TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

April 21, 2014

Penganiayaan

Rasa macam dah lama I tak membebel dekat blog I ni kan. Nak kata busy sangat dengan dunia internship takdelah sangat. Tapi more tu malas nak update. Haa, gitu. Lagipun kalau I update macam lah ada orang sangat nak baca cerita I kan. Tapi takpa, back to my intention nak ada blog pun sebab I rasa kat sini je yang I nak luah nak cerita apa yang jadi dekat diri I. Sebab I tak suka nak cerita kat orang, I tak reti. I akan rasa lebih lega kalau I luah through penulisan. Haaa. Poyo-poyo sangat pulak I ni kan.

Okay, I kira-kira dah sebulan lebih jugak lah I do my internship dekat company ni. And dalam masa sebulan lebih ni jugak I dah dapat tahu macam-macam about the company. Yaa, I know it is not good to tell to others. Okay, I simpan. Cumanya, satu yang I rasa tak puas hati sangat sebab I baru dapat tau yang the boss memang nak gunakan I. Ye, I tahu I ni student practical and I need to follow all of his order. Tapi, agak-agak lah. I dah lah datang for free kat sini. And you guna, kerah I macam I ni kuli you? Heyy, what the fish sangat lah kan. I rasa macam nak nangis, nak marah, sakit hati, geram, sakit jiwa semua lah. Dah lah I sorang je student practical kat sini. Fikir lah sikit. I tak kisah dia nak bagi I kerja, tapi please be reasonable. 

Company kononnya nak buat some sort of big event sangat lah kan, tapi the real intention sebab nak dapat nama. Macam lah I taktau. Lepas tu the upper management tak reti appreciate orang-orang yang buat kerja. Setakat jumpa pak menteri mintak sokongan je, orang lain pun boleh. Tapi kerja-kerja yang details macam approach for sponsorship taknak buat. He leave it to me, memang tak lah nak dapat sponsor bila orang dapat tau I just the practical student of the company je. Then, suruh I pergi sorang pulak tu. I rasa macam, "Eh, dia ni dah kenapa. Suruh I, perempuan pergi kilang-kilang kat kawasan perindustrian tu sorang-sorang." Kalau apa-apa jadi kat I, dia nak bertanggungjawab ke?

Then, I baru dapat tau, yang ada sorang staff ni bagitau I, yang the boss memang nak gunakan I, kalau ada kerja apa-apa bagi je I buat. Suruh je I buat. Hello, ingat I practical kat sini nak jadi buruh paksaan ke? Hailaa. I bersabar jela. Sekarang ni I cuma fikir nak habiskan practical training ni je. Okay, tinggal lagi 52 hari je. I kena think positive. I always remind myself yang apa-apa yang jadi, there's must be a concrete reason. So, I sabar. Takkan I nak lari pulak kan. Tak pasal-pasal I failed my internship pulekk kan.

Dan yang paling tak boleh blaa sekali bila the boss macam paksa-paksa pulak. Sendiri taknak buat, tapi paksa-paksa orang. Kesian dengan staff kat sini. Memang lah staff berapa ketul je. Tapi macam kesian kot. Patut lah staff kat sini semua tak tahan lama. Paling lama pun dua bulan lepas tu berhenti. Tu lah, abah I selalu pesan, kalau kita buat orang ni tak lama. Mesti lambat laun akan dapat balasan jugak. 
Yang paling I nampak, bila dia macam suka memperlekeh kan orang. It's not good. Ye, memang lah you got higher level of education, tapi tak elok kot kalau you kutuk orang. You sindir orang. Tak semestinya orang yang tak belajar tinggi tu takde otak yang bagus. Tak semestinya orang yang tak belajar tinggi tu tak boleh berjaya. Kalau macam ni lah gayanya, macam mana business nak maju? Macam mana business nak tahan lama? Haihh.

p/s: rasa-rasa ada potensi tak bos I baca blog I ni? Matilahh. Hahaha.

Post a Comment

0 orang sedang sengih comel: