TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

March 30, 2013

serupa lalang terbang

serupa lalang!
kejap ke kiri.
kejap ke kanan.

liuk lentok.
gemah gemalai.
nak tarik apa?
ohh.
nak bagi kehidupan lain bersama mungkinnya.

serupa lalang!
yang disana di kata baik, maka baik lah.
yang disitu di kata buruk, maka buruk lah.
kalau.
yang disana di kata buruk, maka jadi buruk.
yang disitu di kata baik, maka jadi baik.

mudahnya.
pegangan melambai lambai.
kesana ke mari.
macam tiada halatuju.

nak cari apa?
pilihan kau.
nak cari apa?
nasib kau. 

p/s: keadaan bergantung kepada cara kau laksanakan.  #sigh

March 28, 2013

nada itu tak berlagu

nak menulis ni pun kena ada jiwa. 
bukan ikut sedap nak tulis apa.
kata apa.

tersalah kata, kau binasa.
tersalah bicara, musnah segalanya.

bukan mudah nak luah setiap apa yang di rasa.
bukan mudah nak lontar setiap apa yang bergelora.
payah.
teramat.
nanti kalau terlebih di kata over, di kata tak menjaga.

semua nak kena fikir. 
semua nak kena ada.
semuanya.

ahh.
bikin panas sahaja.
baik diam.
seribu bahasa.

p/s: malam yang sejuk tu dia duduk. fikir. renung ke hadapan.

March 18, 2013

rindu bertamu di halaman sendiri

Assalammualaikum.
Dear Mr Bloggie. 
Heyy yaa. Tersangat lah lama tak tulis blog weh. Dah dekat setahun rasanya. Serius rindu nak blogging. Rindu nak mengarut. Rindu nak blogwalking. Dulu semua blogger famous selalu je aku jelajah. Sekarang memang tak ingat dah. Makin besar, aktiviti makin padat. Busy je semedang. Sampai masa untuk diri sendiri pun takde. Hehh.

Alhamdulillah. Sekarang aku dah semester empat. Syukur, dapat jugak teruskan dalam bidang ni even aku takdak passion sangat dengan event management. Tapi tak kan nak kantoikan pulak kan. Saja-saja. Tak boleh macam tu. Sian mak abah aku. Penat hantar aku belajar tinggi-tinggi kan. 

Lama tak menulis, tak tau dah nak kata apa. Mental block. Haha. Takpe lah. Nanti dari semasa ke semasa i will try to make the post as interesting as i can. Hee. Ini kan dah kira online diary aku. So, memang basicly semua benda aku dok kata pasal daily life aku jela kan. Boleh baca balik bila tua nanti. In shaa Allah, kalau sempat merasa tua. 

Okay. Nak tidur. Badan tak sedap hari ni wehh. Berangin semacam. semua gara gara syok sangat mentak pucuk ubi masak lemak kat cafe tengah hari tadi. Kan dah sendiri merana, baru padan muka. Okay, baii. 

Selamat malam Mr Bloggie.