TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

April 22, 2014

Cepatlah Masa Berlalu

Memang I memendam rasa tahan perasaan jela nak habiskan internship kat sini. Kalau ikut hati muda I, I nak lari je tinggalkan tempat ni. Tapi I fikir balik, eh I ni student, tengah internship. Gila ke apa nak blaa macam tu je. So, nak taknak I kena sabar jugak sampai 22 Jun 2014 ni.

Pagi tadi, masa sampai office kemain berbunga riang I rasa bila tengok punch card,"Eh, dah 22 April lah, yeayy. Bulan april nak habis dah". Hewheww. So, I guest you all semua boleh tau betapa terseksanya jiwa I dekat sini. Entah lah, I taktau lah kalau orang lain seronok dengan tempat internship dia kan. Tapi I rasa apa-apa pun ikut tempat yang dia pilih lah kan. Macam I, dah I terpilih dengan tak sengaja kat tempat ni, so I pasrah, redha jela kan. Bukan boleh patah balik. Serius lah, masa I cari-cari event company kat kawasan tempat tinggal ni, at the first place I memang rasa kagum lah dengan company I buat intern ni. Sebab nampak macam gah, dengan signboard yang sebesar alam, rasa macam woww besarnya company ni. Mesti hebat. Plus, ada poster pasal company ni nak student internship kat tempat dia. Siap tampal poster/notice tu kat office faculty I lagi tau. And, yes! I dah terpedaya dengan kata-kata manis poster tu. Padan muka I. Haha.

Pagi tadi, lebih sepuluh kilang jugak lah yang I pergi, hantar surat sponsor tu semua. Rasa macam kelakar je bila masuk office kilang-kilang tu and the person there, senyum-senyum sinis tengok surat tu. Hahaha. I tak rasa apa pun, sebab bukan nama company I ada kat situ. OMG! Jahat pulak I ni kan. Tapi yela, most of kilang-kilang yang I pergi tu pun macam ye tak ye je. Kalau dapat sponsor, alhamdulillah. Kalau tak dapat, padan muka dia. Ehehe. Okayy, lagi sekali tergelak jahat. Tak baiknya lah diri ini. Sabar jela.

Tapi yela, surat tu pun macam tak berapa semenggah je kan. Mana lah depa tak senyum sinis je. Seriously, I sendiri pun rasa malu nak bagi surat tu. Tapi I kan pasrah, I hantar jela. Yang penting I dah buat kerja I, and I dah dapat cop-cop kilang yang I kena pergi tu. Seronok lah jugak pergi hantar-hantar surat ni, masuk office sana sini, jumpa orang. Tapi rasa kelakar je, bila orang tanya pasal I, and I'd to say that I'm onle the practical student there. So, the boss yang suruh I hantar all the surat sponsor. Hahaha.

Takpe lah inche bos, kalau dapat sponsor, dapat lah ye. Kalau tak dapat tu, I tak rasa tu salah I, sebab you sendiri pun tak cari sponsor boleh pulak suruh practical student sorang-sorang pi hantar surat tu. Lawak okay, lawak. Tapi, at least I ada lah experience tu. So, boleh lah I cerita kat lecturer I nanti, I kena pergi kilang-kilang kat Taman Perindustrian Alam Jaya, hantar surat sponsor and give short brief about the event. Muahaha. Nampak lah sikit effort kerja I tu kan.

Okay, till we meet again. Bye. 


Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: