TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

January 12, 2014

Tulis je apa yang kau nak

Sebenarnya macam banyak benda gila yang bersarang dalam kepala otak aku ni. Tapi satu pun macam aku tak dapat nak cerna. Kebangangan apakah entah, benda yang otak sendiri fikir tapi aku tak dapat nak faham. Mungkin sebab aku tak fully utilize otak aku, semua terlintas tapi aku tak fikir in details. Sebab tu aku tak faham. Kan?

Dulu, aku selalu bercita cita nak ada sebuah diari sebab aku rasa macam seronok kalau hari hari before tidur tulis segala benda kat dalam diari tu. Then, simpan bawah bantal. Cliche. Aku nak maca tu sebab pengaruh dalam tv. Aku tengok, dekat cerita cerita selalu macam tu, jadi as an innocent kid masa tu lah. Semua benda aku nak tiru. Tapi sampai sekarang memang aku takde diari pun, sebab macam buang masa. Malas ah nak tulis tulis ni. Macam haper je. Lepas tu nanti buku tu buat semak je kat rumah aku ni. Dah lah buku buku yang sedia ada pun dah menimbun. Nak tambah lagi stok diari entah haper haper tu. Memang free je kena sembur dengan mak aku nanti. 

Lepas tu, sampai lah kawan aku kenalkan blog dekat aku. Sampai aku rasa sehari tak update macam tak sah. Aku dah buat blog jadi diari online aku. Apa yang aku terlintas aku taip jela. Aku tak hadap pun nak beribu followers macam sesetengah tu, aku cuma nak express apa yang aku rasa, aku alami dengan penulisan. Sebab aku rasa dekat dengan bidang penulisan.

Masa zaman sekolah dulu, aku selalu karang puisi kot. Ke sajak, ke syair? Mana mana lah. Tapi ala ala ayat ayat puitis lah. Sastera. Bila lepak sorang sorang aku mesti kena ada kertas. Aku tulis.
Tapi aku tak compile pun. Aku cuma tulis based on reality. Realiti kehidupan. Apa yang aku nampak hari hari hidup atas muka bumi ni. Lepas tu nanti aku letak entah mana mana kertas tu, jadi sampah. Hilang semua karya aku. 

Tapi takpa, aku tak berhajat pun nak bukukan atau apa. Cuma menulis sebab suka suka. Cuma mengarang sebab itu salah satu cara aku nak lepaskan tekanan aku. Sebab aku jenis yang payah nak share cerita. Aku create wall. Tembok tinggi jangan sampai orang tahu cerita aku. Bukan nak kata aku ni too close, tapi entah. Tak selesa nak bercerita hal lebih lebih dengan orang. Mungkin aku yang takde full trust dekat orang lain. Rasa semua orang tak boleh percaya walau orang tu rapat dengan aku. Aku pilih pendam. Simpan. Buat jeruk, sendiri rasa.

Tak lama. habis zaman sekolah. Aku macam makin sibuk. Sibuk dengan life degree. Aku terus tinggalkan dunia penulisan. Dah takde lagi aku tulis ayat ayat kehidupan. Sampai aku rasa aku main hilang rentak. Bakat tak asah, mana nak jadi kan. Sampai satu ketika aku rasa langsung tak boleh fikir nak buat ayat sedap. Semua macam bodoh. Macam sampah. Ayat takda kualiti. 
kalau suruh aku buat sajak ke, puisi balik. Sumpah aku dah tak tahu nak buat ayat macam mana bagi sedap. Bagi ada jiwa. Ada rasa setiap baris. 

Entah. Biarlah. Semua sekarang sudah berubah.

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: