TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

March 31, 2014

Fashion: Trend dan Lifestyle

Zaman sekarang ni I tengok kemain banyak fashion yang entah apa-apa. Okay, true. Ada fashion yang boleh diikut dan ada fashion yang tak boleh diikut. Bagi I tak salah nak ikut fashion, nak ikut peredaran zaman tapi berpada-pada lah. Kena ikut jugak dengan kesesuaian agama dan tempat. As a musleem, kita janganlah pakai pakaian yang menonjol sana sini. Tak proper lah. Especially for women, please sayang jangan lah pakai seksi sangat. I tahu, I pun bukan baik mana. Tapi at least I try to cover my aurah as well as I can. And I tau even I sendiri pun belum dapat cover betul -betul tapi mencuba tu tak salah kan? Memang lah at the first place kita akan rasa lain, rasa panas lah apa lah. Tapi lama-lama kita akan biasa dan rasa sangat secure dan beauty itu sendiri akan ada. InshaAllah. 

I tahu, ramai yang beranggapan bila berpakaian quite fit ikut body tu nampak cantik. Ye, cantik. Tapi kenapa perlu kita tunjuk kecantikkan tu dekat mata-mata lelaki yang kita tak tahu niat dia tu? Why? Kalau susah pun nak cover, at least for the musleem, jangan lah pakai short/hot pants please. Kadang-kadang bila I keluar dengan parents or friends I, I rasa malu bila nampak most of teens nowadays tanpa segan silu pakai sleeveless and short pant. Sampai kadang-kadang I rasa macam, "Eh, I duduk dekat Malaysia ke kat negara omputih ni?" 

Kalau lelaki tu, I tak kisah lah. Sebab dorang pun nak pakai apa je. Balik-balik seluar, t-shirt, kemeja. Pusing-pusing pun tu je style dorang kan. Ni, yang perempuan ni. Macam-macam trend, fashion lahai. Nak pulak sekarang ni famous dengan corak askar tu. I tengok kalau boleh semua nak pakai corak askar? Haihh. Kesian. Teringin nak jadi askar tapi tak dapat ye? Meh pinjam Full U i nak tak? Hee.
Teringat hari tu I ikut Mak Tam I tengok anak dia dekat kem PLKN. And guess what, I  macam pelik sebab most parents yang datang visit anak-anak depa semua style tak ingat. Pakai macam nak pergi annual dinner pun ada. Masa tu buat I rasa macam nak gelak je. Tapi, tak baik gelakkan orang. so, I simpan jela dalam hati. And, there's one family yang I taktau lah kenapa maybe baru beli kot baju-baju tu. Boleh semua pakai seluar askar tu. Dari mak ke anak-anak. Serious lawak tahu. I dengan cousin I masa tu asyik tersengih-sengih je masa pandang dorang. Over tau nak visit anak kat PLKN pun kena pakai macam tu. Hee.

Haa. Dan sekarang trend orang pakai seluar colour yang terang-terang tu kan? Colour hijau, merah, biru, kuning. Ni lagi satu, bukan tak boleh pakai tapi kadang-kadang tu striking sangat. Bukan ke tak elok pakai something yang boleh attract orang untuk pandang kita? I pun tak pandai sangat tapi bagi I tak perlu kot nak pakai outfit yang striking macam tu. Lagi pulak dekat negara Malaysia yang terkenal dengan kepanasan ni. Kalau duduk dekat four season country tu, I rasa okay sikit lah kot. Lagipun buat apa nak ikut style negara luar kan? Tapi terpulang lah dekat diri masing-masing. I just throw out my opinion je. Tak semua orang punya fikiran yang sama kan. 

Bagi I, mana yang baik kita ikut. Kita contohi. Tapi mana yang rasa macam ridiculous tu, tinggal-tinggalkan lah. Kita tak tahu mungkin benda tu boleh bawak keburukan dekat diri kita. So, before nak keluar rumah atau pergi mana-mana. Cek dulu diri kita, betul ke apa yang kita pakai ni.  Proper ke tak bagi sesiapa yang Islam tu. Okayy? Tak salah nak berhias tapi biar ada batasannya. 

Love. (:

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: