TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

June 2, 2013

Biar satu dunia tahu

Dunia sekarang,
Semua yang ada hendak di cerita.
Semua yang jadi hendak di perkata.
Semua yang berlaku heboh di kata.

Dari tak tahu apa apa,
satu dunia dah boleh baca.
Dari tak tahu apa apa,
satu dunia dah tahu kenapa.

Manusia.
Biasalah.
Leka dengan teknologi yang ada.
Leka dengan laman sosial yang kaya.
Leka dengan kemudahan tercipta.

Salah sikit mengata di situ.
Salah sikit mengata di sana.
Jadi hal sikit menulis di ruang yang ada.
Jadi hal sikit menaip di tempat yang suka.

p/s: beringat ingat. yang menulis ni pun mungkin 2x5 sahaja.