TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

March 31, 2014

Fashion: Trend dan Lifestyle

Zaman sekarang ni I tengok kemain banyak fashion yang entah apa-apa. Okay, true. Ada fashion yang boleh diikut dan ada fashion yang tak boleh diikut. Bagi I tak salah nak ikut fashion, nak ikut peredaran zaman tapi berpada-pada lah. Kena ikut jugak dengan kesesuaian agama dan tempat. As a musleem, kita janganlah pakai pakaian yang menonjol sana sini. Tak proper lah. Especially for women, please sayang jangan lah pakai seksi sangat. I tahu, I pun bukan baik mana. Tapi at least I try to cover my aurah as well as I can. And I tau even I sendiri pun belum dapat cover betul -betul tapi mencuba tu tak salah kan? Memang lah at the first place kita akan rasa lain, rasa panas lah apa lah. Tapi lama-lama kita akan biasa dan rasa sangat secure dan beauty itu sendiri akan ada. InshaAllah. 

I tahu, ramai yang beranggapan bila berpakaian quite fit ikut body tu nampak cantik. Ye, cantik. Tapi kenapa perlu kita tunjuk kecantikkan tu dekat mata-mata lelaki yang kita tak tahu niat dia tu? Why? Kalau susah pun nak cover, at least for the musleem, jangan lah pakai short/hot pants please. Kadang-kadang bila I keluar dengan parents or friends I, I rasa malu bila nampak most of teens nowadays tanpa segan silu pakai sleeveless and short pant. Sampai kadang-kadang I rasa macam, "Eh, I duduk dekat Malaysia ke kat negara omputih ni?" 

Kalau lelaki tu, I tak kisah lah. Sebab dorang pun nak pakai apa je. Balik-balik seluar, t-shirt, kemeja. Pusing-pusing pun tu je style dorang kan. Ni, yang perempuan ni. Macam-macam trend, fashion lahai. Nak pulak sekarang ni famous dengan corak askar tu. I tengok kalau boleh semua nak pakai corak askar? Haihh. Kesian. Teringin nak jadi askar tapi tak dapat ye? Meh pinjam Full U i nak tak? Hee.
Teringat hari tu I ikut Mak Tam I tengok anak dia dekat kem PLKN. And guess what, I  macam pelik sebab most parents yang datang visit anak-anak depa semua style tak ingat. Pakai macam nak pergi annual dinner pun ada. Masa tu buat I rasa macam nak gelak je. Tapi, tak baik gelakkan orang. so, I simpan jela dalam hati. And, there's one family yang I taktau lah kenapa maybe baru beli kot baju-baju tu. Boleh semua pakai seluar askar tu. Dari mak ke anak-anak. Serious lawak tahu. I dengan cousin I masa tu asyik tersengih-sengih je masa pandang dorang. Over tau nak visit anak kat PLKN pun kena pakai macam tu. Hee.

Haa. Dan sekarang trend orang pakai seluar colour yang terang-terang tu kan? Colour hijau, merah, biru, kuning. Ni lagi satu, bukan tak boleh pakai tapi kadang-kadang tu striking sangat. Bukan ke tak elok pakai something yang boleh attract orang untuk pandang kita? I pun tak pandai sangat tapi bagi I tak perlu kot nak pakai outfit yang striking macam tu. Lagi pulak dekat negara Malaysia yang terkenal dengan kepanasan ni. Kalau duduk dekat four season country tu, I rasa okay sikit lah kot. Lagipun buat apa nak ikut style negara luar kan? Tapi terpulang lah dekat diri masing-masing. I just throw out my opinion je. Tak semua orang punya fikiran yang sama kan. 

Bagi I, mana yang baik kita ikut. Kita contohi. Tapi mana yang rasa macam ridiculous tu, tinggal-tinggalkan lah. Kita tak tahu mungkin benda tu boleh bawak keburukan dekat diri kita. So, before nak keluar rumah atau pergi mana-mana. Cek dulu diri kita, betul ke apa yang kita pakai ni.  Proper ke tak bagi sesiapa yang Islam tu. Okayy? Tak salah nak berhias tapi biar ada batasannya. 

Love. (:

March 28, 2014

Kuiz Personaliti Online

Disebabkan I tersangat bosan dekat office ni sebab takde buat apa-apa, habis semua kuiz personaliti online yang wujud kat internet ni I nak jawab. Hehe.
Tapi one yang paling I rasa macam best nak jawab from site Quiz Visualdna. Haa. Maybe you all boleh try kot kalau bosan-bosan macam I kan. Takde benda nak buat. Habiskan masa jawab quiz personaliti online tu. At least boleh lah jugak korang kenal your own true colours. Haaa. Gitu.

Aaa. Btw, ni I nak share the result. Ehem-ehem. Tak menahan tau, I ni kategori ENERGIZER rupanya. Aww! Aww! Terkedu sat. Haha.

Here are the result:

Anda Pentenaga (Energizer)

Anda peramah dan suka bercakap serta berinteraksi dengan orang ramai. Kemesraan anda boleh merebak, lalu menjadikan anda seseorang yang seronok untuk didampingi.
Anda seorang yang serba boleh dan bersikap positif terhadap kehidupan. Keghairahan dan semangat anda bermakna anda sukakan pengalaman dan idea-idea baharu. Kepelbagaian pastinya memberi kelainan dalam kehidupan anda.
Buat masa ini, anda berasa agak keliru dan kehidupan boleh berubah dalam kedua-dua arah. Namun begitu ketidakpastian ini boleh menjadi cara positif untuk anda melihat apa yang anda betul-betul suka lakukan dan membuat perubahan tersebut...atau anda mungkin dapati yang anda bahagia dengan keadaan anda sekarang!
Kadang kala anda bekerja secara berterusan tanpa henti, jadi adalah penting anda mendengar suara hati anda yang berbisik secara perlahan dengan kata-kata seperti 'berehat' atau 'cuba sesuatu yang baru.' Luaskan horizon anda supaya anda terus berkembang, tetapi pastikan juga anda memperuntukkan beberapa ruang dalam jadual anda yang padat untuk mengecas semula bateri anda. Dalam saat-saat yang tenanglah kita benar-benar dapat mengenali diri kita. Pastikan rentak kehidupan anda tidak menghalang anda daripada merenung kembali kehidupan anda secara jujur.
Jangan nafikan diri anda perkara yang anda tahu boleh memberi perubahan kepada perasaan anda. Pastikan anda mengatur masa untuk berseronok secara tetap, ia merupakan sumber kekuatan yang hebat dan benar-benar mampu merangsang semangat anda.
Apabila anda berehat seketika, apa yang anda ingin lakukan hanyalah setakat mengangkat jari untuk menghidupkan TV, atau mengambil beberapa bertih jagung. Duduk melepak di sofa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan badan anda sambil menghiburkan minda anda.
Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

Haa. Ni lah result yang I dapat masa buat kuiz personaliti tadi. Okayy, adalah yang macam sifat diri I. Tapi terpulang lah pada sesiapa yang rasa nak buat kuiz ni nak percaya atau tak dengan result dia.
Okayy. Till we meet again.

:)

Relationship. Yay or Nay?

When we talk about relationship, I'm sure mesti ramai yang macam ahhhh, seronoknya. Nak ada relationship jugak dengan someone somebody. Hehh. Yaaa, me too. Tipu lah kalau I cakap I taknak ada relationship kan. Tapi bila I fikir balik, relationship yang macam mana yang kita semua ni perlu. Kita semua ni nak. Kita semua ni patut ada. Hmm. *tariknafasdalamdalam*

Bila umur I makin meningkat ni, okay bukan bermakna I dah tua eh. Tapi dewasa is more sesuai lah kot. Hee. Okay, back to the topic. Bila dah dewasa, I rasa relationship tu macam just a waste. Bukan saja saja I nak kata waste ke apa. Tapi bila I dah semakin dewasa dan dapat berfikir dengan lebih baik. I rasa memang betul kenapa dalam Islam itu sendiri halang relationship ni. Aaa. I mean relationship yang couple couple tu. Girlfriend. Boyfriend. Okay, I tahu mesti akan ada yang macam tak setuju or rasa macam ni.

 "Eh, kalau kita couple dengan orang tu pun, tapi kita tahu jaga batasan. Okay je kan. Bukan kita buat benda tak senonoh pun"

Ye, I tahu most of teens nowadays ramai yang cakap macam ni. Sebab apa? Sebab pemikiran kita dah disogok dengan dunia barat yang relationship tu perlu. Having a girlfriend/boyfriend is a MUST! Ahahh. I admit dulu masa zaman muda muda I pun selalu fikir macam tu. Eh, kawan I tu ada boyfriend, I pun kena jugak ada boyfriend. Mana boleh takde boyfriend. Tak best lah hidup. Ya Allah. Maafkan hamba mu yang jahil ini. :')
Tapi, you all semua yakin ke yang you all memang dapat jaga batasan pergaulan tu semua bila you keluar berdua je dengan boyfriend/girlfriend you? You sure 100%? Okayy, katakan lah memang you jaga, takde holding hands pun. Tapi kan ke memang tak elok berdua duaan dengan lelaki bukan muhrim ni. Kita tak tahu in future macam mana. Hati kita ni. Dalam sekelip mata dia boleh jadi terbalik. Pandangan mata pun boleh membawa ke arah dosa, hati pun sama. Jadi, untuk prevent benda tu semua jadi. Untuk selamatkan diri kita dari tambah dosa yang memang sedia dah berbakul-bakul tu, why not kita cuba untuk tak tambah lagi? Dan apa kata kita simpan rasa sayang, cinta kita tu untuk insan yang sah halal untuk kita. Baru lah sweet. Hee.

Susah. Ye, memang susah. I sendiri pun susah masa mula-mula dulu. Bila I ambil keputusan untuk single. I don't want any boyfriend anymore. I nak change myself for good. It was so hard. Lagi-lagi bila I teringat kisah lama dengan ex boyfriend I. Lepas tu, I akan rasa berdosanya aku. Sebab tu I nekad yang I try to jaga myself from having any boyfriend. Syukur, alhamdulillah. Dah nak setahun jugak I single. And I still can survive. I rasa lagi bahagia je. Sebab I lebih banyak spend time dengan family and friends (girl only).  :)

Lagi satu, benda yang terpaling penting. Bila takde relationship, itu akan buat kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Kalau sebelum ni, kita asyik fikir pasal boyfriend/girlfriend kita. Rasa rindu pada yang bukan muhrim je. Tapi sekarang I rasa ada baiknya rindu pada Yang Maha Mengasihi. Macam-macam manfaat yang kita dapat. Daripada kita menangis sebab boyfriend/girlfriend yang belum tentu jadi yang halal untuk kita, baik kita menangis kepada Yang Maha Pengampun. Mohon diampunkan dosa-dosa kita kan?

Tak berbaloi lah hidup kalau asyik nak fikir pasal boyfriend/girlfriend je. Benda tu tak perlu pun. When the time is come, InshaAllah. Akan sampai jodoh yang terbaik untuk kita. Pernah someone cakap dekat I, kalau kita tak usaha macam mana nak dapat kan? Okayy, memang lah. Tapi usaha untuk ada jodoh dengan someone atau tidak bukan bermakna kena couple, you as my boyfriend. I as your girlfriend kan? Bukan macam tu. Tak couple, tak ada boyfriend/girlfriend bukan bermakna kita takkan kahwin. Lawak je I rasa bila ada orang yang fikir macam tu. Kesian tau. Hikss.  Tapi tak baik fikir macam tu. Tak baik biar hati kita rasa nak kutuk or mengata orang tu kan. Hee. 

I bukan lah pandai sangat, tapi boleh lah nak share experience I yang sikit ni pasal relationship. Lagi-lagi untuk adik-adik. Adik, akak nak bagi nasihat sikit, tolong jaga diri boleh? Tolong mahalkan harga diri kita sebagai seorang perempuan. Dalam Islam, nilai seorang perempuan ni tinggi, sampai tak boleh nak ukur nilainya. Jadi, jangan lah senang-senang bagi hati kita dengan lelaki yang bukan pasti jadi suami kita. Jangan risau kalau takde boyfriend. Kita cuba untuk ubah diri kita dulu. InshaAllah, masa tu akan tiba. 

Jom. Sama-sama jadi muslimah sejati. Muslimah yang disayangi Allah. InshaAllah. :)

March 27, 2014

Friggin' Bored!

Hai. And once again i'm stuck here for nothing. Dari I masuk office pukul 10 pagi tadi, I takde benda pun nak buat. Memang lah kerja I online je kan. Rasa macam nak tengok movie je. Haha. Tapi kang tengah syok layan movie, sekali bos i datang terjah pulak. Haa. Terus I tak dapat A+ for my intern ni kang. Sia sia je. Hewheww.

Entah lah, I pun tak boleh nak expect apa yang I akan dapat for my intern ni. Ahh. I mean my marks lah. Tapi hopefully I will get an A. Setakat ni, kalau bos bagi kerja I buat okay je. Semua pun dah siap. Taktau lah kalau he still tak puas hati ke apa kan. Tapi I had tried my very best to impress him that I can do the work. Tapi satu jela kot yang I rasa macam tak patut. I'm just a practical training student and he should understand. Mana boleh suka suka nak suruh I balik lewat malam kan. Even my supervisor pun terkejut masa I cerita I balik malam. Sebab supervisor I kata, majikan kena jaga keselamatan student. Dah lah I bawak motor. Balik malam malam sorang sorang. Gelap pulak. If there is anything happen to me, dia nak bertanggungjawab ke tak? Dia fikir ke tak semua tu. Sampai kawan I boleh cakap dekat I, Leeya, cuba kau saja buat buat accident. Hahaha. Kawan I ni, fikir macam apa je. Ewahh ewahh. Kang kalau I betul betul accident nanti baru tahu.

Haa. I dah ada cerita ke tak eh yang company I nak buat satu event which is Karnival Jom Gempak Puncak Alam. Hee. You know what, kat karnival ni nanti akan ada lots of activities. Ada futsal, marathon, sales, selawat and others. Haihhh! Rasa macam maigadd banyaknye benda kena buat. tapi bukan semua aku buat pun. Boss dah hire temporary staff. So, i'm just like a boss jela kot kat sini. Manage the data, and document. Hehhe. 

Eh, hari ni dah khamis. Yeayyy! Esok jumaat. I'm suppose to see my supervisor tapi rasa macam takde progress je nak cerita. So, esok fully I kat dalam office without much work to do. Dah lah hawa  cuti konvo. Okayyy, rasa macam nak main game je esok. Hehehe. Okay lah, dah habis idea nak tulis. 

See y'll later. 

March 25, 2014

Rambling Alone

It has been awhile since my last update. There's lots of story yang i nak share tapi selalu je mati ditengah jalan. I dont know why. Maybe feeling untuk blogging tu dah hilang kot. Teehee. @__@

But today, since i macam takde kerja je nak buat dekat office ni tetiba hati rasa nak menaip pulak. Oh, btw it is already the fourth week of my internship. Feel so blessed. Syukur. I still dapat bertahan even sometimes i rasa macam boleh mati kebosanan kat sini. Yela, just imagine i'm here all alone. Cakap dengan dinding, cakap dengan aircond. Haha. It is not that company yang i'm doing my intern ni takde staff. Tapi staff tu boleh kira guna sebelah tangan je. Hihiks. Inche Boss, Manager aka Wifey Boss, Training Consultant, Event coordinator and Designer. Include me? Practical student. There is only six people here. So, can u imagine how bored i am? Ngahhhh! Oh. Lupa. There is one guy, imported from Bangladesh. Kira dia macam pekerja am lah kat sini. Hehe. And, buat tambah bored sebab i kena duduk dekat office atas which is a room yang bos cakap special for event management. And i'm alone here. Helloooooooooo! While, designer duduk dekat so called first floor? ground floor? I'm not sure about that.  She alone and i'm alone. Yang Training Consultant and Event Coordinator  tu masuk ikut suka hati makpak depa je. Usually, the Training Consultant akan masuk petang, after lunch. Around 2-3 o'clock gitu. Event Coordinator pulak still a student. Haaaa? Like seriously, a student and he is one of my junior at my uni. Dangggg! Of course he is busy with classes and all. So, dia akan datang office ikut suka makpak dia jugak lah kan. Ahahaha.

I punya work time 10am till 8pm. Ughh! Lama tahu nak tunggu habes kerja nak balik rumah. Memang lah ramai yang macam cakap best sebab quite relax here. Takde kerja sangat. But it was just sooooooooooo boring sebab takde orang. Faham tak? I rasa i akan rasa okay je if ada orang lain in this room. At least i can have conversation with him/her. Takde lah i mati bosan online 24hours je kan. Hehehe.

Tapi takpalah. Still ada jugak experience tu kan. And the company will organize one big event. Just like Jom Heboh. For the first week tu i macam okay lah sebab ada kerja, i yang kena develop the paperwork and others. Planning, activities, floor plan, forms. Ahaha. Lepas tu i rasa macam eh, i ke yang kena buat semua kerja ni? Ohmaiiii. Find participants, sponsors, vendors and all? Maigadd. Rasa nak pengsan je kan. Tapi alhamdulillah, bos hire temporary staff rupanya. Hahaha. Buat i heart attack sekejap je tau masa tu. Sebab masa mula mula tu memang i buat sendiri sorang sorang. Gila i tak rasa macam, eh apakah iniiiiii??? Hehe.

Memang lah i amek major in event management tapi event is just not my passion. Until now and then. Entah lah. Tapi tak siapa tahu apa akan jadi in future. Ramai kawan kawan i cakap one day, entah entah i yang akan jadi successful event organizer. I taktau nak respond macam mana. Sebab at the first place, i memang takde intention nak sambung belajar after my STPM. Tapi, i still apply UPU jugak masa tu sebab tengok macam Eh, semua kawan kawan i apply lah. I pun nak apply jugak lah. And i just click 8 pilihan course tu ikut suka hati makpak i. Hehehe. And Bachelor (Hons.) In Event Management is the lucky one! Haha. 

Tapi apa apa pun, i still bersyukur dengan apa yang i dapat. Ini jalan yang Allah lorongkan untuk i. Cuma i ni je yang taknak hargai. Still nak denied and bagi alasan macam macam. Syukur, i dapat habiskan jugak belajar event ni even i bukan suka pun. Hehe. And syukur i berpeluang merasa Dean's List for my fifth semester. Syukur Ya Allah, the greatest gift for me myself and my parents. I sendiri tak sangka i dapat DL  last semester. Sebab tu kawan kawan i selalu cakap, Leeya, you ni tak suka tak suka pun result exam selalu gempak gempak. Alhamdulillah. Yela, even i tak suka, takkan i saja nak kantoikan my exam kan. Bila exam, i buat jela betul betul. Then, the result i berserah.  Hanya kepada Dia Yang Maha Mengetahui. The greatest planner for all of His Creature. :')