TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

August 21, 2013

Morning Talk

It has been awhile since my last update. Kesian blog ni. Selalu je pun kena tinggal. Masa zaman sakan blogging dulu. Pantang. Sehari tak update blog tak sah. Habis semua benda nak share. Habis semua gambar nak upload. Tapi bila dah besar ni lah pun, semua tu jadi kenangan. 

Now, it's already 3.16am. And i still can't go to sleep. Entah kenapa. Banyak sangat benda yang nak fikir. Kalah pemimpin dunia gamaknya. I do miss my old life. My childhood time, where i can just play around without fikir sekuman masalah pun. Without being stress with all stuff. Tapi sekarang, it's all different. Semua benda nak fikir. Semua benda nak kena kisah.

Aku pun makin besar, Umur nak masuk dua puluh tiga dah pun. Sekejap je masa berlalu. Macam baru semalam main kat playground Kg Istana lepas habis sekolah agama. Macam baru semalam jalan jalan dekat Tasik Y. Macam baru semalam kena pindah duduk Sungai Buloh. Macam baru semalam jadi budak sekolah menengah. Macam baru semalam dapat result SPM. Macam baru semalam dapat result sambung belajar  degree. Sekarang dah third year pun which is my final year lah kira. Super duper senior dah hoi. Nak habis belajar dah. Pejam celik pejam celik nak tiga tahun dah study kat UiTM Puncak Alam tu. 

Macam macam suka duka dah aku lalui. Dari kena bahan sampai lah aku yang membahan. Semua tu matangkan aku. Dari jumpa kawan sampai lah hilang kawan. Semua tu sedarkan aku. Hidup bukan selalu indah kan. Hidup bukan selalu nampak pelangi warna warni. Ada je hari yang gelap mendung. Ada je hari yang hujan berdentum.

Tak kisah lah semua tu. Yang penting aku belajar. Belajar dari pengalaman. Nak jadi seseorang tu bukannya mudah. Dan bukannya jugak susah. Kena paksa. Paksa untuk terima apa yang jadi. Belajar untuk redha apa yang di lalui. Insha Allah. One day, everything will go exactly like what we want. Cuma kena belajar bersabar lah. Baru nikmat kan.

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: