TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

September 21, 2013

kata kata cantik. janji kini tinggal sepi.

dulu masa berjanji
macam macam yang di kata
macam macam yang di sua.

kata itu, kata ini.
mulut manis seindah bicara,
ayat indah secantik suasana.

tapi,
makin hari, makin lama
semua tinggal kenangan lama.
janji di lafaz tinggal sahaja
janji di buat entah ke mana.

yang tinggal kini,
hati derita sunyi sepi
yang tinggal kini,
kenangan lama bicara di janji.

mungkin nanti suatu hari,
engkau sedar kata kata sendiri.
engkau sedar hati yang disakiti.

p/s: bukan mudah nak jaga hati, bukan mudah nak kotakan janji. berfikir sebelum kata. itu yang pasti.