sebelum ni. Lagi satu, memang lah compete tu bagus jugak tapi dalam kita nak compete orang lain kita sedar tak? Apa yang kita dapat tu boleh buat kita untung ke tak? Maksud aku, bila kita beriye iye nak high mark nak lawan kawan kita, nak kita lagi tinggi daripada semua, kita enjoy ke tak? Kita dapat sesuatu ke tak? Ke cuma dapat high mark dan bila fikir balik tak faham pun apa yang kita nak sebenarnya. Taknak lah macam tu. Kehidupan mesti kena ada. Kita kena belajar jugak aspek kehidupan, bila kita dah keluar institusi pengajian nanti. Bukan semua benda yang kita buat kat luar tu kita rujuk buku kan. Lagi lah bila dah kerja nanti, cuma satu dua buku je yang kita akan guna. Selebihnya tu ilmu. Panduan untuk kita. Hmm.

Aku tahu aku cakap ni pun untuk diri aku sendiri jugak. Tapi sama sama fikir, sama sama renungkan dan slelamat beramal. Hehehe
Okay lah. Nak revise balik ni. Refresh memory aku ni. Kawan kawan, wish me luck okay. Thank you sayang. (:
Pada semua yang sedang berfinal exam, sama sama kita doa untuk kejayaan kita. InsyaAllah, kita semua akan berjaya. Jangan pernah rasa kita gagal. Ye, betul kekadang kita rasa kita gagal daripada orang lain. Tapi sebenarnya kita dah berjaya untuk diri kita sendiri. Bila kita rasa kita rendah, tak punya apa apa, cuba fikir, ada orang lain yang lagi tak punya apa apa daripada kita. Bila kita rasa kita tinggi, hebat semuanya, cuba fikir, kita ada Maha Pencipta yang Maha Hebat daripada segalanya. Dia Yang Satu. Ingat pada Yang Maha Pencipta. Usaha dan tawakal. InsyaAllah. Have a nice day. have an enjoy revision. (:

Good luck. Jangan stress yaa. Love yaa all. (:

January 5, 2012

Majlis Penutupan SAF UiTM 2011

Assalamualaikum. Hello mello. Heh, okay hari ini tiba tiba je aku rasa malas nak belajar. Hari ini tiba tiba je aku rasa nak lepak sehari suntuk golek golek atas katil baca novel dan online tak henti. Dan hari ini aku rasa nak update blog. Hari ini aku nak cerita masa aku join SAF UiTM 2011. Alaa, memang dah berhabuk pun okay, tapi aku rasa macam teruja pulak nak cerita pasal benda tu hari ini. Hah, kau nampak tak berapa banyak hari ini yang aku dah taip? Tapi serius weh, lepas bangun subuh tadi aku tak study pun. Bukan main semangat masak air siap bancuh milo lagi nak start study. Lepas siap breakfast aku boleh baca novel pulak. Lepas tu aku tidur sampai pukul sebelas baru aku terjaga. Keh keh. Okay, tak senonoh betul perangai kan. Sehari ni aku buang masa sungguh lah kan. Haa, tengok ni mukadimah aku pun dah panjang berjela.

SAF ni singkatan untuk sukan antara fakulti. Aku join penutupan SAF je, dah lama pun masa 17 disember hari tu. Guess what? Aku masuk perbarisan okay. And i'm one of the cheerleaders. Ahah! Pakai skirt pompom bagai you. Kelasssss! Hahaha. Semangat taw aku menari sakan. Yeayy! Dan alhamdulillah, fakulti aku which is fakulti pengurusan perniagaan dapat nombor tiga. Hah? Kau ada? Hahaha. Okay, lets take a look at the pictures below. Malas taip panjang panjang dah. Bukan ada orang nak baca sangat pun. Haha.


Tadaa. Yang ni kat fakulti bisnes shah alam. Masa ni nak rehearsal takut kang dah sampai track lintang pukang carca marba pulak. Weh, aku comel gila kan? Okay, sila muntah sekarang. Hahaha

Haa. aku kat DATC ni. Kau ada? Hehehe. Posing kemain. On the way nak pergi track dah ni. Kau nampak tak yang lelaki pakai vest tu? Wahh. Diva kau! Hambekkk.

We are beesssssssssssssssssssssssssssssssssssss..........


Lihatlah dunia. Hahaha. Semangat kan aku dengan kawan kawan aku.


Haa, gambar ni aku paling suka sebab aku nampak kurus. Tapi in fact memang aku kurus pun. Wekk!

FBM!!!! Faculty of Business Management. Lelaki belakang aku tu budak account. Sibuk je enterprem. Dah lah tema sama dengan kitorang. Bee. Last last, kitorang yang menang. Haha. Padan muka korang tak menang. Ekekeke.


Lama gila kot bertapak kat UiTM Shah Alam ni. Aku gerak pergi sana 3 petang dan guess what? Kitorang balik Puncak Alam pukul 3 pagi. Okay. Itu memang sangat best lah kan. Sampai kitorang semua tergolek golek tidur baring kat padang kawad UiTM Shah Alam tu. Tak faham betul aku apa masalah dengan bus tu. Taknak ambil kitorang bawak balik UiTM Puncak Alam ke. Memang kitorang suka pun tergolek atas jalan tar tu. Hehe. But overall, i had so much fun there. Such a great moment with all of my friends. Love yaa all. (;


notapendek: entri tertunggak. aku dah taip entri ni dua hari lepas baru nak publish hari ini. Hehe