TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

March 28, 2014

Kuiz Personaliti Online

Disebabkan I tersangat bosan dekat office ni sebab takde buat apa-apa, habis semua kuiz personaliti online yang wujud kat internet ni I nak jawab. Hehe.
Tapi one yang paling I rasa macam best nak jawab from site Quiz Visualdna. Haa. Maybe you all boleh try kot kalau bosan-bosan macam I kan. Takde benda nak buat. Habiskan masa jawab quiz personaliti online tu. At least boleh lah jugak korang kenal your own true colours. Haaa. Gitu.

Aaa. Btw, ni I nak share the result. Ehem-ehem. Tak menahan tau, I ni kategori ENERGIZER rupanya. Aww! Aww! Terkedu sat. Haha.

Here are the result:

Anda Pentenaga (Energizer)

Anda peramah dan suka bercakap serta berinteraksi dengan orang ramai. Kemesraan anda boleh merebak, lalu menjadikan anda seseorang yang seronok untuk didampingi.
Anda seorang yang serba boleh dan bersikap positif terhadap kehidupan. Keghairahan dan semangat anda bermakna anda sukakan pengalaman dan idea-idea baharu. Kepelbagaian pastinya memberi kelainan dalam kehidupan anda.
Buat masa ini, anda berasa agak keliru dan kehidupan boleh berubah dalam kedua-dua arah. Namun begitu ketidakpastian ini boleh menjadi cara positif untuk anda melihat apa yang anda betul-betul suka lakukan dan membuat perubahan tersebut...atau anda mungkin dapati yang anda bahagia dengan keadaan anda sekarang!
Kadang kala anda bekerja secara berterusan tanpa henti, jadi adalah penting anda mendengar suara hati anda yang berbisik secara perlahan dengan kata-kata seperti 'berehat' atau 'cuba sesuatu yang baru.' Luaskan horizon anda supaya anda terus berkembang, tetapi pastikan juga anda memperuntukkan beberapa ruang dalam jadual anda yang padat untuk mengecas semula bateri anda. Dalam saat-saat yang tenanglah kita benar-benar dapat mengenali diri kita. Pastikan rentak kehidupan anda tidak menghalang anda daripada merenung kembali kehidupan anda secara jujur.
Jangan nafikan diri anda perkara yang anda tahu boleh memberi perubahan kepada perasaan anda. Pastikan anda mengatur masa untuk berseronok secara tetap, ia merupakan sumber kekuatan yang hebat dan benar-benar mampu merangsang semangat anda.
Apabila anda berehat seketika, apa yang anda ingin lakukan hanyalah setakat mengangkat jari untuk menghidupkan TV, atau mengambil beberapa bertih jagung. Duduk melepak di sofa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan badan anda sambil menghiburkan minda anda.
Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

Haa. Ni lah result yang I dapat masa buat kuiz personaliti tadi. Okayy, adalah yang macam sifat diri I. Tapi terpulang lah pada sesiapa yang rasa nak buat kuiz ni nak percaya atau tak dengan result dia.
Okayy. Till we meet again.

:)

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: