TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

April 25, 2013

Akan tiba.

Bukan tak mahu,
tapi ada sebabnya.
Bukan saja tak tahu,
tapi ada jawapannya.

Dan.
Biarlah aku terus dengan jalan ini.
Jalan yang aku pilih.
Jalan yang aku selesa,
untuk terus bawa diri aku.

Bukan aku tak mahu seperti yang lain.
Bukan aku sengaja menjadi lain.
Cumanya,
aku juga perlu ruang.
Ruang yang buat aku rasa selesa,
ruang yang buat aku rasa aman.

Bukan aku tak mahu seperti yang lain.
Cumanya,
aku juga punya cerita sendiri,
cerita diri aku.
Yang tak mungkin dirasa oleh yang lain.
Yang tak mungkin dimengerti mereka yang lain.

Biar nampak hina,
asal aku tahu dimana aku berada.
Biar nampak papa,
asal aku tahu bumi mana yang aku pijak.

Aku menjadi aku,
yang mungkin sukar untuk difahami.
Yang mungkin sukar untuk ditembusi.

Dinding itu,
Suatu hari, mungkin.
Akan aku pecahi juga.
Bila tiba,
waktunya pasti.

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: