TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

March 18, 2013

rindu bertamu di halaman sendiri

Assalammualaikum.
Dear Mr Bloggie. 
Heyy yaa. Tersangat lah lama tak tulis blog weh. Dah dekat setahun rasanya. Serius rindu nak blogging. Rindu nak mengarut. Rindu nak blogwalking. Dulu semua blogger famous selalu je aku jelajah. Sekarang memang tak ingat dah. Makin besar, aktiviti makin padat. Busy je semedang. Sampai masa untuk diri sendiri pun takde. Hehh.

Alhamdulillah. Sekarang aku dah semester empat. Syukur, dapat jugak teruskan dalam bidang ni even aku takdak passion sangat dengan event management. Tapi tak kan nak kantoikan pulak kan. Saja-saja. Tak boleh macam tu. Sian mak abah aku. Penat hantar aku belajar tinggi-tinggi kan. 

Lama tak menulis, tak tau dah nak kata apa. Mental block. Haha. Takpe lah. Nanti dari semasa ke semasa i will try to make the post as interesting as i can. Hee. Ini kan dah kira online diary aku. So, memang basicly semua benda aku dok kata pasal daily life aku jela kan. Boleh baca balik bila tua nanti. In shaa Allah, kalau sempat merasa tua. 

Okay. Nak tidur. Badan tak sedap hari ni wehh. Berangin semacam. semua gara gara syok sangat mentak pucuk ubi masak lemak kat cafe tengah hari tadi. Kan dah sendiri merana, baru padan muka. Okay, baii. 

Selamat malam Mr Bloggie.

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: