TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

March 28, 2014

Relationship. Yay or Nay?

When we talk about relationship, I'm sure mesti ramai yang macam ahhhh, seronoknya. Nak ada relationship jugak dengan someone somebody. Hehh. Yaaa, me too. Tipu lah kalau I cakap I taknak ada relationship kan. Tapi bila I fikir balik, relationship yang macam mana yang kita semua ni perlu. Kita semua ni nak. Kita semua ni patut ada. Hmm. *tariknafasdalamdalam*

Bila umur I makin meningkat ni, okay bukan bermakna I dah tua eh. Tapi dewasa is more sesuai lah kot. Hee. Okay, back to the topic. Bila dah dewasa, I rasa relationship tu macam just a waste. Bukan saja saja I nak kata waste ke apa. Tapi bila I dah semakin dewasa dan dapat berfikir dengan lebih baik. I rasa memang betul kenapa dalam Islam itu sendiri halang relationship ni. Aaa. I mean relationship yang couple couple tu. Girlfriend. Boyfriend. Okay, I tahu mesti akan ada yang macam tak setuju or rasa macam ni.

 "Eh, kalau kita couple dengan orang tu pun, tapi kita tahu jaga batasan. Okay je kan. Bukan kita buat benda tak senonoh pun"

Ye, I tahu most of teens nowadays ramai yang cakap macam ni. Sebab apa? Sebab pemikiran kita dah disogok dengan dunia barat yang relationship tu perlu. Having a girlfriend/boyfriend is a MUST! Ahahh. I admit dulu masa zaman muda muda I pun selalu fikir macam tu. Eh, kawan I tu ada boyfriend, I pun kena jugak ada boyfriend. Mana boleh takde boyfriend. Tak best lah hidup. Ya Allah. Maafkan hamba mu yang jahil ini. :')
Tapi, you all semua yakin ke yang you all memang dapat jaga batasan pergaulan tu semua bila you keluar berdua je dengan boyfriend/girlfriend you? You sure 100%? Okayy, katakan lah memang you jaga, takde holding hands pun. Tapi kan ke memang tak elok berdua duaan dengan lelaki bukan muhrim ni. Kita tak tahu in future macam mana. Hati kita ni. Dalam sekelip mata dia boleh jadi terbalik. Pandangan mata pun boleh membawa ke arah dosa, hati pun sama. Jadi, untuk prevent benda tu semua jadi. Untuk selamatkan diri kita dari tambah dosa yang memang sedia dah berbakul-bakul tu, why not kita cuba untuk tak tambah lagi? Dan apa kata kita simpan rasa sayang, cinta kita tu untuk insan yang sah halal untuk kita. Baru lah sweet. Hee.

Susah. Ye, memang susah. I sendiri pun susah masa mula-mula dulu. Bila I ambil keputusan untuk single. I don't want any boyfriend anymore. I nak change myself for good. It was so hard. Lagi-lagi bila I teringat kisah lama dengan ex boyfriend I. Lepas tu, I akan rasa berdosanya aku. Sebab tu I nekad yang I try to jaga myself from having any boyfriend. Syukur, alhamdulillah. Dah nak setahun jugak I single. And I still can survive. I rasa lagi bahagia je. Sebab I lebih banyak spend time dengan family and friends (girl only).  :)

Lagi satu, benda yang terpaling penting. Bila takde relationship, itu akan buat kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Kalau sebelum ni, kita asyik fikir pasal boyfriend/girlfriend kita. Rasa rindu pada yang bukan muhrim je. Tapi sekarang I rasa ada baiknya rindu pada Yang Maha Mengasihi. Macam-macam manfaat yang kita dapat. Daripada kita menangis sebab boyfriend/girlfriend yang belum tentu jadi yang halal untuk kita, baik kita menangis kepada Yang Maha Pengampun. Mohon diampunkan dosa-dosa kita kan?

Tak berbaloi lah hidup kalau asyik nak fikir pasal boyfriend/girlfriend je. Benda tu tak perlu pun. When the time is come, InshaAllah. Akan sampai jodoh yang terbaik untuk kita. Pernah someone cakap dekat I, kalau kita tak usaha macam mana nak dapat kan? Okayy, memang lah. Tapi usaha untuk ada jodoh dengan someone atau tidak bukan bermakna kena couple, you as my boyfriend. I as your girlfriend kan? Bukan macam tu. Tak couple, tak ada boyfriend/girlfriend bukan bermakna kita takkan kahwin. Lawak je I rasa bila ada orang yang fikir macam tu. Kesian tau. Hikss.  Tapi tak baik fikir macam tu. Tak baik biar hati kita rasa nak kutuk or mengata orang tu kan. Hee. 

I bukan lah pandai sangat, tapi boleh lah nak share experience I yang sikit ni pasal relationship. Lagi-lagi untuk adik-adik. Adik, akak nak bagi nasihat sikit, tolong jaga diri boleh? Tolong mahalkan harga diri kita sebagai seorang perempuan. Dalam Islam, nilai seorang perempuan ni tinggi, sampai tak boleh nak ukur nilainya. Jadi, jangan lah senang-senang bagi hati kita dengan lelaki yang bukan pasti jadi suami kita. Jangan risau kalau takde boyfriend. Kita cuba untuk ubah diri kita dulu. InshaAllah, masa tu akan tiba. 

Jom. Sama-sama jadi muslimah sejati. Muslimah yang disayangi Allah. InshaAllah. :)

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: