TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

April 25, 2013

Akan tiba.

Bukan tak mahu,
tapi ada sebabnya.
Bukan saja tak tahu,
tapi ada jawapannya.

Dan.
Biarlah aku terus dengan jalan ini.
Jalan yang aku pilih.
Jalan yang aku selesa,
untuk terus bawa diri aku.

Bukan aku tak mahu seperti yang lain.
Bukan aku sengaja menjadi lain.
Cumanya,
aku juga perlu ruang.
Ruang yang buat aku rasa selesa,
ruang yang buat aku rasa aman.

Bukan aku tak mahu seperti yang lain.
Cumanya,
aku juga punya cerita sendiri,
cerita diri aku.
Yang tak mungkin dirasa oleh yang lain.
Yang tak mungkin dimengerti mereka yang lain.

Biar nampak hina,
asal aku tahu dimana aku berada.
Biar nampak papa,
asal aku tahu bumi mana yang aku pijak.

Aku menjadi aku,
yang mungkin sukar untuk difahami.
Yang mungkin sukar untuk ditembusi.

Dinding itu,
Suatu hari, mungkin.
Akan aku pecahi juga.
Bila tiba,
waktunya pasti.

April 21, 2013

Tinggi akal, tinggi kelaku.

Lama-lama aku jadi muak.
Muak dengan apa yang disebar,
Muak dengan apa yang ditunjuk.

Macam ni jela.
Apa yang aku nampak.
Apa yang aku boleh cakap.

Bila kau tak suka seseorang tu,
segala keburukan dia kau kata.
Kau bongkar.
Kau kata kau hebat, kau bagus.
Tapi kenapa nak buka aib orang?
Kan memang dah wujud.
Pepatah.
Dalam setandan pisang bukan semuanya yang busuk.

Yang busuk tu kita buang,
Mana yang boleh pakai tu kita ambil.
Buat pengat ke, buat cekodok ke, buat masak lemak ke.

Tapi.
Bila kau suka seseorang tu,
tinggi melangit kau sanjung.
Sampai tak nampak sisi lain.
Tak salah apa kau buat.
Tapi berpada-pada lah.

Ada otak, fikir.
Ada akal, guna.

Tak guna kalau belajar tinggi sampai tak cukup tangga,
tapi.
Tak boleh fikir yang mana bagus, yang mana bukan.
Konspirasi sana, konspirasi sini.
Semua ada.
Nak yang telus?
Susah. 
Tapi mana yang baik, ikut lah.

April 20, 2013

kata serupa lava

kalau dibantah nanti,
bising.
kalau dikata nanti,
bingit.

nak cakap tu biar ada ilmu.
nak cakap tu biar tahu usul.
nak cakap tu biar tahu punca.

bukan senang nak faham suasana.
bukan senang nak faham situasinya.

yang kita tahu,
benda tu dah siap ada.
benda tu dah tersedia semua.

apa lagi yang tinggal?
mana usaha?
mana rajinnya?
mana lakunya?

sampai bila.
sampai bila nak harap semuanya.
tak perlu kerja, tak perlu usaha.
duduk rumah diam saja.

apa yang ada dibiar saja.
tak fikir apa, tak fikir dari mana.
kalau betul hebat semuanya.
tampil diri, bangkit bersama. 

p/s: manusia ni macam macam ragam. pandai pandai lah bawak diri.