TUKANG MENGARUT KATA

My photo
sungai buloh, selangor, Malaysia
kau berkata, kau bercerita seolah-olah kau yang berada dalam tapak kasut si tukang merasa. kalau makan sayur peria, kau yang rasa pahit. kalau makan gula gula, kau yang rasa manis. semuanya berkisar tentang konsep kehidupan.

June 28, 2015

Suatu Malam Yang Aku Rindu.

masih aku ingat.
tentang malam itu
hanya kau dan aku.
masih aku ingat
tentang malam itu
kasihnya engkau, setianya engkau menemani aku.
aku yang tika itu amat rapuh, 
aku yang tika itu jatuh airmata
aku yang tika itu terasa sangat lemah.
malam itu, 
kau di sisi ku,
menemaniku, memujukku, memelukku.
agar aku berhenti menangis.
masih aku ingat,
hangatnya pelukkanmu,
kasihnya kucupanmu,
tenangnya rentak dadamu,
eratnya genggaman tanganmu.
terima kasih.
terima kasih kerana pernah memberi pinjam dadamu untuk aku melepaskan tangis duka ku.

p/s: suatu malam yang aku rindu, yang masih kemas diingatanku.