TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

May 25, 2013

Konsert Amal Sentuhan Hati

Assalammualaikum.

Mohon, manusia, penduduk bumi di luar sana. Aku mohon jika ada kesempatan hulurkan tangan, ringankan beban. 
Aku dan kawan kawan yang lain sebagai pelajar jurusan pengurusan majlis di UiTM Puncak Alam bakal mengadakan konsert amal. Segala hasil kutipan tiket akan kami salurkan ke rumah kebajikan yang kami wakili. Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Kuala Selangor, Selangor.

Mari berhibur sambil beramal. :)
Event: Touch Heart Concert
Venue: DK500, UiTM Puncak Alam
Date/Time: 7 June 2013 , 8.30pm-11.00pm
Performer: Fitri Haris(ex-UNIC), PriAkustik(IM Najdi, Zufar, Fuad), Far East
Tiket Price:
  • Student: Normal seat ( RM 7), Hot seat ( RM 10)
  • Non-student: Normal seat ( RM 15), Hot seat ( RM 20)




 Dan Alhamdulillah, berita mengenai konsert amal kami ini telah tersiar di ruangan akhbar Utusan Malaysia, 24 Mei 2013. Aku amat berbesar hati sekiranya penduduk Malaysia menyedari berita ini dan bersama sama menghulurkan bantuan. 

Kami pelajar pengurusan majlis yang berada dalam semester empat atau dikenali sebagai Mix and Match Productions. Boleh contact kami melalui facebook di link ini. https://www.facebook.com/pages/Mix-and-Match-Productions/175144185947683?fref=ts

Terima kasih.


Harapan

Sering kali kita berharap
Kita punya segalanya.
Sering kali kita berharap
Kita miliki semuanya.

Bukan mudah nak kekal dengan apa adanya,
Bukan mudah nak jaga dengan apa yang ada.

Kita manusia.
Mudah leka,
Mudah lupa.
Yang mana di kata janji,
Yang mana di kata pasti.
Yang mana di kata mesti.

Akhir.
Di lupa, di biar tiada kata.
Di tinggal, sepi tanpa kata.

Usah berjanji kalau tak mahu laksana.
Usah berjanji kalau tak reti di kota.
Usah memberi harap kalau tak pasti akhirnya.
Usah memberi harap kalau rupanya bermain sahaja.

p/s: mohon sedar, buka mata, buka jiwa. rasa apa yang benar, apa yang palsu.