TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

April 28, 2014

Monday Talking

I rasa macam hari tu ada something nak update, tapi sekrang ni lupa dah amende. Haihh. Belum tua lagi I dah lupa ni apa cerita? Aaa. Sekarang ni I rasa inche NA kat tempat I practical ni mesti dah menyampah dengan I. Muahaha. Yela, mana tak nya, dia mesti ingat nak buli I. Tapi dia dah sedar yang I ni bukan jenis manusia/studnet yang senang-senang dibuli, dianiaya. Muahahaha. Okayy, gelak jahat sikit.

Okay, hari tu inche NA panggil I masuk office dia, and tanya I pasal progress event Karnival yang dia nak sangat nama dia dikenali tu kan. Haa. Then, I boleh cakap apa je, sebab I cuma develop the proposal like he asked me to do lah kan. Bukan I tahu sangat selok belok event tu. Yela, event tu kan dia punya. I ni buruhpaksaan student practical je. Apa dia suruh I buat, I buat lah. Macam email,facebook page, borang-borang, sponsorship kit, surat-surat. Itu jela pun kerja I. Yang gerak-gerak keluar sana sini cari orang bukan I. So, what do you expect from me hah inche NA gila nama? Oppsss. Mulut I ni kekadang layak makan penampar rupanya. Heww heww. 

Selama ni progress karnival JGPA tu pun, Haziq yang manage. So, sekarang Haziq dah berhenti and inche  NA nak harap I yang take over lah? Ehh, pehhhlishhh. Mesti lah I taktau. Sebab selama ni pun I just pembantu Haziq. Apa Haziq suruh I buat, I buat. And at that time jugak, masa I kat dalam bilik dia tu. I terus terang jela. So, clear untuk pihak dia. And clear untuk pihak I. So, takde lah I susahkan dia. Entah lah, I pun taktau, maybe effect my grade nanti. Tapi I rasa,manusia macam tu kena ajar sikit biar dia terbukak mata sikit. Jangan nak berlagak sangat hokayyyy!

Tapi bukan lah I tak respect or biadap tak jaga manners dengan dia. Cuma I terus terang je yang I ni tak suka event pun. Dan I sebenarnya takde niat nak sambung belajar. Tapi dah rezeki Allah bagi dekat I, I dapat sambung belajar. I go on jela kan. Sebab masa tu pun, I tengok ohh kawan-kawan pun sambung belajar, kakak I pun still kat her university. I pun nak merasa jugaklah belajar kat university. Haihh. Sengal sangat rasanya diri ini. Kalau I let go je tawaran yang I dapat tu, mesti sekarang I dah kerja. Dapat simpan duit banyak-banyak kan. Ehhh! Tamak! Hahaha. Sila lah bersyukur dengan apa yang dah terjadi. 

Then, dia tanya I dulu masa kat u, I takde ke buat sponsorship ni? Ehh. Of course lah takde sebab I ni bendahari terhormat je. I jaga-jaga duit, bukak-bukak akaun urusan dengan bank je. Duit keluar masuk semua I yang jaga. Sebab kawan-kawan I pun tahu I tak minat bidang ni, dari depa bagi I jadi biro entah apa-apa tu baik suruh I jaga duit je. Lagipun I ni garang. Dapatlah jaga duit dengan sebaik-baiknya. Bukan senang-senang dorang nak mintak claim dengan I. Hahaha. Tapi at the end of fifth semester. Seronok sangat tengok muka dorang bila I divide duit lebih tu to all of Msquarians. Makincik kayo sekojap haa!

Haa. Lepas sesi I ala-ala berterus-terang dengan inche NA tu, I tengok dah seminggu ni si inche NA tu macam senyap je dengan I. Then, takde pun sibuk bagi kerja dekat I. Hahaha. I iz happy uols. Padan muka dia. Tu lahh, suka sangat kenakan orang. Last2, diri sendiri terkedu dengan studnet practical macam I. Nasib U lah inche NA dapat student practical macam I ni. Baru tahu I ni jenis yang boleh digula-gulakan atau tidak. Ahaha. Padan muka dia.

Tapi dalam I padan muka padan muka dia pun, I takut jugak it will give an effect to my grade nanti. Tapi takpe lah, apa yang penting, I nak lulus je sekarang ni. Yang lain-lain I tak ambil kisah sangat. Takkan lah 25/50 pun dia tak boleh bagi I kan. Melampau lah kalau dia tak boleh bagi half of the marks. I berpenat datang sini duduk kat office vunguks ni sepuluh jam sehari. Free tak dapat apa-apa. Pastu apa-apa dia nak I buat. Semua siap je sebelum dia nak tengok. Lepas tu dia nak claim tu kerja dia. All the documentation tu kerja dia, takpa. I kan pasrah. Pasrah dan redha gitu. Hewwheww.

p/s: I bukan blogger terkenal. jadi I sangat berharap wife dia tak jumpa blog I sebab I tau wife dia rajin layan blog. Memang matiklah kalau depa jumpa blog I ni. Hahahhaa.
Takutt. Takuttttt....

April 22, 2014

Cepatlah Masa Berlalu

Memang I memendam rasa tahan perasaan jela nak habiskan internship kat sini. Kalau ikut hati muda I, I nak lari je tinggalkan tempat ni. Tapi I fikir balik, eh I ni student, tengah internship. Gila ke apa nak blaa macam tu je. So, nak taknak I kena sabar jugak sampai 22 Jun 2014 ni.

Pagi tadi, masa sampai office kemain berbunga riang I rasa bila tengok punch card,"Eh, dah 22 April lah, yeayy. Bulan april nak habis dah". Hewheww. So, I guest you all semua boleh tau betapa terseksanya jiwa I dekat sini. Entah lah, I taktau lah kalau orang lain seronok dengan tempat internship dia kan. Tapi I rasa apa-apa pun ikut tempat yang dia pilih lah kan. Macam I, dah I terpilih dengan tak sengaja kat tempat ni, so I pasrah, redha jela kan. Bukan boleh patah balik. Serius lah, masa I cari-cari event company kat kawasan tempat tinggal ni, at the first place I memang rasa kagum lah dengan company I buat intern ni. Sebab nampak macam gah, dengan signboard yang sebesar alam, rasa macam woww besarnya company ni. Mesti hebat. Plus, ada poster pasal company ni nak student internship kat tempat dia. Siap tampal poster/notice tu kat office faculty I lagi tau. And, yes! I dah terpedaya dengan kata-kata manis poster tu. Padan muka I. Haha.

Pagi tadi, lebih sepuluh kilang jugak lah yang I pergi, hantar surat sponsor tu semua. Rasa macam kelakar je bila masuk office kilang-kilang tu and the person there, senyum-senyum sinis tengok surat tu. Hahaha. I tak rasa apa pun, sebab bukan nama company I ada kat situ. OMG! Jahat pulak I ni kan. Tapi yela, most of kilang-kilang yang I pergi tu pun macam ye tak ye je. Kalau dapat sponsor, alhamdulillah. Kalau tak dapat, padan muka dia. Ehehe. Okayy, lagi sekali tergelak jahat. Tak baiknya lah diri ini. Sabar jela.

Tapi yela, surat tu pun macam tak berapa semenggah je kan. Mana lah depa tak senyum sinis je. Seriously, I sendiri pun rasa malu nak bagi surat tu. Tapi I kan pasrah, I hantar jela. Yang penting I dah buat kerja I, and I dah dapat cop-cop kilang yang I kena pergi tu. Seronok lah jugak pergi hantar-hantar surat ni, masuk office sana sini, jumpa orang. Tapi rasa kelakar je, bila orang tanya pasal I, and I'd to say that I'm onle the practical student there. So, the boss yang suruh I hantar all the surat sponsor. Hahaha.

Takpe lah inche bos, kalau dapat sponsor, dapat lah ye. Kalau tak dapat tu, I tak rasa tu salah I, sebab you sendiri pun tak cari sponsor boleh pulak suruh practical student sorang-sorang pi hantar surat tu. Lawak okay, lawak. Tapi, at least I ada lah experience tu. So, boleh lah I cerita kat lecturer I nanti, I kena pergi kilang-kilang kat Taman Perindustrian Alam Jaya, hantar surat sponsor and give short brief about the event. Muahaha. Nampak lah sikit effort kerja I tu kan.

Okay, till we meet again. Bye. 


April 21, 2014

Penganiayaan

Rasa macam dah lama I tak membebel dekat blog I ni kan. Nak kata busy sangat dengan dunia internship takdelah sangat. Tapi more tu malas nak update. Haa, gitu. Lagipun kalau I update macam lah ada orang sangat nak baca cerita I kan. Tapi takpa, back to my intention nak ada blog pun sebab I rasa kat sini je yang I nak luah nak cerita apa yang jadi dekat diri I. Sebab I tak suka nak cerita kat orang, I tak reti. I akan rasa lebih lega kalau I luah through penulisan. Haaa. Poyo-poyo sangat pulak I ni kan.

Okay, I kira-kira dah sebulan lebih jugak lah I do my internship dekat company ni. And dalam masa sebulan lebih ni jugak I dah dapat tahu macam-macam about the company. Yaa, I know it is not good to tell to others. Okay, I simpan. Cumanya, satu yang I rasa tak puas hati sangat sebab I baru dapat tau yang the boss memang nak gunakan I. Ye, I tahu I ni student practical and I need to follow all of his order. Tapi, agak-agak lah. I dah lah datang for free kat sini. And you guna, kerah I macam I ni kuli you? Heyy, what the fish sangat lah kan. I rasa macam nak nangis, nak marah, sakit hati, geram, sakit jiwa semua lah. Dah lah I sorang je student practical kat sini. Fikir lah sikit. I tak kisah dia nak bagi I kerja, tapi please be reasonable. 

Company kononnya nak buat some sort of big event sangat lah kan, tapi the real intention sebab nak dapat nama. Macam lah I taktau. Lepas tu the upper management tak reti appreciate orang-orang yang buat kerja. Setakat jumpa pak menteri mintak sokongan je, orang lain pun boleh. Tapi kerja-kerja yang details macam approach for sponsorship taknak buat. He leave it to me, memang tak lah nak dapat sponsor bila orang dapat tau I just the practical student of the company je. Then, suruh I pergi sorang pulak tu. I rasa macam, "Eh, dia ni dah kenapa. Suruh I, perempuan pergi kilang-kilang kat kawasan perindustrian tu sorang-sorang." Kalau apa-apa jadi kat I, dia nak bertanggungjawab ke?

Then, I baru dapat tau, yang ada sorang staff ni bagitau I, yang the boss memang nak gunakan I, kalau ada kerja apa-apa bagi je I buat. Suruh je I buat. Hello, ingat I practical kat sini nak jadi buruh paksaan ke? Hailaa. I bersabar jela. Sekarang ni I cuma fikir nak habiskan practical training ni je. Okay, tinggal lagi 52 hari je. I kena think positive. I always remind myself yang apa-apa yang jadi, there's must be a concrete reason. So, I sabar. Takkan I nak lari pulak kan. Tak pasal-pasal I failed my internship pulekk kan.

Dan yang paling tak boleh blaa sekali bila the boss macam paksa-paksa pulak. Sendiri taknak buat, tapi paksa-paksa orang. Kesian dengan staff kat sini. Memang lah staff berapa ketul je. Tapi macam kesian kot. Patut lah staff kat sini semua tak tahan lama. Paling lama pun dua bulan lepas tu berhenti. Tu lah, abah I selalu pesan, kalau kita buat orang ni tak lama. Mesti lambat laun akan dapat balasan jugak. 
Yang paling I nampak, bila dia macam suka memperlekeh kan orang. It's not good. Ye, memang lah you got higher level of education, tapi tak elok kot kalau you kutuk orang. You sindir orang. Tak semestinya orang yang tak belajar tinggi tu takde otak yang bagus. Tak semestinya orang yang tak belajar tinggi tu tak boleh berjaya. Kalau macam ni lah gayanya, macam mana business nak maju? Macam mana business nak tahan lama? Haihh.

p/s: rasa-rasa ada potensi tak bos I baca blog I ni? Matilahh. Hahaha.