TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

May 25, 2013

Harapan

Sering kali kita berharap
Kita punya segalanya.
Sering kali kita berharap
Kita miliki semuanya.

Bukan mudah nak kekal dengan apa adanya,
Bukan mudah nak jaga dengan apa yang ada.

Kita manusia.
Mudah leka,
Mudah lupa.
Yang mana di kata janji,
Yang mana di kata pasti.
Yang mana di kata mesti.

Akhir.
Di lupa, di biar tiada kata.
Di tinggal, sepi tanpa kata.

Usah berjanji kalau tak mahu laksana.
Usah berjanji kalau tak reti di kota.
Usah memberi harap kalau tak pasti akhirnya.
Usah memberi harap kalau rupanya bermain sahaja.

p/s: mohon sedar, buka mata, buka jiwa. rasa apa yang benar, apa yang palsu.

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: