TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

April 21, 2013

Tinggi akal, tinggi kelaku.

Lama-lama aku jadi muak.
Muak dengan apa yang disebar,
Muak dengan apa yang ditunjuk.

Macam ni jela.
Apa yang aku nampak.
Apa yang aku boleh cakap.

Bila kau tak suka seseorang tu,
segala keburukan dia kau kata.
Kau bongkar.
Kau kata kau hebat, kau bagus.
Tapi kenapa nak buka aib orang?
Kan memang dah wujud.
Pepatah.
Dalam setandan pisang bukan semuanya yang busuk.

Yang busuk tu kita buang,
Mana yang boleh pakai tu kita ambil.
Buat pengat ke, buat cekodok ke, buat masak lemak ke.

Tapi.
Bila kau suka seseorang tu,
tinggi melangit kau sanjung.
Sampai tak nampak sisi lain.
Tak salah apa kau buat.
Tapi berpada-pada lah.

Ada otak, fikir.
Ada akal, guna.

Tak guna kalau belajar tinggi sampai tak cukup tangga,
tapi.
Tak boleh fikir yang mana bagus, yang mana bukan.
Konspirasi sana, konspirasi sini.
Semua ada.
Nak yang telus?
Susah. 
Tapi mana yang baik, ikut lah.

1 comment: