TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

January 16, 2014

Insomnia ke?

Sekarang selalu sangat susah nak tido. Entah, dah kena insomnia ke apa? Lagi lagi lah masa cuti semester, mentang mentang dah takde kelas, semedang je tidur lambat. Kadang kadang dah menjejak pukul empat pagi baru mata boleh lelap. 

Dah cari kerja pun, tapi sampai sekarang takde feedback. Entah lah, orang tu taknak amek aku kerja ke? Even sebulan lebih pun kira okay apa kalau depa hire aku kan. At least ada jugak lah pekerja yang dapat membantu business depa. Tapi takpa lah, mungkin bukan rezeki aku kot nak kerja watu cuti semester ni. 

Dan dalam minggu minggu pertama cuti semester kali ni, aku rasa macam tiap tiap hari date dengan cik gelprengg aku tu aka bestfriend forever aku tu. Ehehe. Ahad dah dating sama sama, selasa dia datang kedai mak aku pulak. Siang tadi pulak berdua jugak dengan dia jadi visitor sekolah. Hahaha. Sekarang kalau nak pergi mana mana mesti aku nak ajak shikin tu. Sebab dia je yang available. Yang lagi empat orang bestfriends aku tu busy doplohpat jam kalah menteri. Hehe. So, dah lah nampak gaya aku dengan shikin macam lovely couple forever. Okayy lah at least aku berkepit dengan perempuan dari dok berkeit dengan lelaki bukan muhrim, ye dakk?

Siang tadi saja lah melawat sekolah. Rindu gila dekat sekolah aku tu. Lama kot aku belajar situ. Dari form 1 sampai form 6. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading. Yang dah ajar aku jadi orang sampai lah sekarang ni. Macam macam pengalaman dah aku lalui kat sekolah tu. Terima kaseh sekolah. Aku sayang kau.

Cikgu cikgu pulak semua tak menahan, boleh pulak tanya, kitorang datang sekolah sebab nak hantar kad kahwin ke? Cehh. Memang tak lah aku nak kahwin lagi kan. Aku ni belajar pun  tak habis lagi, dah nak kahwin. Hahahaha. Cari kerja, cari duit dulu. Soal jodoh tu semua inshaAllah, dah sampai masanya nanti. Ada lah tu. (:



Shikin. Thanks for being by my closest friend. No matter what happens. You, always there for me. Yo always support me. You always be my best listener. Thanks for everything.
Thank you. (':

1 comment: